disebabkan dah tak tau nak watpe, saya gi la baca email-email lama. so saya terbaca nasihat berguna ni. email forward dari kawan lama saya, Qila. so saya mau share ngan sume orang. ^_^
1. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.
2. Kahwinilah lelaki atau wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.
3. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.
4. Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.
5. Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.
6. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.
7. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.
8. Percayailah cinta pandang pertama.
9. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.
10. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.
11. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.
12. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.
13. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"
14. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.
15. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.
16. Berpeganglah kepada tiga R:
o Rasa hormat pada diri sendiri
o Rasa hormat kepada orang lain
o Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda
17. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.
18. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.
19. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.
20. Ada ketikanya anda perlu bersendirian.
p/s: yang part bertunang tu tak sure kenapa. yang lain boleh diguna gak la. nasihat yang baik!
12 comments:
:) salam sai be
saye rase elok juga min 6 bulan bertunang, sekurang-kurangnye ade mase kedua-dua belah pihak fikir nak teruskan or putusjele... jgn dah nikah baru nak bercerai... kalau nak putus, putus le mase bertunang lebih afdhal... tapi jgn jadikan bertunang tu lesen utk berlebih-lebihan lak...
hmm.. buat diri ini berfikir. ehe
thx!!
pemikir lapuk: salam salam.. ^_^
amin: tapi klau cmtu baik tak yah bertunang je. sblm bertunang patut dah leh wat keputusan leh idup bersama or x..btol x?
goasop: hee~ welcome! ^_^
mcm tips untuk menjaga hubungan yg baik. hehe.. thanx for the info.:-)
kalau dah dapat detect sebelum bertunang, eleok le putus... tapi masa bertunang kite boleh kenal couple kite lg dekat... and boleh decide... bla...bla...bla... jgn mare...
yang no 8 tu buat sayer nie
geleng-geleng
yang lain tu anguk-anguk jerlah
nard: orait. u r most welcome! ^_^
amin: yeke? sblm tunang pon boleh pe kenal pasangan kte ngan lebih rapat..hihi~
jantan: mmg sumtime cinta pandang pertama xleh dipercayai.. ssh kot..
salam perkenalan.........
nntilah lawatlah blog saya....
www.pmukmkl0708.blogspot.com...
anak melayu: salam salam~ ^_^
orait..saya akn lawat.
tertarik ngn percaya la cinta pandang pertama :)
eyh cik jannah pecaye kat cinta pandang pertama ke?
Post a Comment