sekarang ni saya amat pantang bila ada je orang main hembus je asap rokok depan muka saya. rasa sangat rimas dan rasa nak hembus balik asap tu kat muka dia. (selalu nya memang wat camtu) hello! kami yang sedup asap rokok tu lagi berisiko dapat penyakit tau. kalau nak mati cepat sila mati sorang-sorang. jangan libat kan orang tak bersalah.
yela yang tak merokok pun boleh terkena penyakit juga, boleh mati juga! tapi anda yang merokok boleh mengelak dari penyakit. boleh memanjangkan hayat anda. nak ke kena penyakit jantung seawal usia 40 tahun?
ni ada sedikit info pasal merokok yang saya jumpa kat internet.
- tembakau dari rokok mengandungi lebih 4,000 kimia (kebanyakan beracun)
- nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras
- tar didalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah
- merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung
info: setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yg berpunca dari merokok setiap tahun (anda mahu tambah kan jumlah ke?)
jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM9 sehari, setahun anda dah guna RM3,285 dengan hanya membeli rokok. berbaloi ke? banyak tu jumlah.
banyak penyakit dari merokok ni. nak senarai kan panjang. sangat panjang okay! tak tipu punya. so pandai-pandai la fikir sendiri risiko merokok ni. ^_^ tapi yang berisiko tinggi adalah orang yang hidu asap rokok (passive smoking) tau. passive smoking ni orang yang menyedut asap dari perokok. so nak merokok tu jangan hembus asap, simpan je dalam badan.
cara nak berhenti merokok:
1. Cold Turkey
maksud nya berhenti tanpa apa-apa rawatan. cara ni memang agak susah nak berjaya sebab cara ni perlu betul-betul ada kesungguhan. sesetengah orang melakukannya dengan mengurangkan kuantiti rokok yang dihisap setiap hari.
2. Ubat-ubatan preskripsi
yang ni kena ada nasihat doktor. bukan main makan je ubat sebarangan. takut ada kesan sampingan. so nak senang jumpa je doktor mintak nasihat.
3. Terapi Gantian Nikotin (NRT)
terapi ini membekalkan badan anda dengan sukatan nikotin sekadar yang cukup untuk mengurangkan gian rokok. kaedah NRT adalah seperti tampalan NRT, gam NRT dan alat sedutan NRT (boleh dapat kat farmasi, hospital atau klinik) tapi kena ada nasihat doktor atau ahli farmasi. sebab ada gak golongan yang takleh guna kaedah NRT ni.
yang penting anda kena ada keinginan dan keazaman yang kuat. baru leh berjaya berhenti merokok.
jangan lah anda hanya bertahan untuk tidak merokok hanya seminggu atau sebulan sahaja. pastikan anda benar-benar bersedia dan tekad. so kepada yang mahu berhenti selamat maju jaya. ^_^
kalau yang memang nak merokok juga (memang tahap degil) sila lihat video ni!
macam mana? rasa nak merokok lagi tak?
p/s: saya bersyukur sebab dalam family saya takda yang merokok. kalau shisha sama tak? siapa tahu? sebab saya suka bau shisha. sebab wangi! ^_^
13 comments:
p/s: saya bersyukur sebab dalam family saya takda yang merokok. kalau shisha sama tak? siapa tahu? sebab saya suka bau shisha. sebab wangi! ^_^
Me p/s : Untuk pengetahuan "si Gadis Comel" bau shisha mmg wangi. tapi untuk pengatahuan bersama "40 SEDUTAN ROKOK SAME DENGAN 1 KALI SEDUTAN SHISHA. MACAMANA TU "si Gadis Comel" ?
ouh serious ke? tak penah tau pun. mana info yang bgtau? nak tau gak. hihi~ alaa..takleh isap shisha la camni!
wah... smpi hitam cmtuh skali ek...
cmne la rupenya paru2 member2 sy yg dh berkurun hisap bnde haram neh... hm...
thank God im not one of them. =)
isk. bahaya.
bersyukur gak famili member xde yg jd penghisap rokok tegar. ehe.
emm samalah dgn family kf...
semua bermula dari rumah kan...
so..lu pikir la sendiri...
hehehhee
shisha oklah ...dulu kf hantu bau tue...
"not copy but i like it"
"just be friend be 4 love"sekian
yeah.alhamdulillah dlm keluarga sy pon tade yg merokok. oh sy pun ade abg sorang je, lau dia merokok, sy rendam dia dlm sungai segamat 10hari10malam. hahaha ^^
go0d info for those smokers outside =)
shisha ni mmg bahya.. ketagih smpai xle duk diam.. aku xisap rokok, tp skali try shisa trus sangkut.. kalo lepak kedai dan bau shisa, mmg xle duk diam.. jd, jgn sesekali cuba.. paham cik adik? hehe
ps/ first time datang sini..
br nk bhnti tp nk uat mcm mn ..'video no longer available'..huhuhu
good info..ngeh3
wow..!!!terase dowh..btul2 kne kat aku..sadis gler..huhu..
skg ni mungkin dlm badan aku dh warne kuning kot..wakaka..
anyway thanz 4 da info..
aku kurang2kan ek..baru nampak besa mane tar tu dlm badan aku..haha..kalo aku dpt behenti ko blanje aku ek..wakakaka..
Aduhhhhhhhh ..
liquid: taw xpe. cube bedah dada dia..hihi~ bgs2 jgn merokok!
goasop: bgs cmtu. selamat sume. ^_^
khalifah: taw xpe. bau shisha best kn? hihi~
heedayah: hahaha~ bgs2.. tegur je kalau ada sesapa merokok.hee~
tomato_masam: thx! ^_^
ring: mekasih dtg! ^_^
tp kan dah penah cuba pun. cmne? hee~ sbb tu la tnye shisha sama cam rokok x.
shaikh: isk! ade lor video. msti tgk! rugi taw. da tgk msti x rasa nk smoke dah. =p
sparkystar: thx neway! ^_^
asrul: haha~ da ko sroh wat entry pasal benti rokok. aku wat kan la.hehe. tu la try la benti. ko benti,sebagai prtukaran nya ko xyah blanje john.ahaha~
mazidul: nape? hehe~
Post a Comment