Paling senang nak cari warna tanya encik Google. Paling membantu masa saya kahwin dulu. Macam-macam warna keluar, so kena pandai-pandai la pilih mana yang sesuai dan berkenan ye. Masa saya nak kahwin dulu bukan main nak warna itu ini. Last-last pilih warna simple, sebabnya bila dah berkenan warna tu, nak cari baju dengan segala macam yang berkaitan ikut tema warna tu memang sangat susah. Ambik kau! Nak sangat kan warna gah sangat, kan dah susah nak cari barang.
Banyak lagi warna yang ada, ni just sebahagian je. Warni ni antara pilihan hati saya. Mula-mula memang nak warna Emerald tu, pastu nak cari baju susah giler. Semua kedai andaman memang takda lagi warna Emerald. Then pergi satu kedai ni kat PKNS Shah Alam jumpa 1 baju simple dan warna pilihan. Apa lagi terus confirm je. Terus tempah 2 pasang, untuk majlis belah perempuan dan lelaki. Dah dapat baju baru pilih tema warna lain lak. Last sekali pilih la tema Royal Blue + Lime Green. Senang cerita. Baju untuk majlis perempuan warna royal blue, majlis belah lelaki pilih warna kuning diraja.
Tips Memilih Wedding Color
- First, cari dulu baju yang berkenan kat butik. Sebab nak cari baju paling susah, melainkan kau punya bajet cukup untuk tempah baju baru. Macam saya, just sewa yang sedia ada je. Benda sama je, tempah baju baru kena bayar lebih, baju dapat kat butik gak. Melainkan kau bayar lebih untuk simpan baju tu untuk kenangan.
- Second, agak-agak dah jumpa baju baru lah pilih tema warna. Kalau suka lebih dari 2 warna, kena pandai match kan padanan warna tu. Nanti jadi janggal lak. Kalau boleh pilih warna ceria. Tapi ikut taste korang la jugak. Ada suka warna terang macam saya, ada yang suka warna pastel, ada yang suka warna gelap. So, depends.
- Then, dah dapat match warna tu boleh la kau nak beli atau booking segala macam berkaitan wedding tu. Bab pelamin kena pandai main warna, salah pilih. bommm! Nampak pelik. Yang penting jangan pilih warna pelamin yang boleh tenggelamkan penggantin. Nanti orang lain tak nampak korang tengah bersanding. Sebab warna baju dah sama dengan pelamin. Beware!
- Lain-lain yang berkaitan macam dekorasi, gift, hantaran dan lain-lain pon penting dalam pemilihan warna. Yang penting simple dan cantik.
- Yang lain pandai-pandai la korang list kan sendiri ye.
Itu sahaja kot tips yang berkaitan. Untuk next entry berkaitan wedding akan menyusul bila ada idea. ^_^
No comments:
Post a Comment