Thursday, September 8, 2016

Diet Atkin : Week 1 - Banyak Sangat Cheat Oii

Assalamualaikum,


Harini genap lah seminggu saya berdiet Atkin. Bukan senang nak menahan nafsu makan yang membuak-buak ni. Selalu tewas, tapi kali ni alhamdulillah boleh tahan, walaupun ada jugak kecundang. Mr Husband pon tak pasal-pasal kena follow cara pemakanan saya, sebab kami pun sama-sama diet, cuma dia bukan diet Atkin. Tapi kena paksa jugak makan makanan yang sama. Kah kah kah!


Malas nak type panjang-panjang, meh saya nak share menu untuk seminggu ni.


Day 1


Untuk Day 1 ni saya puasa sunat, so buka puasa pak mertua ajak makan ayam penyet pulak. Tapi saya just makan ayam sahaja dengan sambal, tapi order sekali side dish gado-gado, ingatkan sayur je, sekali datang kentang dengan kuah kacang. Ceyh, telan je la. Kentang dengan kacang memang tinggi karbo, so not recommended untuk ambil.

Day 1 dah hancus, makan karbo sikit. Then telan la air banyak-banyak. Sepatutnya saya perlu minum 3.5 liter air sehari. Tapi sebab puasa dapat telan 1 liter je.


Day 2



Untuk breakfast saya buat 2 biji telur dadar potong dua untuk buat breakfast dengan lunch sekali masak je, senang. Makan dengan salad dan 2 batang sosej honey chick. Sosej honey chick je yang rendah karbo, kalau nak beli kena tengok dulu jumlah karbo untuk 1 batang sosej berapa. Jangan main tibai je beli.

Then, lunch makan telur dadar dengan timun jepun dan 2 ketul ayam perap BBQ. Masak mudah je, sebab pagi masa terhad nak masak sedap-sedap takut lambat pergi kerja lak kan. Breakfast dan lunch lulus Atkin, cuma dinner takyah tanya la makan apa. Saya dah tibai karbo banyak lak. Buat popia nangka dengan popia ketam. Hahahaha! Air dapat minum 3 liter. Payah nau nak dapat 3.5 liter. Huh!



Day 3



Breakfast sedap sikit, buat pizza telur. 2 biji telur dadar pastu tabur 1 batang sosej potong kecik-kecik then letak cheese 1 keping. Minum 1 liter air. Lunch perap ayam dengan rempah misteri dari Hanghungry Chef. Beli je siap, kalau malas nak tambah rempah sendiri. Sedap pun sedap. Air 2.5 liter minum. Dinner toksah tanya lagi la. Tibai makan laksa penang kat Jln 223 PJ. Memang terbaik. Ampun! Dah derhaka kat Atkin. Hahahaha!



Day 4


Whole day cheat day. Kah kah kah!

Sedap dapat tibai goreng pisang, popia pisang, macam-macam la. ok bye!



Day 5



Day 5 berpuasa sunat lagi. Kali ni buka tibai roti canai segera dan masak ayam black pepper dengan capsicum dan kobis bunga. Simple je sebab malas. Jangan lak korang gi makan roti canai, memang tak lulus atkin. Ni sebab saya dah kira jumlah karbo tak lebih 20g untuk makan berbuka tu. Air dapat minum 1 liter je.



Day 6



Day 6 pulak. Breakfast scramble egg dengan ayam racik halus makan dengan salad. Lunch pulak ayam seketul dan 4 ketul bebola keropok lekor cheese (yang ni tak boleh sebenarnya). Dinner pulak buat pizza telur, 2 biji telur, 1 batang sosej dengan sekeping cheese makan dengan kailan goreng dengan rencah bilis je. Pastu keluar tengok barang elektrik pastu lepak mamak, TERorder tosei lak. Kah kah kah! Haru je la, kantoi di situ.



Day 7



Day 7 puasa lagi. Buka puasa ayam grill dengan rempah misteri dan telur balut dengan salad, carikan ayam dan sosej potong kecik-kecik, bubuh mayonis kewpie sikit.



Cukup seminggu menu Atkin saya. Walaupun tak berjaya buat secara betul, tapi saya tak ambil jumlah karbo yang banyak. Nasi memang tak makan. Dapat jugak la tahan nafsu seminggu, macam-macam craving nak makan. Nampak kedai Chatime nak beli la, nampak jual aiskrim McD nak makan la. Tapi Alhamdulillah dapat gak tahan. Just fikir positif, bila-bila dah kurus nanti boleh la makan. Hahahaha.


Nasib la saya jenis tak makan nasi tak kisah sangat, sebab tekak western ni kesah kalau nampak makanan selain nasi depan mata. Tapi kena gak kuatkan semangat. Inshaa Allah saya boleh.



1 minggu ni walau banyak cheat dapat jugak kurang 2 kg. Yeah! Walau tak banyak tapi ada jugak penurunan dah lega dah. Kalau maintain mau menangis ni. Meh saya nak bagi tips sikit, agak-agak nak follow, up to you eh. Ikut kemampuan dan badan masing-masing.

1. Minum air masak banyak-banyak, jangan sentuh air manis atau air sejuk / air batu. Ni memang penting!
2. Exercise sukati korang. Nak cepat turun perlu exercise! Seminggu ni saya just buat senam alat gegar-gegar tu yang Takashima punya dengan wat plank sikit-sikit.
3. Jangan skip makan! Sekurang-kurangnya 3 kali untuk kuantiti sederhana atau 5 kali untuk kuantiti kecik.
4. Tidur yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 6 jam. Dapat 8 jam lagi bagus.
5. Kalau tak tahan nafsu makan, kau gigit la sikit bagi puas hati. Kang kempunan pulak. (Jangan follow ni kalau tak kuat iman) Hahahaha.



Ok, nanti kita sambung untuk 2nd week pulak ye berjaya ke tidak. Hahahaha.



K.bye!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...