Wednesday, January 12, 2011

Rawatan alternative yang guna ikan bahaya!!

Saya dapat email ni dari siapa entah saya tak ingat. Just untuk info anda semua. Terkejut gak yea. Tak sangka, tak terfikir pun ada jugak. Baca jer la yea rakan rakan. Saya copy paste je dari email. ^_^



Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika.



So lepas ni kalau nak buat rawatan camni gigit-gigit la kaki sendiri. Takda lah dapat penyakit pelik-pelik dari orang lain. Kita pun rasa selamat. Yakin pada diri sendiri. Tak gitu?


Ingat yea! Kalau buat jugak, tanggung sendiri risiko. hehehe~

1 comment:

miyoko mohamed said...

hah??penah bt rwatan ni sblm ni..adoyai..xtaw pon de jgk mcm ni..following u..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...