Wednesday, September 18, 2019

Pengalaman Kerja

Assalammualaikum,

Amaran! Ni entry panjang, nanti muntah hijau baca sampai habis. Kahkah!

Tetiba aku rasa macam nak share experience aku dalam bidang pekerjaan. Maklum lah, budak-budak fresh grade zaman sekarang ni kadang-kadang tak pandai bersyukur. Nak cari kerja demand nak gaji tinggi, nak setaraf dengan kelayakan yang ada.

Hello! Zaman sekarang ni taw tak payah nya nak cari kerja. Ada yang dah habis belajar 2 tahun sampai sekarang tak dapat kerja tetap lagi. Buatlah macam-macam kerja untuk tampung komitmen. Yang tak reti bersyukur tu meh hakak nak lempang sedas. Hahaha.

Dulu masa dapat praktikal kat company besar kemain aku suka. Bersyukur sangat, sebab nak praktikal tu pon kena interview. Bukan semua yang datang interview dapat taw. Yang bernasib baik je dapat. So Alhamdulillah aku dapat praktikal kat company tu. So banyak benda la aku boleh belajar bukan setakat fotostat kerja je. Hahaha.



Lepas habis praktikal aku terus dapat serap masuk kerja kat company tu. Syukur sangat untuk rezeki ni. Yela, company tu dah la dekat sangat kat rumah aku, jalan kaki 10 minit je. Tiap kali lunch mesti aku balik rumah makan, memang jimat hidup aku. Hehehe. Masa tu contract setahun. Lepas tu diorang nak renew contract baru, aku tak ingat macam mana, diorang macam ada tukar something kat contract tu, tapi aku lupa apa. Sampai buat aku decide taknak sambung kerja kat situ.

Time tu tahu lah jiwa orang muda yang kuat memberontak. Kalau fikir balik sekarang, aku rasa dulu aku buat keputusan paling bodoh tinggalkan company tu. Yela, benefit dapat macam-macam, opiz dekat je. Apa je yang kau nak lagi kan. Sampai sekarang aku menyesal. Huhu!
Dalam masa sebulan notis tu aku dah cari kerja dan pergi interview. Alhamdulillah interview pertama aku berjalan lancar dan aku dapat offer kerja kat situ. Kerja sebagai Account Executive. Gaji dia bagi 20% lebih dari previous gaji. Time tu tak fikir panjang terus aku terima offer tu. Padahal company tu kecik je pon, benefit tak banyak nak banding kan dengan company lama aku. Bodohnya aku! Hahaha.


Kerja company ke-2 aku ni dekat area Puchong, dengan tol and minyak lagi, kena hadap jem hari-hari. Dengan company yang macam-macam hal. Dengan head department aku yang macam haram la. Semua kerja aku buat semua serba tak kena. Akaun company yang entah apa-apa. Lepas 9 bulan aku kerja aku diberhentikan kerja. Dengan alasan kerja aku tak memuaskan. Aku nangis weh depan bos. Yela, kau kerja elok-elok jaga akaun company, at last bos cakap macam tu. Rabak hati aku. Company bagi aku sebulan gaji dan aku kena berhenti immediate effect.


Macam-macam aku fikir, yela time tu dah tunang. Nak fikir kumpul duit kahwin lagi. Tapi aku redha je apa terjadi kat hidup aku time tu. Aku yakin ada hikmah apa yang terjadi. Nak tahu tak, lepas seminggu aku kena buang kerja tu, company tu kena simbah cat merah oleh ahlong. Huh! Giler la, bersyukur aku tak kerja kat company tu. Ada hikmah jugak. Company tu memang problem, so aku syak bos aku hutang ahlong untuk run bisnes tu dan tak bayar. Sebab sejak hujung-hujung nak dekat aku kena berhenti tu memang ada orang keluar masuk opiz tu, aku tak rasa client, sebab pakaian diorang tu memang macam samseng. So aku confirm tu ahlong.

Lepas tu memang aku cari kerja lah, memang dah tak kisah kerja apa pon. Kebetulan makcik aku ada offer untuk kerja kat tempat dia, sebab ada banyak kekosongan, kat company kerajaan kat area KL. So aku apply dan dapat interview. Memang kejap je aku merasa menganggur. Yela, masa kena buang dapat sebulan gaji je, so aku kena jugak cari kerja untuk tampung hidup untuk bulan seterusnya. Ingat gaji sebulan boleh survive untuk setahun ke? Aku bukan gaji 5 angka sebulan weh. Hahaha.


So aku pergi interview dengan harapan dapat lah diorang terima aku. Walau masa tu contract basis. Lepas beberapa minggu tu diorang call bagitau aku diterima kerja situ. Alhamdulillah aku dah bukan penganggur lagi. So kerja ke-3 aku tu contract ikot gaji harian. Yela kan kerja kerajaan sebagai pekerja sementara, apa yang ko expect. Bayangkan lah kerja ikot gaji harian ni, kalau kau sakit memang kau cuti bodoh je lah takda gaji, kalau kau pergi bercuti memang gaji kau tak jalan lah. Bayangkan gaji untuk satu hari aku RM53 macam tu. Kalau sebualn berapa? Kadang kau banyak cuti atau sakit gaji tak sampai seribu pon sebulan.

