Sunday, February 22, 2009

Kamu semua!

kamu kamu semua!

saya memang tak dapat nak update blog saya.

sangat-sangat la busy.

nanti kan kepulangan saya pada 5 Mac atau 6 Mac ini. ^_^

yang jadi follower saya tu mekasih banyak-banyak yea. nanti saya lawat blog anda. harap bersabar. hehehe.

yang tinggalkan jejak kat shoutbox saya tu mekasih gak. saya akan lawat blog anda juga secepat mungkin.

sekarang minggu test, so masa agak terhad juga la.

aktiviti kat hostel lagi. agak menyampah la juga.

assignment yang berlambak hampir ke due date. ouh! agak stress kot.

so kepada kamu semua sorry yea saya tak dapat nak melawat blog anda.

kepada yang tagged saya tu nanti saya buat okay! =p

mekasih yang still ikuti blog saya ini. sayang kamu semua!

jumpa lagi. ^_^

Thursday, February 12, 2009

Perkara yang buat saya annoy.

saya menyampah bila time saya masuk kedai je nak usha baju ke apa ada sales girl ni asyik nak follow je. ada certain kedai camtu. rasa nyampah je nak masuk kedai tu. kalau saya masuk kedai yang ada sales girl camtu automatik saya terus keluar. cam takda privacy je saya nak shopping. ada orang tak kisah, tapi saya KISAH!


saya meluat tengok orang gedik. kalau saya jahat sangat, nak je sepak orang camtu. tak pun sound je "kau ni gedik sangat kenapa!". tapi hanya hati je mampu berkata camtu. lol!


paling saya annoy bila ada orang sibuk nak tahu semua hal berkaitan saya. macam la kau takda life sendiri! nak tahu saya couple ngan siapa, ouh saya dah clash ngan dia rupanya, kenapa ea clash, saya dengan siapa sekarang.. soalan yang saya rasa nak bom mulut dia. oit! saya bukan artis lah! pergi kau jauh-jauh si busybody. "kalau kau tu kawan aku takpa gak"


saya geram bila ada orang pandang rendah kat saya. ingat saya ni perempuan boleh la kamu nak wat camtu. buka minda, luas kan fikiran, buka mata besar-besar! berani la pandang rendah kat saya!


semak mata saya nak tengok budak-budak yang baru nak up. stail yang cam apa je. pastu berlagak cam dah dewasa. sekolah tak abis ada hati nak berlagak dah dewasa. apa la nak jadi budak-budak zaman sekarang. time saya sekolah dulu takda la pulak nak bersosial sangat. ouh kelakar!


saya tak suka tempat-tempat yang ramai orang. macam kat klcc time hujung minggu, dah la ramai mat indon ngan mat bangla. macam saya yang gi negara diorg je. kat time square lak ramai budak-budak yang baru nak up. sebab tu saya suka keluar weekdays. biar la orang nak kata saya takda life nak keluar weekend pun. sebab saya rasa rimas sangat ngan orang yang ramai tu. keluar tengok movie pun midnite. lebih rela duduk rumah yang sometimes kebosanan.


banyak lagi kalau nak dikira pun. cuma kemalasan nak berfikir. till here~

^_^


p/s: entry AUTO PUBLISH. saya hanya mampu baca comment kamu semua dan reply kalau ada lebih masa. 13 FEB akan saya kembali. ^_^ seronok!

Sunday, February 8, 2009

Ciri-ciri lelaki dan wanita

Ciri LELAKI yang wanita hindari.

1. Panas baran. lelaki panas baran lah merupakan ciri lelaki yg PALING wanita elak. mustahil seseorang wanita itu suka akan lelaki jenis ini. kalau dah panas baran sure lah tangan asyik nak naik. jadi kaki pukul pulak. hari-hari kena marah. hoish! siapa lah yg tahan ngan laki camni.

