Thursday, January 13, 2011

Maksud mimpi yang tersirat, boleh percaya ke?


sumber Google



Persoalan ni selalu dan kebanyakan nya lah kan orang akan fikir, betul ke kalau kita mimpi sekian sekian nanti akan jadi sekian sekian kat realiti? Pendapat saya, benda ni semua mainan mimpi jer semata mata. Tiada kaitan sangat lah dengan realiti kehidupan kita. Yeke? Yelah cik abang dan cik adik sekalian.

Antara nak percaya atau tak lah kan. Kalau benda nak jadi tu, semua ketentuan Tuhan. dan Allah nak bagi kau mimpi sekian sekian, nak wat macam mana. Kalau dah tertulis sejak azali lagi, kau nak mimpi apa pun lantak la, benda akan berlaku pun redha jer la. Dah itu perjalanan hidup kau. Betul tak?


Kalau nak cerita pasal mimpi ni, macam-macam mimpi ada. Selalu nya orang cakap, orang cakap yea bukan saya cakap. Kalau mimpi gigi patah petanda ahli keluarga atau orang yang dikenali akan meninggal. Siapa ada pengalaman macam ni, angkat tangan! Ok cukup!

Meh saya nak story pasal saya pernah mimpi benda yang sama berulang kali. Pernah suatu ketika dahulu, cewah! Ada lah saya mimpi gigi patah, saya taknak la fikir sangat pasal ada orang akan meninggal atau tak. Selang beberapa hari entah, saya tak ingat, lama dah kot, kawan baik saya sendiri meninggal. Kawan baik weh! Tengok entry neh. CLICK CLICK

Bila fikir kan balik pasal mimpi saya tu, antara nak percaya atau tak. Tapi saya fikir positif, kebetulan dan dah memang ajal arwah kan. Saya terima dengan redha. Mana tak sedih weh! Makan masa berbulan kot nak lupa. Ok cukup! Sedih pulak tetiba.


Itu baru satu, banyak kali jugak la saya mimpi benda yang sama dan berlaku jugak. Tiap kali saya mimpi benda yang sama, saya just doa jer lah takda apa-apa yang berlaku. Tak nak dah kehilangan orang-orang yang saya sayang. Sedih weh, tak sanggup!

Ni hasil saya google pasal tafsir mimpi. Buat lah kesimpulan sendiri yea. Lain orang lain pendapat.


Tafsir mimpi menurut Islam

Yang ni dalam bentuk PDF


Cukup kot link yang saya bagi, anda baca, anda buat kesimpulan sendiri. Kalau nak tau lebih lanjut, tanya yang lebih pakar yea!

2 comments:

fara said...

saya pun selalu mimpi yang sama..
tapi setakat ni tak pernah mimpi sal gigi patah atau ular lagi la.. just mimpi biasa jerk..

btw thanks for the info..
memang cari pun..

tq yaa...

SI Gadis said...

mimpi hanya mainan tidur, hanya Tuhan je taw kan.. =p

neway thx yea!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...