Thursday, September 8, 2016

Diet Atkin : Week 1 - Banyak Sangat Cheat Oii

Assalamualaikum,


Harini genap lah seminggu saya berdiet Atkin. Bukan senang nak menahan nafsu makan yang membuak-buak ni. Selalu tewas, tapi kali ni alhamdulillah boleh tahan, walaupun ada jugak kecundang. Mr Husband pon tak pasal-pasal kena follow cara pemakanan saya, sebab kami pun sama-sama diet, cuma dia bukan diet Atkin. Tapi kena paksa jugak makan makanan yang sama. Kah kah kah!


Malas nak type panjang-panjang, meh saya nak share menu untuk seminggu ni.


Day 1


Untuk Day 1 ni saya puasa sunat, so buka puasa pak mertua ajak makan ayam penyet pulak. Tapi saya just makan ayam sahaja dengan sambal, tapi order sekali side dish gado-gado, ingatkan sayur je, sekali datang kentang dengan kuah kacang. Ceyh, telan je la. Kentang dengan kacang memang tinggi karbo, so not recommended untuk ambil.

Day 1 dah hancus, makan karbo sikit. Then telan la air banyak-banyak. Sepatutnya saya perlu minum 3.5 liter air sehari. Tapi sebab puasa dapat telan 1 liter je.


Day 2



Untuk breakfast saya buat 2 biji telur dadar potong dua untuk buat breakfast dengan lunch sekali masak je, senang. Makan dengan salad dan 2 batang sosej honey chick. Sosej honey chick je yang rendah karbo, kalau nak beli kena tengok dulu jumlah karbo untuk 1 batang sosej berapa. Jangan main tibai je beli.

Then, lunch makan telur dadar dengan timun jepun dan 2 ketul ayam perap BBQ. Masak mudah je, sebab pagi masa terhad nak masak sedap-sedap takut lambat pergi kerja lak kan. Breakfast dan lunch lulus Atkin, cuma dinner takyah tanya la makan apa. Saya dah tibai karbo banyak lak. Buat popia nangka dengan popia ketam. Hahahaha! Air dapat minum 3 liter. Payah nau nak dapat 3.5 liter. Huh!



Day 3



Breakfast sedap sikit, buat pizza telur. 2 biji telur dadar pastu tabur 1 batang sosej potong kecik-kecik then letak cheese 1 keping. Minum 1 liter air. Lunch perap ayam dengan rempah misteri dari Hanghungry Chef. Beli je siap, kalau malas nak tambah rempah sendiri. Sedap pun sedap. Air 2.5 liter minum. Dinner toksah tanya lagi la. Tibai makan laksa penang kat Jln 223 PJ. Memang terbaik. Ampun! Dah derhaka kat Atkin. Hahahaha!



Day 4


Whole day cheat day. Kah kah kah!

Sedap dapat tibai goreng pisang, popia pisang, macam-macam la. ok bye!



Day 5



Day 5 berpuasa sunat lagi. Kali ni buka tibai roti canai segera dan masak ayam black pepper dengan capsicum dan kobis bunga. Simple je sebab malas. Jangan lak korang gi makan roti canai, memang tak lulus atkin. Ni sebab saya dah kira jumlah karbo tak lebih 20g untuk makan berbuka tu. Air dapat minum 1 liter je.



Day 6



Day 6 pulak. Breakfast scramble egg dengan ayam racik halus makan dengan salad. Lunch pulak ayam seketul dan 4 ketul bebola keropok lekor cheese (yang ni tak boleh sebenarnya). Dinner pulak buat pizza telur, 2 biji telur, 1 batang sosej dengan sekeping cheese makan dengan kailan goreng dengan rencah bilis je. Pastu keluar tengok barang elektrik pastu lepak mamak, TERorder tosei lak. Kah kah kah! Haru je la, kantoi di situ.



Day 7



Day 7 puasa lagi. Buka puasa ayam grill dengan rempah misteri dan telur balut dengan salad, carikan ayam dan sosej potong kecik-kecik, bubuh mayonis kewpie sikit.



Cukup seminggu menu Atkin saya. Walaupun tak berjaya buat secara betul, tapi saya tak ambil jumlah karbo yang banyak. Nasi memang tak makan. Dapat jugak la tahan nafsu seminggu, macam-macam craving nak makan. Nampak kedai Chatime nak beli la, nampak jual aiskrim McD nak makan la. Tapi Alhamdulillah dapat gak tahan. Just fikir positif, bila-bila dah kurus nanti boleh la makan. Hahahaha.


