Friday, July 20, 2012

Day 3: Your Idea For Perfect First Date

Day 3 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.


Tajuk ni saya suka! ^_^ Straight to the point je la yea, malas nak belit-belit ni.

Kalau perfect date harus lah yang buat kita happy and buat benda yang paling kita suka, yea tak? Kalau nak perfect first date tak perlu candle light dinner bagai lah. Bosan kot kalau macam tu, macam dalam drama TV pulak kan.

Saya nak date kat tepi pantai. Camna tu yea? Yea lah, pantai kan best, dah kata tempat favorite saya kat pantai, mesti la nak kat situ. Tak kesah lah buat aktiviti apa pun kat sana, yang penting enjoy.

Boleh jalan-jalan kat tepi pantai, lepak kat pantai tengok orang mandi ke. Boleh hilang semua stress kalau dapat pegi pantai. Serious tak tipu! Tapi untuk orang yang betul-betul sukakan pantai la ye.




Senang cerita lah, berkelah tepi pantai. Memang simple habis, I like! Tak payah buat benda remeh temeh untuk jadi kan date tu perfect. Yang penting dua-dua pihak puas hati dan happy, dah cukup.

Pernah je saya date kat tepi pantai, tapi bukan first date la. Setakat pergi Port Dickson jalan-jalan, makan kuaci sambil lepak-lepak, itu sahaja. Seronok jugak kadang-kadang buat macam tu.

Kalau keluar date je pergi tengok wayang, makan-makan, window shopping, buat benda sama je. Memang sangat lah bosan! Yes! Memang saya pernah rasa bosan dengal aktiviti yang sama macam ni. So, try la buat aktiviti yang lain dari yang lain.


Ok, itu sahaja untuk kali ini, next update untuk day 4 pulak.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...