Thursday, September 8, 2016

Diet Atkin : Week 1 - Banyak Sangat Cheat Oii

Assalamualaikum,


Harini genap lah seminggu saya berdiet Atkin. Bukan senang nak menahan nafsu makan yang membuak-buak ni. Selalu tewas, tapi kali ni alhamdulillah boleh tahan, walaupun ada jugak kecundang. Mr Husband pon tak pasal-pasal kena follow cara pemakanan saya, sebab kami pun sama-sama diet, cuma dia bukan diet Atkin. Tapi kena paksa jugak makan makanan yang sama. Kah kah kah!


Malas nak type panjang-panjang, meh saya nak share menu untuk seminggu ni.


Day 1


Untuk Day 1 ni saya puasa sunat, so buka puasa pak mertua ajak makan ayam penyet pulak. Tapi saya just makan ayam sahaja dengan sambal, tapi order sekali side dish gado-gado, ingatkan sayur je, sekali datang kentang dengan kuah kacang. Ceyh, telan je la. Kentang dengan kacang memang tinggi karbo, so not recommended untuk ambil.

Day 1 dah hancus, makan karbo sikit. Then telan la air banyak-banyak. Sepatutnya saya perlu minum 3.5 liter air sehari. Tapi sebab puasa dapat telan 1 liter je.


Day 2



Untuk breakfast saya buat 2 biji telur dadar potong dua untuk buat breakfast dengan lunch sekali masak je, senang. Makan dengan salad dan 2 batang sosej honey chick. Sosej honey chick je yang rendah karbo, kalau nak beli kena tengok dulu jumlah karbo untuk 1 batang sosej berapa. Jangan main tibai je beli.

Then, lunch makan telur dadar dengan timun jepun dan 2 ketul ayam perap BBQ. Masak mudah je, sebab pagi masa terhad nak masak sedap-sedap takut lambat pergi kerja lak kan. Breakfast dan lunch lulus Atkin, cuma dinner takyah tanya la makan apa. Saya dah tibai karbo banyak lak. Buat popia nangka dengan popia ketam. Hahahaha! Air dapat minum 3 liter. Payah nau nak dapat 3.5 liter. Huh!



Day 3



Breakfast sedap sikit, buat pizza telur. 2 biji telur dadar pastu tabur 1 batang sosej potong kecik-kecik then letak cheese 1 keping. Minum 1 liter air. Lunch perap ayam dengan rempah misteri dari Hanghungry Chef. Beli je siap, kalau malas nak tambah rempah sendiri. Sedap pun sedap. Air 2.5 liter minum. Dinner toksah tanya lagi la. Tibai makan laksa penang kat Jln 223 PJ. Memang terbaik. Ampun! Dah derhaka kat Atkin. Hahahaha!



Day 4


Whole day cheat day. Kah kah kah!

Sedap dapat tibai goreng pisang, popia pisang, macam-macam la. ok bye!



Day 5



Day 5 berpuasa sunat lagi. Kali ni buka tibai roti canai segera dan masak ayam black pepper dengan capsicum dan kobis bunga. Simple je sebab malas. Jangan lak korang gi makan roti canai, memang tak lulus atkin. Ni sebab saya dah kira jumlah karbo tak lebih 20g untuk makan berbuka tu. Air dapat minum 1 liter je.



Day 6



Day 6 pulak. Breakfast scramble egg dengan ayam racik halus makan dengan salad. Lunch pulak ayam seketul dan 4 ketul bebola keropok lekor cheese (yang ni tak boleh sebenarnya). Dinner pulak buat pizza telur, 2 biji telur, 1 batang sosej dengan sekeping cheese makan dengan kailan goreng dengan rencah bilis je. Pastu keluar tengok barang elektrik pastu lepak mamak, TERorder tosei lak. Kah kah kah! Haru je la, kantoi di situ.



Day 7



Day 7 puasa lagi. Buka puasa ayam grill dengan rempah misteri dan telur balut dengan salad, carikan ayam dan sosej potong kecik-kecik, bubuh mayonis kewpie sikit.



Cukup seminggu menu Atkin saya. Walaupun tak berjaya buat secara betul, tapi saya tak ambil jumlah karbo yang banyak. Nasi memang tak makan. Dapat jugak la tahan nafsu seminggu, macam-macam craving nak makan. Nampak kedai Chatime nak beli la, nampak jual aiskrim McD nak makan la. Tapi Alhamdulillah dapat gak tahan. Just fikir positif, bila-bila dah kurus nanti boleh la makan. Hahahaha.


Nasib la saya jenis tak makan nasi tak kisah sangat, sebab tekak western ni kesah kalau nampak makanan selain nasi depan mata. Tapi kena gak kuatkan semangat. Inshaa Allah saya boleh.



1 minggu ni walau banyak cheat dapat jugak kurang 2 kg. Yeah! Walau tak banyak tapi ada jugak penurunan dah lega dah. Kalau maintain mau menangis ni. Meh saya nak bagi tips sikit, agak-agak nak follow, up to you eh. Ikut kemampuan dan badan masing-masing.

1. Minum air masak banyak-banyak, jangan sentuh air manis atau air sejuk / air batu. Ni memang penting!
2. Exercise sukati korang. Nak cepat turun perlu exercise! Seminggu ni saya just buat senam alat gegar-gegar tu yang Takashima punya dengan wat plank sikit-sikit.
3. Jangan skip makan! Sekurang-kurangnya 3 kali untuk kuantiti sederhana atau 5 kali untuk kuantiti kecik.
4. Tidur yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 6 jam. Dapat 8 jam lagi bagus.
5. Kalau tak tahan nafsu makan, kau gigit la sikit bagi puas hati. Kang kempunan pulak. (Jangan follow ni kalau tak kuat iman) Hahahaha.