Nasib la saya jenis tak makan nasi tak kisah sangat, sebab tekak western ni kesah kalau nampak makanan selain nasi depan mata. Tapi kena gak kuatkan semangat. Inshaa Allah saya boleh.



1 minggu ni walau banyak cheat dapat jugak kurang 2 kg. Yeah! Walau tak banyak tapi ada jugak penurunan dah lega dah. Kalau maintain mau menangis ni. Meh saya nak bagi tips sikit, agak-agak nak follow, up to you eh. Ikut kemampuan dan badan masing-masing.

1. Minum air masak banyak-banyak, jangan sentuh air manis atau air sejuk / air batu. Ni memang penting!
2. Exercise sukati korang. Nak cepat turun perlu exercise! Seminggu ni saya just buat senam alat gegar-gegar tu yang Takashima punya dengan wat plank sikit-sikit.
3. Jangan skip makan! Sekurang-kurangnya 3 kali untuk kuantiti sederhana atau 5 kali untuk kuantiti kecik.
4. Tidur yang secukupnya. Sekurang-kurangnya 6 jam. Dapat 8 jam lagi bagus.
5. Kalau tak tahan nafsu makan, kau gigit la sikit bagi puas hati. Kang kempunan pulak. (Jangan follow ni kalau tak kuat iman) Hahahaha.



Ok, nanti kita sambung untuk 2nd week pulak ye berjaya ke tidak. Hahahaha.



K.bye!

Permulaan Diet Atkin

Assalamualaikum,

Saya rasa semua orang pernah dengar apa itu diet Atkin kan? Kalau Google pon banyak sangat info yang boleh kita dapat tentang diet Atkin ni dan banyak sangat resepi yang orang share kat blog mahupun Facebook. Saya malas nak share info tentang diet Atkin, sebab semua orang pun pandai Google je kan. Hahahaha.


Untuk pengetahuan semua (kalau korang nak tahu la), saya ni dari dulu sebelum kahwin sampai dah kahwin, azam nak kurus tu tak pernah tak ada. Memang orang kata azam tiap tahun yang tak pernah kesampaian la. Hahahaha. Mana tak kesampaiannya, nak diet macam-macam halangan, macam-macam dugaan. Lagi-lagi dugaan bab makanan sedap-sedap, siapa pun yang tahan ye tak? Lagi-lagi saya ni kaki makan.

Gambar tahun 2009 tak silap. Ni time kurus sekejap. Memang time ni diet betul, jalan kaki ke kelas punya la jauh, makan pun roti dengan sup-sup. Lepas kelas jogging lagi.



Pernah la jugak sebelum kahwin kurus sekejap, tu pun time single and available. Time dah bercouple mula la berat naik macam dipam-pam. Bahagia la orang kata kononnya. Padahal asal keluar je makan, asal bosan je makan. Sampai la lepas kahwin ni, berat naik 15kg bak hang. Nak turun bukan main susah lagi. Diet pun sebulan boleh tahan, lepas tu tak tahan nampak makanan. Hahahaha.


Macam-macam produk saya dah cuba guna, Dr Romzy, SD2, Herbalife, Teh Orang Kampung, jamu-jamu, Shaklee, banyak lagi la. Tapi semuanya haram tak jadi. Bukan sebab produk tak bagus, tapi saya yang makan tak konsisten, beli 1 botol, tapi tak habis, sampai expired, makan 2 atau 3 bulan pastu stop. Memang banyak membazir beli mahal-mahal tapi taknak serius.



So, bermula 1/9/2016 saya diet Atkin dengan gigihnya. Tengok hasil macam mana. Inshaa Allah kali ni nak kuatkan semangat, tahan dugaan, cekalkan hati, tahan mata dan nafsu tengok makanan, jaga pemakanan, bersenam selalu. Saya harap kali ni bukan acah-acah diet macam dulu. Kahkahkah. Go go go!! You can do it!



Salah satu sebab saya diet nak turunkan berat sebab tengah berusaha nak dapatkan anak. Kalau dah obese, macam-macam penyakit datang, hormon pun tak stabil. So, saya perlu jugak untuk turunkan berat, sebab kami dah 3 tahun lebih kahwin, belum lagi ada rezeki nak dapat anak. Mungkin ni salah satu usaha kami untuk dapatkan anak.