2. Kedekut. time keluar ngan gf ada pulak gf yg support. kalau kadang-kadang takpe gak, yela kena lah give and take. tapi kalau dah tiap masa perempuan yang keluar kan duit, alasan nya takde duit lah, duit habis kat kereta lah, duit gaji bagi kat mak lah. whatever! berkira sangat. nanti time dah kawin tak tau la apa jadi, anak nak beli susu pun berkira kot.

3. Selekeh. kalau selekeh tapi bergaya takpe gak. ni dah la selekeh, busuk lak tu. rambut ngan serabai nya, mandi pun tak, ngan jambang bersepah, pakai baju yang tak basuh sebulan. kalau nak perempuan suka kena la smart sket. cuba kalau tengok perempuan selekeh sket ada lelaki pandang? selekeh tu kadang-kadang nampak smart gak. tapi biar selekeh yang bergaya.

4. Gelojoh. ouh tidak! time makan bukan main gelojoh lagi. macam tak makan 10 hari jer. time makanan ada dalam mulut boleh pulak sibuk nak cakap, sampai tersembur-sembur. yeeww! terus takda selera nak makan bila makan ngan orang gelojoh camni.

5. Mendesak atau memaksa. jenis ni pun perempuan tak suka. beri la wanita kebebasan jangan asyik nak mendesak je. boleh naik rimas ngan orang jenis camni. jangan mendesak wanita untuk buat sesuatu perkara yang dia tak suka. biar la dia buat secara sukarela dan ikhlas.

6. Perasan. lelaki perasan lagi takleh blah! kalau dah handsome pastu ramai perempuan suka, jangan lah terlebih perasan yea. biar lah pasangan anda tu yang perasan sebab dapat anda yang digilai ramai tu. jangan anda pulak yang perasaan lebih dengan kelebihan anda.

7. Suka mengongkong. setiap apa yang pasangan dia lakukan mesti nak kena ambil tahu. memang tak salah. tapi yang merimaskan perempuan bila semua benda yang nak dilakukan perlu bagi report kat lelaki. nak keluar kena ada izin. kadang-kadang nak keluar ngan kawan perempuan sendiri pun tak bagi. teruk la camtu. tak kan asyik nak berkepit 24jam je. bagi la privacy sket.





Ciri WANITA yang lelaki hindari.

1. Kasar. kasar mengalah kan jantan. jalan pun dah lebih kurang cam jantan. takda ciri-ciri keperempuanan langsung. cakap pun bukan main kasar lagi. lelaki memang takda peluang nak bermanja ngan wanita jenis ni.

2. Gedik. gedik tak bertempat. pastu kat public pun nak mengada-ngada ngan teman lelaki konon nak tunjuk kemesraan. takda sapa nak tengok la. cakap pun nak kuat supaya dapat perhatian biar orang lain pandang-pandang. whatever! takda sapa nak tengok la. menyampah pun ada.

3. Kuat merajuk. wanita memang dilahirkan ngan sifat terlalu sensitive. cepat merajuk bila terasa. tapi kalau hari-hari merajuk mau nye lelaki lari. lelaki pun dah naik bosan kalau hari-hari keje dia nak pujuk si wanita je. bosan gak keje asyik nak pujuk orang je.

4. Kurang ajar. sifat perempuan kan lemah-lembut. kalau dah kurang ajar atau tak sopan tu dah hilang sket ciri-ciri keperempuanan. dengan orang tua pun tak tahu nak hormat. camna nanti nak jumpa bakal mertua. terus mertua reject kot.

5. Pengotor. perempuan pengotor? kalah lelaki plak. wanita ni kena gak ada ciri-ciri pembersih. kalau pengotor mengalah kan jantan abis la. bilik macam dah tongkang pecah tak pernah nak kemas. rambut nak keluar pun tak sikat. ngan muka selebet tak berbedak.