Ok, nanti kita sambung untuk 2nd week pulak ye berjaya ke tidak. Hahahaha.



K.bye!

Permulaan Diet Atkin

Assalamualaikum,

Saya rasa semua orang pernah dengar apa itu diet Atkin kan? Kalau Google pon banyak sangat info yang boleh kita dapat tentang diet Atkin ni dan banyak sangat resepi yang orang share kat blog mahupun Facebook. Saya malas nak share info tentang diet Atkin, sebab semua orang pun pandai Google je kan. Hahahaha.


Untuk pengetahuan semua (kalau korang nak tahu la), saya ni dari dulu sebelum kahwin sampai dah kahwin, azam nak kurus tu tak pernah tak ada. Memang orang kata azam tiap tahun yang tak pernah kesampaian la. Hahahaha. Mana tak kesampaiannya, nak diet macam-macam halangan, macam-macam dugaan. Lagi-lagi dugaan bab makanan sedap-sedap, siapa pun yang tahan ye tak? Lagi-lagi saya ni kaki makan.

Gambar tahun 2009 tak silap. Ni time kurus sekejap. Memang time ni diet betul, jalan kaki ke kelas punya la jauh, makan pun roti dengan sup-sup. Lepas kelas jogging lagi.



Pernah la jugak sebelum kahwin kurus sekejap, tu pun time single and available. Time dah bercouple mula la berat naik macam dipam-pam. Bahagia la orang kata kononnya. Padahal asal keluar je makan, asal bosan je makan. Sampai la lepas kahwin ni, berat naik 15kg bak hang. Nak turun bukan main susah lagi. Diet pun sebulan boleh tahan, lepas tu tak tahan nampak makanan. Hahahaha.


Macam-macam produk saya dah cuba guna, Dr Romzy, SD2, Herbalife, Teh Orang Kampung, jamu-jamu, Shaklee, banyak lagi la. Tapi semuanya haram tak jadi. Bukan sebab produk tak bagus, tapi saya yang makan tak konsisten, beli 1 botol, tapi tak habis, sampai expired, makan 2 atau 3 bulan pastu stop. Memang banyak membazir beli mahal-mahal tapi taknak serius.



So, bermula 1/9/2016 saya diet Atkin dengan gigihnya. Tengok hasil macam mana. Inshaa Allah kali ni nak kuatkan semangat, tahan dugaan, cekalkan hati, tahan mata dan nafsu tengok makanan, jaga pemakanan, bersenam selalu. Saya harap kali ni bukan acah-acah diet macam dulu. Kahkahkah. Go go go!! You can do it!



Salah satu sebab saya diet nak turunkan berat sebab tengah berusaha nak dapatkan anak. Kalau dah obese, macam-macam penyakit datang, hormon pun tak stabil. So, saya perlu jugak untuk turunkan berat, sebab kami dah 3 tahun lebih kahwin, belum lagi ada rezeki nak dapat anak. Mungkin ni salah satu usaha kami untuk dapatkan anak.


Gambar tahun 2010 rasanya. Ni pun tak berapa kurus, sebab berat naik sikit dan tak dapat berat ideal lagi. Time ni aktif join aktiviti berbasikal dengan hiking.




Nak diet ni kena rajin banyak. Kena rajin masak, rajin bersenam. Kalau malas memang jadi balik la acah-acah diet tu. Nak bersenam untuk beginner try dulu download video kat youtube, search je macam-macam jenis senaman ada untuk beginner. Kalau mula-mula nak diet ni tak perlu nak extreme sangat, nanti sekejap je kekal rajin tu, buat slow and steady pun tak apa, asalkan kita bersenam. Untuk permulaan buat je dekat rumah kalau segan nak jogging kat taman.


Beli yoga mat kalau nak bersenam dekat rumah, selesa sikit. Tak apa kita keluarkan modal sikit, yang penting kita puas dapat apa yang kita nak. Saya beli yoga mat kat Lazada je memang murah kalau time promotion. Lepas tu download banyak-banyak video senaman kat Youtube, save kat pendrive, cucuk kat TV dekat rumah. Settle!


Ni yoga mat yang saya beli, harga lebih kurang je.



So, bila betul-betul dah kuat semangat nk diet ni buat lah jadual masak untuk menu Atkin dengan jadual exercise. Kalau tak ada jadual memang alamatnya ke laut lagi la. Dah ada jadual senang sikit follow, sekurang-kurangnya ada usaha kita ke arah nak gaya hidup sihat kan. Agak-agak ada orang pandang rendah atas usaha kita ni, buat tak tahu je lah, abaikan semua aura negatif tu, ingat balik tujuan kita nak diet.


Siapa yang nak diet Atkin ni kena betul-betul study tentang diet ni, jangan terus nak follow je, sebab tanpa ilmu yang cukup nanti tak menjadi apa yang kita buat tu. Jangan jadi diet yang sia-sia ye. Dah faham betul-betul apa tu diet Atkin, baru lah boleh ikut. Sebab diet Atkin ni bukan boleh makan sebarangan, kena belajar dan ingat kuantiti karbohidrat dalam makanan yang kita ambil. Sebab limit hanya 20g sahaja! Minum air lebih dari 2 liter sehari untuk detox, ikut berat setiap 25kg minum 1 liter air masak.



Jadi, sekarang ni mari kita sama-sama usaha untuk perbaiki diri kita untuk menjadi orang yang lebih sihat dan cergas! Yeah!



P/S: Kalau sesiapa nak info atau resepi untuk diet Atkin boleh email saya minta copy. Nanti saya send.



K.bye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...