Friday, February 19, 2010

Tukang Karut

berfikir sejenak. nak update tapi takda idea. tu lah masalah saya sekarang. puas dah berpusing kepala, memerah keringat nak cari idea. okay, itu tipu sebenarnya.


jari nak menaip entry, otak tak nak bekerjasama untuk membantu menghasilkan satu entry yang kira powerful. bila takda idea, mula lah keluar ayat yang serupa mengarut yang tak mendatangkan hasil atau faedah kepada semua lapisan blogger. cukup lah karutan camtu. hahahaha.


okay, tiba-tiba datangnya mentol di kepala yang membawa maksud idea bakal tiba. pastu tiba-tiba yang datang adalah malas. damn! tidak mengapa. kita teruskan karutan atau cerita je la apa-apa pun. janji ada entry. lol!


next week, time Mulidur Rasul, ada event BMC2 atau lebih tepatnya ada event kayuh basikal ke Port Dickson selama 2 hari. diri ini nak pergi, tapi hati ini berat mahu melepaskan.


dah lama tak kayuh, takut pancit pulak kat tengah jalan. tak pasal-pasal saya jadi orang last kayuh, cam biasa lah. perjalanan ke PD boleh tahan jauh. tambah ngan cuaca panas yang amat. so, saya kira memang akan cepat penat berkayuh tahap cipan. betul tak tipu.


di tambah lagi next week hari cuti jatuh pada hari jumaat, dah tentu lah ada nya hari berdating-dating. memang sungguh berasa kegatalan bila tak berjumpa. okay cukup mengarut lagi.

TAPI, rindu nak berbasikal, rasa kesengalan kaki dan juga pinggul untuk menyentuh basikal. tapi rasa rindu lagi nak berhiking. bila nak ada event hiking lagi BMC2 oit?

kesimpulan yang harus dibuat, akan saya fikirkan dulu mahu join ke tak. tapi si pengarah program dah siap booked kan satu basikal untuk saya. sungguh special diri ini rasa. tipu lagi, dah tentu dia booked kan untuk kami bertiga. mungkin juga.


cukup sampai di sini sahaja untuk entry mengarut bagai ini. sungguh bongoks nya diri ini ku rasa! haish~

time cuti seminggu ni banyak dah buang masa depan laptop. mengadap tanaman, kedai makan dan juga ikan-ikan yang harus dijaga dengan rapi. buku tak berusik. balik melaka nanti baru lah kalut nak study. memang lah mangkuk.

okay, ni betul-betul cukup. tapi tangan tak nak berhenti menaip. CUKUP!



selamat malam semua! ^_^

Saturday, February 6, 2010

Gunung Stong

tanggal 29hb jan saya dan kawan-kawan seperjuangan basikal ke gunung stong, kelantan. awal plan kitorang nak gi gunung ledang. tapi bila 29hb feb tu dah fully booked tukar la plan ke gunung stong.



seramai 15 orang yang join aktiviti ni dan 2 orang guider. sepatutnya 1 guider je tapi nasib kami memang baik dapat lah 2 guider, abang heng dan aie. group BMC2 (Big Monkey Cycle Club) yang join saya sendiri, wanie, fadzleen, nadia, kinah, dide, faisal, adam dan paan. lagi 6 orang tu kawan-kawan yang lain.


aktiviti kami:
29 jan 2010
0600pm berkumpul di kl central
0730pm bertolak menaiki keretapi ke dabong, kelantan

30 jan 2010
0800am tiba di dabong dan jumpa abang heng dan aie
0930am caving kat gua gelap, gua keris dan gua pagar
1130am pergi ke jelawang resort
1200pm trekking ke base camp (1500ft)
0200pm tiba di base camp
sepanjang petang aktiviti bebas, masak-memasak, mandi air terjun

31 jan 2010
0645 tengok matahari terbit
0830 trekking ke puncak gunung stong
1200 tiba di puncak stong
0130 trekking down ke base camp
0430 tiba di base camp
0500 trekking down ke jelawang resort
0730 balik ke stesen keretapi dabong
0830 bertolak dari dabong ke kl central



memang enjoy sangat sepanjang aktiviti 2 hari ni. masuk ke gua, lalu lorong-lorong sempit yang muat-muat badan, dengan jalan yang gelap.

bercamping ramai-ramai kat hutan, masak dan makan dah macam askar wataniah, makan nasi yang cam beras (keras), sorry paan tak tolong kau masak. ^_^


mandi dengan air sejuk, minum air sungai, trekking sampai pancit, thanks faisal yang tolong jadi tukang tarik sampai puncak. guider yang sempoi dan best.

memang sangat-sangat enjoy dan puas. pengalaman yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. insyaAllah lepas ni plan nak tawan 9 puncak sekali gus dalam masa seminggu. itu plan kami~

Thursday, February 4, 2010

Mungkin kah??

kembalinya saya ke dunia blog ini. tahun 2010 belum ada 1 sen pon entry yang saya post. busy kah? tak langsung. cuma kemalasan jari untuk menaip serta otak yang malas untuk berfikir.

tapi apa lah guna ada blog tapi simpan sampai bersawang. cam haram je. ok! insyaAllah saya try untuk update sehabis mungkin. perlu RAJIN. tolong lah rajin datang lah ke pangkuan ku kembali.

layan FACEBOOK boleh la pulak. nak ber-blogging malas. kenapa la manusia ini~ haish!


dulu tak tau la mana dapat kerajinan untuk update hari-hari. kali ni mungkin sebab penangan FB yang melampau-lampau kot. mungkin! sebab tu lah rasa malas je nak update blog. time cuti sem baru la nak update. giler kuno. ceyh~


SAYA CUBA RAJIN! yeah~ ^_^


salam kembali kepada dunia blog saya. kalau saya tak ada kat dunia blog ini cari lah saya kat FB okay! hehehe~


okay enough untuk entry kali ini. kita jumpa untuk next entry. wehooo~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...