Gambar tahun 2010 rasanya. Ni pun tak berapa kurus, sebab berat naik sikit dan tak dapat berat ideal lagi. Time ni aktif join aktiviti berbasikal dengan hiking.




Nak diet ni kena rajin banyak. Kena rajin masak, rajin bersenam. Kalau malas memang jadi balik la acah-acah diet tu. Nak bersenam untuk beginner try dulu download video kat youtube, search je macam-macam jenis senaman ada untuk beginner. Kalau mula-mula nak diet ni tak perlu nak extreme sangat, nanti sekejap je kekal rajin tu, buat slow and steady pun tak apa, asalkan kita bersenam. Untuk permulaan buat je dekat rumah kalau segan nak jogging kat taman.


Beli yoga mat kalau nak bersenam dekat rumah, selesa sikit. Tak apa kita keluarkan modal sikit, yang penting kita puas dapat apa yang kita nak. Saya beli yoga mat kat Lazada je memang murah kalau time promotion. Lepas tu download banyak-banyak video senaman kat Youtube, save kat pendrive, cucuk kat TV dekat rumah. Settle!


Ni yoga mat yang saya beli, harga lebih kurang je.



So, bila betul-betul dah kuat semangat nk diet ni buat lah jadual masak untuk menu Atkin dengan jadual exercise. Kalau tak ada jadual memang alamatnya ke laut lagi la. Dah ada jadual senang sikit follow, sekurang-kurangnya ada usaha kita ke arah nak gaya hidup sihat kan. Agak-agak ada orang pandang rendah atas usaha kita ni, buat tak tahu je lah, abaikan semua aura negatif tu, ingat balik tujuan kita nak diet.


Siapa yang nak diet Atkin ni kena betul-betul study tentang diet ni, jangan terus nak follow je, sebab tanpa ilmu yang cukup nanti tak menjadi apa yang kita buat tu. Jangan jadi diet yang sia-sia ye. Dah faham betul-betul apa tu diet Atkin, baru lah boleh ikut. Sebab diet Atkin ni bukan boleh makan sebarangan, kena belajar dan ingat kuantiti karbohidrat dalam makanan yang kita ambil. Sebab limit hanya 20g sahaja! Minum air lebih dari 2 liter sehari untuk detox, ikut berat setiap 25kg minum 1 liter air masak.



Jadi, sekarang ni mari kita sama-sama usaha untuk perbaiki diri kita untuk menjadi orang yang lebih sihat dan cergas! Yeah!



P/S: Kalau sesiapa nak info atau resepi untuk diet Atkin boleh email saya minta copy. Nanti saya send.



K.bye!


Saturday, May 21, 2016

Travel : Budget ke Pulau Redang

Assalamualaikum,

Entry untuk ke Pulau Redang dah settle, boleh rujuk Day 1 untuk tahu detail.


Sekarang ni saya just nak list kan budget kami sepanjang kat sana untuk 2 orang. Kalau nak tahu budget untuk seorang pandai-pandai la korang bahagi, takkan tu pon nak ajar. Hahaha!


**Budget untuk 2 orang**

Day 1

Tiket flight : RM80 Return
Pakej Snorkelling 3H2M : RM625.40 (Include GST)

Bus dari KL Sentral ke KLIA2 : RM20 (sehala)
Teksi dari Airport KT ke Jeti Syahbandar : RM30 (sehala)

Tiket Taman Laut : RM10 (2 orang)
Sewa Life Jacket & Snorkel : RM40 (sepanjang 3 hari)

Untuk Day 2 tak banyak sangat belanja, sebab makan minum dah sekali dalam pakej. Just sediakan bajet korang nak beli fridge magnet ke t-shirt I Love Redang ke, apa-apa ole-ole nak bawak balik. Kitaorang tak beli apa pon kat sana, cuma fridge magnet, beli sunblock dengan makan aiskrim je kat sana.


