Sunday, May 30, 2010

Alasan Yang Logik Okay!



Disebabkan ada orang persoalkan kenapa saya tak bawak kereta sedangkan saya ada lesen. Orang kata membazir lah, rugi lah tak bawak. Arghh!! Ada aku kesah!

Memang lah kesah, sebab saya nak sangat bawak kereta sendiri, tak payah asyik nak mengharap orang jemput je, tak pun public transport tu dah terpampang asyik muka kau sorang je yang selalu guna. OK! Itu tipu, tak selalu pun.

Penat dah asyik nak jawab soalan yang sama berulang kali. OK! Mai sini kawan-kawan, hafal la jawapan ni. Dah tentu benda yang sama je. Faham?? Tak faham takpe, buat-buat faham sudah.


Sebab PERTAMA:
Perasaan TAKUT nak bawak. Bukan apa, bila tengok lori dengan bas besar perasaan takut tu ada. Kalau time biasa bukan saya bawak pun tengok lori sebelah dah cuak semacam, inikan time saya drive, mau nye cuak berganda-ganda pastu tetibe jadi gabra semacam. Ahhh!! Taknak drive!


Mahu nye menangis kalau lori ni lalu sebelah!!


Sebab KE-DUA:
Fobia dengan eksiden. Sebab dah selalu tengok eksiden, tu yang jadi fobia. Asyik terbayang je macam-macam. Dah try taknak fikir bukan-bukan, tapi kepala otak yang normal ni nak fikir, memang tak dapat elak. So, bila ada lori lalu sebelah kereta, mula lah fikir yang bukan-bukan. Contoh lah bila lori balak lalu, mula lah fikir yang nanti tetiba lalu sebelah lori rantai terputus, kayu balak hempap kereta lah. Gila ekstrim cara saya fikir. Dah try fikir positif, tapi setakat ni tak berjaya lagi.


Sebab KE-TIGA:
Tak tahu kenapa, time nak start enjin je, tangan dah menggeletar tak tentu arah. Belum lagi pegang stering lagi, mahu nye terus demam seminggu. hahaha~ OK! Itu bukan fakta yea. Dah jadi penyakit parkinson dah bila nak bawak kereta. Pening ah camtu.


Sebab KE-EMPAT:
Serabut ah kepala nak tengok cermin kiri kanan belakang. Ingat ada mata empat ke? Mata ada sepasang nak tengok jalan depan je, ni sebuk nak tengok semua cermin sisi yang ada. Memang serabut. OK! Mungkin alasan ni tak masuk akal, tapi confirm lah time saya bawak kereta semua cermin sisi tak berguna, concentrate je pandang depan. Kalau tengok memang macam pemandu berhemah giler. Tapi itu semua dusta belaka.


Sebab KE-LIMA:
Dah 5 tahun beb tak bawak kereta, since dapat lesen. Kalau bawak pun setakat berapa meter je. Belum pernah lagi ke jalan raya besar. Mak ai! Tetibe nak bawak, mau pengsan tengah jalan. Setakat renew roadtax je la pandai. Nak bawak kerera memang haram. Disebabkan 5 tahun tu, jangan harap nak suruh bawak. Confirm lupa punya lah. Pegang stering je tahu lah.


Sebab KE-ENAM:
Paling utama sekali tak ada kereta sendiri. hahaha~ Tipu lah kau! Nak ada kereta sendiri kalau tak tahu bawak memang lah tak guna. Kereta pakai kat muzium je jadi pameran umum. Ini memang sebab mengada, tak masuk akal. So, sila abaikan sebab nak nampak banyak sikit alasan tu. =P


OK, sila derma kereta ni, confirm saya tetiba jadi pemandu berpengalaman 20 tahun.


So faham tak KENAPA?? Jangan tetiba gatal pulak nak suruh bawak ke apa. Nanti tak pasal-pasal pulak lah jadi satu masalah. Itu yang saya tak nak benda jadi. So, sebelum apa-apa yang nak jadi tu baik kita elak. InsyaAllah bila ada kekuatan saya akan laksanakan misi MEMANDU KERETA. Entah bila tu tak tahu, tapi PERLU jugak satu hari nanti.


14 comments:

nurul farhana said...

wah 6 alasan je? skit sgt tu hihi. dulu fana pun takut + fobia accident. tp dh skit2 bwk rasa best! lagi2 kat highway. lama2 tak ketaq pegang stering :)

oh mini cooper S mmg impian..

SI Gadis said...

dh try tp xleh...cmne tu? hehe~ mmg ssh la cmni...

taw xpe..impian kereta tu...

"ana" Muslimah ♥ said...

salam.. sis.., dlu ct pn mcm sis & sis nurul farhana gk.. ktaq sgt na bwk keta.. klu ikot tu xmau ambk pn lsen keta, na ambk lsen mto ja.. dsbbkn mak ct ambk gk.. :)
mula2 mmg tkot sgt na bwk ats jln rya., tkot keta bcalar laa kna keta len @ apa2 saja.. pas lma2 alhamdulillah bley.. :)
ha! yg pling truk ct pena wt, ada 1 hri tu [msa bru dpt lsen], mak sruh ct ubh keta auto., da ciap smua ni ct lupa trun hndbrek.. pup bnyi plek yg agk kuat.. tkejut laa ct.. tgok2 sbb ia.. hehee.. nsib baik kjap ja.., klu lma hurm asanya ptus tali brek tu.. hehee..
p/s ; go acha fghting sis! :)
moga sis brani na drive keta t.. :)
maaf klu ct ni byk bckap.. hehee.. ;) wassalam..

Boy said...

meh sini ak gunting lesen ko

Anonymous said...

ame la kite..
i pn ade lesen ...
tp x bawak..
lagieyh lak..
jantan..
hukhuk...

.:cEmmAh:. said...

nati tedesak sure semua sebab2 kat atas tu, tolak tepi..ape yang penting kena tingkatkan keberanian anda..hehuuuuuuuuu

alien said...

terjah je
kang berani la

SI Gadis said...

cik ct fadzil:
adoi..dasyat gak tu...hee~ tu la tgh try cr keberanian la ni...neway thx ye..=p

SI Gadis said...

boy:
kejam ah ko ni..jgn la gunting... takat frame kn tu ok la...hehe~

SI Gadis said...

jantan keparat:
haha..asal x bwk? jarang dgr org laki cmni...=p

SI Gadis said...

cemmah:
insyaallah..dh dpt keberanian tu bwk la keter nnti...hee~

SI Gadis said...

alien:
main terjah je ni la yg ketar satu badan..ehehehe

mrnoble said...

kalu bawak moto ok?

SI Gadis said...

moto lg la seram....kenderaan besar x nmpk moto lalu sbelah...haish!! ngeri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...