Tuesday, July 24, 2012

Day 5 : A Picture Of Something You Want To Do Before You Die

Day 5 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.




Kalau nak ikutkan hati memang banyak benda saya nak buat. Banyak dan terlalu banyak. Sekarang ni saya pilih mana yang saya rasa termampu buat je la ye. Biasa la, kalau boleh semua benda saya nak buat dalam dunia ni.



PERTAMA: PUNCAK KINABALU


Saya nak menawan puncak Kinabalu! Yeah, memang dari dulu saya nak sangat. Tapi belum berpeluang. InsyaAllah suatu hari nanti saya akan ke sana. Ni bukan penangan cerita Dejavu di Kinabalu tu taw, ni dah lama saya impikan puncak Kinabalu.


KEDUA: BALI, INDONESIA



Nak pergi Bali sangat. Tapi entah bila. Nak honeymoon kat sini pon best jugak, tapi dah biasa sangat pulak. Honeymoon pergi tempat lain la. hehehe. So, nak pergi Bali just untuk rehatkan minda, nak cuci-cuci mata ke. Orang kata laut cantik, tapi tak tau la kan, sebab orang kata. Saya tak kata lagi, so kena lah pergi sendiri. Bila tu? InsyaAllah dalam planning.


KETIGA: BUNGEE JUMPING


Yeah! Perkara menjadi idaman saya sangat. Memang nak sangat try bungee jumping ni, tapi belum ada rezeki lagi nak cuba. Masa saya holiday Phuket aritu, memang niat nak buat, tapi disebabkan kekurangan bajet, terus batalkan niat hati tu. Time tu dapat tengok je orang buat, dalam hati seronoknya la kalau dapat try kan. InsyaAllah satu hari nanti.



Ok lah! Cukup setakat 3 perkara penting ni. Kalau buat sepuluh nanti tak termampu nak tunaikan. Yang 3 ni insyaAllah boleh ditunaikan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...