Day 3

Teksi Stesen Bus KT ke Airport : RM30
Bus dari Airport ke KL Sental : RM20


Total budget : RM855.40


Budget memang tak sampai seribu pon untuk 2 orang. Kalau korang nak shopping kat Pasar Payang tu pandai-pandai la bawak budget lebih. Kami pergi pon memang tak ada beli luggage untuk flight balik, so memang tak beli barang kat Pasar Payang. Suami just beli seluar pelikat yang macam Aflin Shauki tu 2 helai, sumbat kat dalam bag je. Sehelai baru RM35, memang murah. Kat KL orang jual sampai RM80 sehelai. Fuh!


Tu je la kot budget untuk ke Pulau Redang. Kalau korang pergi lagi ramai, pakej tu dapat lagi murah la dan kos lain korang share ramai-ramai lagi kurang kos. So sesiapa yang nak pergi tu Happy Holiday!


In shaa Allah kami nak repeat lagi ke Pulau Redang sebab tak puas pergi sekali. Hahaha!



K.bye!

Travel : Anniversary ke Pulau Redang (Day 1)

Assalamualaikum,


Disebabkan mood rajin nak berblogging datang, meh saya nak share perjalanan holiday ke Pulau Redang saya bersama suami tercinta. Ceh!

Disebabkan saya ni lama teringin nak ke Pulau Redang, so saya decide untuk celebrate 3rd year Anniversary di sana. Tak plan pon nak ke sana, just time ada promo free seat Air Asia masa bulan March last year tiket ke Kuala Terengganu murah sangat. So, saya beli je tiket return untuk 2 orang untuk tarikh hujung bulan 3 tahun 2016. Setahun tu peram tiket murah, sanggup la nak jimat punya pasal kan. Suami tak tahu saya beli tiket tu sampai la nak decide pegi baru bagitau, suprise la konon!


Then awal tahun ni decide untuk ke Pulau Redang, sebab gigih Google cari info pulau best kat Terenggau tu. Jadi saya decide untuk pilih ke Pulau Redang dan terus cari resort untuk full pakej. Saya pilih untuk stay kat Redang Lagoon Challet untuk pakej snorkelling 3h2m. Sebab apa saya pilih Redang Lagoon? 1st sebab challet tu diuruskan dan milik orang Islam, so makan tak perlu risau tentang halal. 2nd pakej yang ditawarkan murah dan berbaloi, lokasi pon betul-betul tepi pantai.

Saya pun email la direct ke Redang Lagoon untuk tanya pakej, tapi kecewa sebab diorang kata tak ada kosong waktu yang saya nak pergi. So, saya try pakai agent untuk booking. Alhamdulillah still ada kosong, dan saya terus booking untuk 2 orang pada 31 March hingga 2 April 2016 dan kena terus bayar full payment sebab saya booking kurang dari 1 bulan date saya nak pergi. Lepas 1 masalah.


Dan..... waktu yang ditunggu dah tiba. Ceh semangat kan! Excited kan nak bercuti, flight hari Khamis 31 March pukul 7 pagi. Memang gigih la kena bangun pagi pukul 2 lebih dah siap. Pukul 3 keluar rumah, mintak tolong mak & pak mertua hantar sampai KL Sentral. Kami naik bus kat KL Sentral pukul 4am. So, dalam pukul 5.15am dah sampai KLIA2. Flight pukul 7am, memang awal lagi, tapi kami just masuk terus sampai boarding gate, sebab tau la kan jarak pintu masuk ke boarding gate jauh yang amat. Awal-awal lagi saya dah check in flight 3 hari sebelum, sebab senang nanti tak perlu buat last minit kat sana nanti. Sementara tunggu panggilan masuk kami solat Subuh dulu, then beli roti untuk breakfast.


Flight takda delay ke apa, memang smooth je perjalanan kami. Sampai airport Kuala Terengganu dalam pukul 7.50am camtu, then terus ke kaunter teksi airport. Beli tiket teksi untuk ke Jeti Syahbandar dengan harga RM30 sehala. Memang harga fixed. Tunjuk tiket kat pakcik teksi kat luar, terus dia hantar kami ke Jeti Syahbandar. Perjalanan dalam 30 minit dah sampai. Jeti tu betul-betul sebelah Pasar Payang, memang dekat sangat.


