Monday, June 7, 2010

Kerja part time...

Akhirnya tercapai juga lah impian saya nak kerja part time masa cuti sem kali ni. Yang ni betol-betol kerja lah. Dah macam burung hantu. Malam kerja, siang tido. Memang terbaik ah.


So, disebabkan dah mula kerja seminggu lebih ni, tak dapat lah nak update blog. Memang tak dapat pon, takda masa langsung. Pergi kerja pukul 8pm, kerja merata tempat, balik kerja paling awal pun pukul 7am habis. Balik kerja je mesti lah nak tido, bangun tido pulak entah pukul berapa, terus siap nak gi kerja balik. Takda life betol camtu!


Cuti pun hari ahad, tu je time nak berehat habis, tapi kalau gatal kaki tu keluar gak walau tak tido semalaman. Lepas tu start lah nak sakit, haish! Sebulan je kerja ni, so takda la terasa sangat.

Kerja hari-hari merata tempat, kerja kira stock, perlu lah camtu. So, this week akan ke Seremban, Ipoh dan Penang. Next week pulak akan ke Johor selama 4 hari. Terbaik lah! Bukan dapat berjalan pun kalau dah malam kerja, siang tido.


Tapi ok lah camtu kalau gaji masyuk. Nak gi holiday nye pasal, sanggup ah kerja macam tu. Tapi memang seronok kerja macam ni, dapat kenal ramai kawan baru, dapat environment baru, kalau dah hari-hari kerja tempat lain-lain.

Mula-mula kerja, penat nya bukan main lagi, dah macam kerja buruh. Bila dah lebih kurang 2 atau 3 hari tu dah tak rasa sangat, enjoy pulak kerja macam ni. Yelah, mula-mula nak biasa kan diri memang susah, dah lama-lama tu dah sebati pulak.


So, pada kawan-kawan saya yang tak dapat berjumpa pada cuti kali ni dan tak dapat join aktiviti korang, aku mintak maaf banyak-banyak eh. Memang tak dapat. Lain kali aku free, aku join korang taw. =P

Last kerja 28hb June, so ada masa kurang seminggu tu nak gi bercuti. Insyaallah kalau takda apa-apa halangan. 5hb Julai dah start claz pula, bermula kembali hari-hari busy sebagai seorang pelajar (konon je~).


Akan saya update blog bila tibanya masa senang saya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...