berfikir sejenak. nak update tapi takda idea. tu lah masalah saya sekarang. puas dah berpusing kepala, memerah keringat nak cari idea. okay, itu tipu sebenarnya.
jari nak menaip entry, otak tak nak bekerjasama untuk membantu menghasilkan satu entry yang kira powerful. bila takda idea, mula lah keluar ayat yang serupa mengarut yang tak mendatangkan hasil atau faedah kepada semua lapisan blogger. cukup lah karutan camtu. hahahaha.
okay, tiba-tiba datangnya mentol di kepala yang membawa maksud idea bakal tiba. pastu tiba-tiba yang datang adalah malas. damn! tidak mengapa. kita teruskan karutan atau cerita je la apa-apa pun. janji ada entry. lol!
next week, time Mulidur Rasul, ada event BMC2 atau lebih tepatnya ada event kayuh basikal ke Port Dickson selama 2 hari. diri ini nak pergi, tapi hati ini berat mahu melepaskan.
dah lama tak kayuh, takut pancit pulak kat tengah jalan. tak pasal-pasal saya jadi orang last kayuh, cam biasa lah. perjalanan ke PD boleh tahan jauh. tambah ngan cuaca panas yang amat. so, saya kira memang akan cepat penat berkayuh tahap cipan. betul tak tipu.
di tambah lagi next week hari cuti jatuh pada hari jumaat, dah tentu lah ada nya hari berdating-dating. memang sungguh berasa kegatalan bila tak berjumpa. okay cukup mengarut lagi.
TAPI, rindu nak berbasikal, rasa kesengalan kaki dan juga pinggul untuk menyentuh basikal. tapi rasa rindu lagi nak berhiking. bila nak ada event hiking lagi BMC2 oit?
kesimpulan yang harus dibuat, akan saya fikirkan dulu mahu join ke tak. tapi si pengarah program dah siap booked kan satu basikal untuk saya. sungguh special diri ini rasa. tipu lagi, dah tentu dia booked kan untuk kami bertiga. mungkin juga.
cukup sampai di sini sahaja untuk entry mengarut bagai ini. sungguh bongoks nya diri ini ku rasa! haish~
time cuti seminggu ni banyak dah buang masa depan laptop. mengadap tanaman, kedai makan dan juga ikan-ikan yang harus dijaga dengan rapi. buku tak berusik. balik melaka nanti baru lah kalut nak study. memang lah mangkuk.
okay, ni betul-betul cukup. tapi tangan tak nak berhenti menaip. CUKUP!
selamat malam semua! ^_^
No comments:
Post a Comment