Saturday, January 19, 2013

Resipi: Krim Karamel

Aktiviti pada Khamis lepas, buat krim karamel. Patut nak buat Rabu, tapi sebab gi buat HIV test, tak sempat la, so kelmarin baru dapat buat. Siapa agak-agak teringin nak makan, boleh try resipi kat bawah ni, senang je uols.

Ini hasil tangan saya, dah separuh bantai baru teringat nak ambil gambar. Nasib tak tinggal pinggan je. Hehehe.



Jom chekedout resipi kat bawah ni ye. Resipi yang sangat mudah dan simple je. Bahan pun tak banyak.


BAHAN-BAHAN

2 tin susu cair
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar esen vanila
6 biji telur
1 cawan gula pasir - untuk gula hangus


CARA MENYEDIAKAN

1. Ambil periuk dan masukkan satu cawan gula. Dengan api yang kecil, kacau gula hingga hangus dan cair. Bila gula dah mula cair dan sedikit hangus, tutup api. Jangan terlalu hangus, nanti gula rasa pahit.
2. Then, terus tuangkan ke dalam loyang. Jangan tunggu lama, sebab gula cepat mengeras. Lepas tu biarkan gula mengeras dan ketepikan.
3. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, gula dan esen. Pukul sehingga telur betul-betul hancur.
4. Kemudian tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi dan kukus.
5. Kukus selama setengah jam atau sehingga masak. Jangka masa masak bergantung kepada bekas yang anda guna. Jangan guna loyang tinggi sebab nanti bahagian tengahnya lambat masak.
6. Setelah masak, biarkan sejuk dan barulah masukkan dalam peti sejuk.
7. Simpan lebih kurang 6 hingga 12 jam, barulah krim karamel enak dimakan.


Tak faham jugak, tengok gambar bawah ni, saya ambil dari majalah je, malas nak ambil gambar setiap step time tengah buat karamel ni, nanti ada gula yang terlebih hangus.




Gambar seperti dalam Majalah Saji.



Senang je kan? Follow je step kat atas ni, gerenti jadi. Resipi senang dan sedap taw. Rasa lemak-lemak manis. Dah siap boleh la bagi kat bakal-bakal husband uols nanti. Hahaha.



Sumber Resipi: Majalah Saji (Jan 2013)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...