Tuesday, February 8, 2011

Day 2: Your Favorite Movie

Day 2 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.

Disebabkan ke-busy-an yang melampau dan masa yang agak terhad, ditambah pula dengan cuti CNY penuh dengan aktiviti cuti-cuti Malaysia, jadi untuk challenge ni saya ter-skip hari. Main tipu sikit la, tapi atleast saya nak habiskan juga challenge ni.

Ok, sambung pada favorite movie saya, banyak yang boleh jadi favorite, tapi yang memang saya suka movie Harry Potter. Memang saya ikut semua movie Harry Potter. Takda la semua nya best, tapi sebab dah minat kan, layankan je movie ni.

HARRY POTTER




Ni untuk cerita omputeh yang saya minat. Cerita melayu ada juga taw jadi favorite. Ingat filem melayu tak best ke? Ok apa. Kita kena sokong tau filem tempatan, siapa lagi yang nak sokong kalau rakyat Malaysia sendiri. Tapi tengok gak la cerita nya. Kalau buat cerita mengarut bagai tu, mintak maap la yea nak gi tengok. Buat perabis duit dan masa gi layan. Buat la cerita berfaedah sikit, baru orang datang sokong.

PISAU CUKUR




Yeah! Pisau Cukur. Saya suka sangat okay! Pendapat saya, jalan cerita okay je. Tambah dengan pelakon yang mantap. Minat giler kat Redza Minhat. Kacak! ^_^


Ok done untuk Hari Yang Tak Berapa Nak Ke-2!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...