Pada 5 & 6 Jan lepas, saya, encik tunang, dan dua orang kawan kami hadiri kursus kahwin yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Islam, PPKI Masjid Negara.
Kami daftar kursus masa pameran pengantin kat SACC, Shah Alam 28 Dec 2012 yang lepas. Harga promosi kalau daftar time pameran ialah RM70 seorang, discount RM10. Ok la tu kan. Bayar deposit RM10 seorang, then balance payment bayar masa kursus.
Harga biasa RM80 seorang untuk 2 hari termasuk makan dan minum.
Hari pertama kursus (5 Jan 2013), kursus start pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang. Pendaftaran bermula jam 11 pagi. Macam biasa lah kan janji melayu, kami sampai di tempat kursus tepat jam 2.30 petang. Memang last minit lah.
Tempat kursus di dewan di bawah masjid, agak-agak yang tak tahu, sampai sana nanti jangan malu bertanya. Nanti sesat macam kami. Hahaha.
Tempat ok, selesa, cuma time kami nasib tak baik lah dapat aircond problem, tapi tu bukan masalah besar. Yang penting ilmu yang dapat masa kursus ni. Semua penceramah best, banyak ilmu dapat.
Yang penting senang je nak pergi solat, dah nama kat masjid kan. Tak payah pening fikir tempat nak solat. Sampai waktu je pergi solat.
Hari kedua kursus (6 Jan 2013), kursus bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Jangan risau duduk lama dalam tu, banyak waktu rehat, makanan pon disediakan. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang pun ada. Cuma hari pertama je tak sediakan makanan sebab separuh hari, so memang hari pertama tu masing-masing perut lapar bila habis kursus.
Pakaian semasa kursus untuk lelaki memang kena pakai baju berkolar, nak best pakai baju melayu pun tak apa. Yang perempuan pakai baju kurung dan bertudung ye.
Dah settle 2 hari kursus boleh collect sijil perkahwinan minggu seterusnya kat tempat pendaftaran yang sama ye. Seminggu je dah dapat sijil. Yey! Boleh kahwin. Hahaha.
Detail mengenai kursus:-
Tempat: Dewan Seminar Kursus Kahwin, Masjid Negara, Kuala Lumpur
Tempoh Kursus: 1 1/2 Hari
SABTU : 2.30 ptg - 6.30 Petang
AHAD : 8.30 Pagi - 6.30 Petang
Bayaran Kursus: RM 80.00
Pakaian Lelaki: Menutup Aurat dan Sopan, Berkolar
Pakaian Perempuan: Menutup Aurat Dan Bertudung
Dokumen Yang Perlu Dibawa: 1 Keping Salinan Kad Pengenalan
Further info boleh lawati BLOG PPKI atau FACEBOOK PPKI.
Selamat berkursus uolls!
No comments:
Post a Comment