6. Berpakaian menjolok mata. tak dinafi kan lelaki memang suka tengok wanita yang seksi. tapi untuk menjadi pasangan jauh sama sekali. maybe ada segelintir nya tak kisah. ada juga yang kisah pabila pasangan dia menjadi tarikan lelaki-lelaki lain untuk tengok sampai nak terkeluar biji mata. biar dia je boleh tengok tapi tidak pada lelaki lain. lol!

7. Suka mengongkong. sama je macam lelaki di atas. malas nak explain. ^_^


**lain orang lain taste masing-masing. tak semua orang nak sama je. dah nama hati lain-lain. so untuk memilih pasangan tu ikut lah diri masing-masing.



dari dulu sampai sekarang saya sangat suka Kaer Azami. nak kawin ngan dia buleh? hahaha. berangan je lebih kot. kaer ada knowledge, belajar tinggi, ada rupa, suara pun best and everything cam perfect la. ^_^ suka! suka! suka!


p/s: bagi saya semua ciri lelaki yang disebut ni memang saya akan elak. (entry AUTO PUBLISH lagi)

Thursday, February 5, 2009

Kenapa, Mengapa?


selalu dalam kepala otak saya akan terfikir banyak benda. benda yang orang lain tak akan tanya saya akan tanya n saya akan fikir. kadang-kadang serabut jugak kepala otak ni. baik la fikir kan camna nak buat akaun jadi balance ke apa. hoish! tapi memang saya suka berfikir. ^_^


**Persoalan 1**

kenapa anak gadis tak leh kuar malam-malam pastu balik lewat? tapi kenapa lelaki buleh? sampai tak balik malam pun takpe. selalu saya tanya kat orang, "kenapa aku nak kuar malam ayah aku tak bagi? abang aku boleh je". jawapan yang selalu saya dengar, "sebab kau kan pompuan, tak elok. abang kau kan lelaki. memag ar". abis tuh? apa yang salah nya? saya perlu jawapan yang sangat leh diterima akal. memang la rasa tak manis kalau orang tengok anak dara keluar malam-malam. eleh! bukan nya gi club ke apa. just gi tengok movie tak pun just lepak-lepak minum je. so apa masalah nya? tak faham la.


**Persoalan 2


kenapa kalau orang perempaun hisap rokok di pandang serong? (saya tak hisap rokok okay! jangan salah faham!) rokok ni dijual hanya untuk kaum lelaki ke? sebetul nya rokok tak elok untuk sesapa je. lelaki tak suka tengok orang perempuan hisap rokok. abis kau tu hisap rokok apa kes? lol! pertanyaan, "apsal org laki tak suke org pompuan isap rokok?". jawapan yang selalu saya dengar, "orang pompuan tak elok isap rokok, macam bitch, boleh nanti mandul la". yeke? dan saya akan tanya balik, "abis orang laki isap rokok boleh plak" jawapan yang diberi konon nya tak macho la kalau tak hisap rokok. lol! camtu ke? (serious saya tak suka ngan orang hisap rokok. semak betul bau asap ROKOK!) tapi saya just layan shisha. tak salah kot. ^_^


**Persoalan 3**

kenapa bila kat jalan raya, kereta kat depan kita cam lembap je kita salah kan kaum wanita? bunyi nya lebih kurang camni la, "hish! mesti org pompuan bawak ni!". realiti nya memang akan ada yang cakap camni kan? baik perempuan mahupun lelaki, dialog sama je kita selalu dengar. kenapa perlu orang perempuan yang dipersalahkan? tak paham juga ni. padahal yang lembap kadang-kadang lelaki gak. hello! jangan dipandang rendah terhadap kaum wanita okay! (walaupun saya memang penakut tahap cipan nak drive keter. hahaha~)


enough said! banyak lagi persoalan kat minda ku ini sebenarnya. cuma tak terkeluar. tu je la ea. adios~


p/s: entry AUTO PUBLISH sahaja. saya berada di melaka okay! paham-paham la mana ada time mau meg'update'. hee~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...