Tapi time tu aku tak tahu lah, bersyukur apa ada ja. Aku takda pon merungut dengan rezeki yang Allah bagi ni. Kalau rajin buat OT dapat lah duit poket sikit. Aku enjoy je sepanjang aku kerja situ. Pejam celik hampir 2 tahun weh aku kerja kat situ sampai aku dah kahwin pon. Aku tak tahu lah macam mana aku survive, siap boleh bayar komitmen aku, boleh enjoy holiday tiap tahun. Mungkin sebab aku yakin dan bersyukur dengan rezeki Allah bagi kot.


So, lepas 2 tahun company ke-3 aku tu nak tamatkan contract pekerja harian diorang. Memang ramai sangat staff yang tamat contract. Kalau nak kerja lagi kena apply baru melalui website dan pergi interview untuk saringan. Sebab diorang nak amik perkerja permanent lak. Aku pon tak faham. Tapi sedih sangat nak tinggalkan company tu, sebab dah rapat sangat dengan semua orang macam satu family.


Lepas je aku berhenti kerja tu, aku kerja sementara kat company bapak mertua aku. Aku buat akaun company dia sikit-sikit. Dapat lah 1 ribu dalam masa tak sampai sebulan aku kerja. So kira ok lah kan. Lepas tu bapak mertua aku tolong recommend kan kerja kat company client dia. So aku hantar resume dan pergi interview. Alhamdulillah aku dapat kerja tu.


So, kerja ke-4 aku ni dekat area Taman Melawati sebagai Account Executive. Gaji ok jelah, kau nak demand banyak-banyak nanti company pon taknak ambil kau kerja. Kerja aku buat tu memang full set akaun aku kena handle. Aku suka je kerja aku ni. Enjoy je sepanjang 3 tahun aku kat situ. Dengan kawan-kawan kerja pon dah sekepala, boleh buat gang.

Lepastu aku nak cari kerja lain, sebab selama aku kerja tu tak pernah ada increment, bonus apatah lagi. Sekali je dapat bonus, tu pon tahun terakhir aku kerja kat situ, tu pon dapat berapa ratus je. Tapi takpa lah, aku bersyukur je walau kadang merungut jugak. Hahaha.



Then, kawan aku offer untuk kerja dengan dia, so aku hantar resume dan pergi interview. Alhamdulillah aku dapat kerja situ. FYI, masa aku dapat offer kerja baru, aku tak hantar surat resign lagi kat company lama aku tu. Seminggu sebelum aku nak start kerja tempat baru, aku baru hantar surat resign 24 jam. Yela weh, company aku tu kena hantar surat resign 3 bulan notis, lama giler wei. Company baru nak aku masuk cepat lak tu, sebab diorang nak year end closing. So, memang aku takda choice selain notis 24 jam.


Company lama siap saman aku taw, bawak kes ke pejabat buruh. Masa tu aku dengan kawan aku sorang. Kawan aku tu pon resign jugak tapi bagi notis sebulan, patut 3 bulan. Mana tak nya, masuk aku je dah 4 orang MIA atau resign 24 jam camtu je. So aku kira bukan bernasib baik lah. Diorang taknak ada staff lain buat macam tu lagi. So bincang punya bincang aku dapat la kurang kena bayar 1 bulan ganti notis untuk bayar ke company lama. So aku mintak untuk bayar bulan-bulan. Sampai sekarang aku tak habis hutang lagi. Hahaha.

Takpa lah memang salah aku pon kan, lari macam tu je. Tapi alhamdulillah, kerja ke-4 aku ni memang company besar, benefit memang banyak sangat. Walau kerja stress dan hujung bulan kadang kena stay sampai lewat malam, tapi tak apa lah. Dah komitment kerja aku macam ni, aku redha je. Yela kan, ingat senang nk dapat kerja kat company besar macam ni. Aku ni ada anak nk tanggung lagi, komitment banyak sangat, so aku bersyukur benefit yang company aku bagi ni boleh la tampung atau kurangkan sikit beban aku.



Panjang pulak aku bebel kan kali ni. Tengah busy closing year end ni sempat lagi aku update. Nak relax kan otak tengah stress ni kejap. Hahaha.



Aku nasihatkan kat korang yang memilih kerja tu, tak payah nak pilih sangat lah. Terima je apa ada. Even orang ada experience kerja 10 tahun pon susah nk cari kerja, ni kan pulak yang fresh grade. Dapat offer apa-apa tu sambar je. Cari experience banyak-banyak.


Macam aku ni sume benda dah rasa. Dah rasa kerja gaji harian lah, dah pernah kena buang kerja lah, kerja yang tak dapat benefit apa-apa lah, memang macam-macam pengalaman aku hadap. Tapi selama hampir 10 tahun aku kerja ni bagi macam-macam experience yang sangat bermakna dalam hidup kau.


Lepasni aku fikir nak migrate la kerja oversea. Tapi tak tahu lah nak kerja mana. Otak aku dah penat nak kerja hadap stress akaun hari-hari. Hahaha.


Ok lah, tu je la. Nanti aku share experience aku lain lak. Peace!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...