Kena pergi ke kaunter Sejahtera Ferry untuk tunjuk Voucher yang agent bagi untuk dapatkan tiket feri pergi dan balik. Lepastu ke kaunter sebelah untuk pembayaran tiket masuk ke Taman Laut RM5 untuk seorang. Tiket tu kena simpan sampai waktu nak pergi nanti bagi kat person in charge. Feri kami bertolak pukul 9am, so sempat kami beli nasi dagang dengan mee goreng kat kedai mini depan kaunter Sejahtera Ferry tadi. Makan dulu sementara nak tunggu naik feri. Jangan lupa juga beli roti atau makanan ringan sikit untuk nak bawa ke pulau. Beli kat sana nanti memang mahal gila la. So, better beli awal before naik feri.

Yey! Nak naik feri dah.


Pukul 9am diorang panggil masuk feri. Feri besar 2 tingkat takda la takut bila ombak kuat. Kami duduk di tingkat bawah, aircond sejuk giler. Awal-awal perjalanan kena tempuh ombak yang agak kuat. Cuak jugak macam-macam fikir takut feri terbalik la. Hahaha! Lepastu dah ok dah, so tidur dengan nyenyak. Mengantuk weh bangun awal kut nak naik flight tadi. Before nak sampai tu, suami ajak naik atas untuk tengok view luar. Memang laut cantik sangat, angin kuat, feri melambung-lambung. Nak jalan kat atas feri tu pon kena pegang kuat, mau boleh jatuh tergolek.


Perjalanan dalam 2 jam baru sampai ke Pulau Redang, before tu feri berhenti kat tengah-tengah laut sebelum sampai pantai untuk semua penumpang feri transfer ke bot penumpang untuk turun kan kami semua betul-betul kat pantai. Sampai tepi pantai tu ramai betul penyambut tetamu untuk ke challet masing-masing. Tengok je kertas yang diorang pegang untuk nama challet. Cari Redang Lagoon memang tak jumpa pon. Tanya orang kat situ rupanya Redang Lagoon dekat je just jalan kaki ke sana. Kami terus check-in kat kaunter, just tunjuk kertas booking yang agent bagi then terus masuk bilik.

Ni la bot penumpang.


Cantik kan laut. Geram sangat!


Kami booking untuk double room tapi dapat triple room. Bilik kami betul-betul tepi pantai, challet 2 tingkat, tapi pakai tingkat bawah je. Bilik ok la, just untuk tidur, janji selesa. Yang penting tepi pantai. Kami rehat kan badan kejap setelah penat sepanjang perjalanan. Dalam tengahari kami keluar bilik untuk makan tengahari. Makan minum sini takyah fikir dah, memang siap dalam pakej, memang korang tak akan berlapar sepanjang kat sana. Makanan memang sedap sangat dan banyak choice.

Bilik kami 2 tingkat challet.



Lepas makan jalan-jalan area depan challet. Banyak sangat hammock yang pihak challet sediakan, memang holiday yang santai sangat. Pukul 2 lebih nak pergi snorkelling, kena gi kaunter untuk sewa peralatan snorkelling untuk life jacket dengan snorkel RM20 untuk sepanjang 3 hari kami kat situ.

Setiap pokok pun ada hammock.



Naik boat untuk je tempat snorkelling untuk 1st checkpoint kat tengah laut. Memang laut cantik dan jernih, best sangat! Nama tempat snorkeliing tu tak pasti apa, yang penting boat berhenti tengah laut, mandi la kita puas-puas kat situ.


Tip nya jangan lupa beli roti siap-siap.


Bagi ikan makan roti memang berduyun-duyun ikan datang.


Then, aktiviti petang lepas balik snorkeling bebas. Kau nak mandi air laut lagi kat tepi pantai pon tak ada orang nak marah. Mandi la sampai lebam. Petang tu ada minum petang, bubur kacang hijau dengan cucur sayur. Memang terbaik cucur tu. Makan bertambah-tambah. Hahaha! Balik challet mandi dan rehat kejap. Lepas Maghrib keluar jalan-jalan sepanjang pantai tu. Jalan la kat tepi-tepi pantai, tak ada orang halang. Jalan-jalan tengok kedai yang ada sepanjang pantai tu dengan beli fridge magnet sikit buat kenangan. Sambil jalan tu makan aiskrim, memang best. Area situ memang happening, banyak life band. Lepak kat hammock depan challet pon still boleh dengar life band nyanyi. Pastu balik bilik, tidur.


Okay nanti sambung lagi Day 2. Kbye!


Untuk tau detail budget ke Redang boleh rujuk entry ni Budget ke Pulau Redang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...