Friday, May 14, 2010

Cuti Sem

yeah! Setelah sebulan lebih tinggalkan blog ni bersawang, akhirnya saya mendapat kerajinan untuk meng-update blog. Kalau tak jangan harap la nak login blogger ni lepas tu update bagai.


Sebulan lebih bercuti dari ber-blogging pun sebab saya baru habis final exam. Haram sungguh final kali ni. Semua paper bila keluar dewan dengan perasaan hampa. Nak kata tak study tu tipu lah. Siap study group lagi, hari-hari pulak tu tak pernah miss. damn!


Sekarang cuti sem, yang penting enjoy! Malas nak fikir benda lain. Tunggu je lah result kelaur, time tu lah baru menggigil satu badan nak check. Yang itu kita tolak tepi, sekarang fikirkan aktiviti apa nak buat time cuti 2 bulan ni.


Setiap sem tak lepas untuk plan kerja part time. Tapi kesudahannya, memang haram tak langsung kerja. Harapan tinggal harapan. Last-last tiap cuti sem dihabiskan dengan aktiviti mengembangkan badan atas katil dengan online sampai lebam.

Aktiviti harian time cuti camni memang tak menarik perhatian langsung. Cuti ni macam dah takda event berbasikal lagi macam cuti sem yang lepas. Sila rujuk entry ini.

Saya just menanti event yang bakal ada time cuti ni. Hiking pun okay juga, tapi takda siapa nak buat event ni semua. Hampa betul rasanya! So sekarang ni saya PERLU untuk mencari part time job supaya cuti kali ni tak sia-sia macam yang dulu. HARAP-HARAP camtu lah~ Jangan hangit-hangit tahi itik pulak.

Kalendar cuti kali ni penuh dengan undangan perkahwinan. Okay lah dari takda apa-apa nak buat. Weekdays just melepak kat dalam bilik, layan Facebook, tak pun layan stock movie atau series yang ada dalam laptop ni. Weekend pulak baru dapat jumpa yang tersayang. Dalam masa 2 bulan buat camni, mahu nya berat badan naik ada lah dalam 4 atau 5kg.


Okay~ sila cari kerja yea!! Next week akan bermulanya pencarian kerja part time. Kalau sesiapa yang baik hati nak bagi saya kerja pun okay juga. ^_^


Enough said~ lepas ni saya mau update entry yang tertangguh selama sebulan lebih ni.



2 comments:

Encik Psychopath said...

jgn lupe awak hutang dating dgn saya.

SI Gadis said...

eyh! ade eh? jap tgk kalendar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...