Nak cerita semua memang banyak, tapi ada satu pengalaman pahit-pahit masam yang ke manis sikit, yang bila saya teringat balik mesti saya tersenyum sendiri.
Jatuh basikal tu benda biasa time zaman kecil dulu. Tapi yang saya jatuh ni time zaman besar gedabak. Lawak juga la bila teringat balik. Kejadian berlaku pada akhir tahun lepas, sewaktu latihan berbasikal untuk Siri Jelajah Mahasiswa Malaysia.
Bila ingat balik, si ketua program (Lamka) pernah cakap sebelum ke pekan Kajang, "Jom kita wat kecoh kat pekan Kajang!" (Lebih kurang begitu lah dialog nya, tak berapa nak ingat detail)
Ambik! Memang kecoh sikit lah. Mula-mula, si keding@Paan jatuh dulu, terlanggar lubang tepi jalan, jatuh tersungkur, habis luka kat bahu. Mangsa kedua, saya sendiri, jauh teruk, detail saya cerita nanti, dan lepas saya, Prem pulak jatuh yang jaraknya hanya beberapa meter dari saya. Menggelamun ke apa si Prem ni tetibe je jatuh, nasib kat tepi rumput sikit.
Kes saya ni nak kata berat taklah sangat. Entah macam mana boleh ter-WIKANG pulak. Memang time tu tak tahu lah dalam kepala otak ni fikir apa, dan entah kenapa dekat traffic light pulak tu. Padahal jarak ke traffic light takda la dekat sangat, tapi tangan ni gatal tarik brek sebelah kanan, iaitu bahagian roda depan. Memang lah brek mengejut, sampai buat wikang. Hebat tak hebat juga lah.
Sedar-sedar dah terbaring tengah-tengah jalan raya yang time tu sibuk dengan kereta. Nasib lah dekat traffic light, kalau tak, tak tahu lah nasib. Alhamdulillah lah selamat dan panjang umur.
Time jatuh mencium jalan tar kat Kajang tu, memang berserah sangat dah. Tak terfikir langsung nak bangun ke apa. Sebab time jatuh tu dada hentak dekat handle basikal, sakitnya hanya Tuhan je yang tahu, dengan sesak nafas yang amat. Saya diangkat ke tepi oleh beberapa orang yang saya tak pasti jumlahnya. Berat kot! hee~
Time mula-mula jatuh, dengan basikal hempap kakinya, kebas bahagian dagu pun ada. Time tu ramai kawan-kawan berbasikal yang lain datang membantu. Semua pon terkejut, ada juga ynag gelak, hampeh je! Time terbaring tu saya tak dapat nak fikir apa-apa, siapa yang datang tolong pon saya tak berapa nak pasti. Semuanya dicerita balik oleh kawan-kawan. Memang kelakar.
Part yang paling best, tempat kejadian hanya beberapa meter dari Hospital Kajang. Salah seorang kawan saya berlari minta bantuan, datanglah ambulans hanya beberapa minit selepas itu. Saya dibawa ke bilik kecemasan, dapatlah tiga jahitan kat dagu. Memang cacat, sampai sekarang dagu bengkak sebelah, tapi tak nampak sangat, kalau tengok dengan teliti nampak kot.
Semua pon doktor check, sampai x-tray 2 kali, tak tahu lah apa masalahnya. Ambil sample darah pun sampai beberapa kali cucuk. Cucuk kat belakang tapak tangan, sakit kot, kalau kat lengan takpa la juga.
Doktor nasihatkan stay kat hospital, sebab takut ada pendarahan dalaman ke apa, tapi sebab saya takut stay kat hospital, saya minta balik. So, memang atas risiko sendiri lah kalau ada apa-apa sakit. Alhamdulillah takda apa-apa yang teruk berlaku.
Sekarang ni parut pun mulai hilang, kesan jahitan ada sikit, tapi tak jelas sangat. Dagu senget sebelah. Apa yang saya bersyukur, nasib lah time tu saya pakai helmet, kalau tak pakai, memang bahagian kepala teruk kot. Sebab tu luka sume kat bahagian muka, dagu jahit, bibir berdarah, pipi calar-calar sikit. Semuanya pengalaman~
Gelaran atau panggilan "wikang" tak terlepas dari saya. Nak ambil gambar pon buat peace kat dagu sebab nak tutup kesan luka. Memang kelakar. Rindu kenangan macam tu. Rindu kawan-kawan basikal semua.
14 comments:
wah
luka dkt dagu banyak pedih owhhh
Fuhh, sakit tu.. papeun berhati-hati selalu yea
hans:
cam xde rase pon ade sbb dh bius kot..hee~
bspotgurl:
tu la..skrg ni mmg sgt berhati2 ngn brek..hehe
be4 bius n waktu bius
xkan xsakit
haha
tak kot..rase kebas je..xtau nk rase sakit mana..sakit bius ade la..hee~
hahaha
hebat2
konon nk jd stuntwomen la...ahaha
ciannye luke2...
mucuk2...
ahahaha..mmg kesian..=p
wah mesti saket !
kf pun lame x kemarikan..!
truk oooo...=0
KF:
xtau la nk kate pe..kebas sgt smpi xde rase sakit..ahaha.. thx kf ingt ag kt sy...
shaikh:
agak la..x pnah lak smpi jahit cmni..huu~
azry adalah seorang gangster. tu luka dia gaduh. sekian.
sesungguhnya dosa menfitnah itu lbh besar dr membunuh...ahahaha
Post a Comment