Sunday, May 31, 2009

Siapa nak kawen?

owh ye! konvo saya yang lepas just konvo untuk diploma je (Diploma Perakaunan). degree nye belum lagi lor. baru je masuk kot. lagi 2 tahun baru abis study.

so lepas degree insyaallah saya mau terus cari kerja lah. nak sambung study lagi macam tak kot. sebab time tu umur dah 24 tahun. time untuk kumpul duit lak lah. target nak kawen umo 28, so kena lah budget dari sekarang. cey, cam ape je kan. tengok pada jodoh gak kot. ^_^

saya memang suka rancang masa depan. sebab saya leh nampak arah tujuan saya nanti. dalam 4 tahun kerja tu boleh la kot kumpul duit nak kawen nanti. hahaha~ tujuan nya kawen je kot. gatal tak? tak kesah la. siapa pun taknak kawen ye tak?


so sekarang focus pada study dulu. 2 tahun lagi ni nak abis degree. insyaallah grade on time. =p


so maknanya saya kena wat assignment sekarang ni. hee~ esok petang ada claz pulak. akan bersambung update esok!


adios~

Thursday, May 21, 2009

Malam tak pernah tua pun..

disebabkan claz intersesi dah bermula, so tak dapat lah saya mahu update selalu eh.
claz sebulan je pastu terus final.
memang jadual agak padat la.
claz dari hari isnin sampai khamis dari pukul 2pm sampai 5.30pm direct taw.
gi claz naik bas dari umah ke shah alam.
dah tentu la penat yang amat.
nak study lagi, dengan assignment lagi.
okay, nasib baik sebulan je.
BERTAHAN! FOKUS!! ^_^


~~~~~~~~~~~
(itu tanda nya tetiba otak saya blank!)

abaikan tajuk entry okay!



p/s: entry paling pendek setakat ni... =p

Saturday, May 16, 2009

Cikgu!!

hope tak terlambat untuk saya wish..

SeLamAt hAri gUru!!


kepada semua guru di Malaysia
terutamanya ayah saya..selamat hari guru abah!

teringat masa kecik-kecik dulu, selalu kena rotan kat tangan ngan abah.
tu pun sebab salah spelling la, salah kira la..macam-macam..
rindunya zaman kecik-kecik dulu..


lagi satu masa form 3 kena marah ngan Cikgu Hulam, cikgu Sejarah time tu hanya sebab taktau nak jawab soalan sejarah yang cikgu tanya. sampai menagis la juga.
disebabkan itu juga lah result PMR saya boleh dikira cemerlang lah walaupun tak dapat 8A.

cikgu paling best Puan Lu, cikgu Fizik masa form 5. cikgu paling kelakar. =p
cikgu..matahari dah mula terbenam..hee~


dari kecik sampai sekarang, cikgu lah yang mendidik saya sampai jadi diri saya sekarang.
kalau takda cikgu, memang saya pun entah ke mana kot.

kalau nak di ikutkan memang banyak kenangan time sekolah.
kalau cerita mahu nya seminggu pun tak abis. tu je la kot.
^_^


terima kasih cikgu!

Friday, May 15, 2009

Satu tag saje..

Tagged from Farhana




1) Copy award di atas untuk di letakkan di blog anda.


2) Nyatakan 5 fakta menarik tentang si pemberi award ini.
# sama skool dulu kat ssp n sri aman, den jmpe blk kt melaka.
# taking degree in HR
# she's like arts..(btol x?)
# tinggal kat petaling jaya
# die seorg yg simple okay! ^_^


3) Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi sendiri sebelum memilih.
# love to sleep (a lot!)
# music is my life
# kaki berjalan..pantang ade org ajak kuar.. hee~ =p
# suke mencuba bnda baru
# suke kan kebebasan..x suka kena kongkong okay!
# susah nak percaya kat orang..
# akan jd pendiam ngan orang yang x rapat dgn saya..
# benci si perasan..
# benci kat cicak..sgt2! geli giler!
# suka kacau org.. (hobi di masa lapang)


4) Anda perlu memilih 10 Penerima Award seterusnya & describe tentang mereka.

# Cik Jannah >>suke kaler ijau..sume entry sgt jujur okay! straight je, xde belok2 punye..hee~

# RainMe >>my new blogger fren..suka kan photography..

# Si Lampu Neon >>pandai wat kek coklat tp xnk bg kat kwn blogger lain..hehe~

# Ynaa >>dah bertunang..swonok nye jd tunang org kn?..huu~

# Tieka >>adik kepada Aunie..bila bace blog dier sronok je..sume nye klakar..terus kan wat karangan eh tieka..(bkn perli tp btol punye) hee~

lagi 5 orang tu lu pikir la sendiri..saya malas mau tag org la..hee~ siapa yang mahu, silakan lah.. =p


yey! abis sudah!

Thursday, May 14, 2009

Bila Jiwa Jadi Celaru



setiap orang ada good side and bad side dalam diri dia. yang tak best nya bila bad side bermaharajalela dalam life kita. dah tentu la kita nak good side yang banyak kan.

kadang-kadang benda ni bermain-main dalam kotak fikitan kita. bad side berlawan-lawan ngan good side nak tengok siapa paling hebat yang boleh rasuk kita wat keputusan.


dalam situasi yang susah untuk kita buat keputusan tu la selalunya kita pilih jalan yang salah, yang buat kan hati orang lain merana. tak pun keputusan yang kita buat tu atas dasar pentingkan diri sendiri. memang saat genting camtu la kita tak hiraukan perasaan orang lain. yang kita fikir adalah perasaan kita sendiri, janji kita bahagia. itu dah cukup. memang agak mementingkan diri sendiri la kiranya.

time tu juga kita dah tak hirau kan nasihat orang di sekeliling kita. keputusan yang mengikut nafsu tu kadang-kadang boleh memakan diri kita sendiri. maybe bukan dalam masa terdekat, mungkin in long term punya ke, siapa yang tahu kan.


kadang-kadang juga bila kita buat keputusan camtu pun ada hikmah nya. mungkin! semua tu memang tak boleh nak dijangka. tapi bila dah kedua-dua belah pihak dah berbincang tentang masalah tu, dah tentu bukan pilihan yang sekadar mengikut nafsu je kan. orang kata elok berbincang dari kita sendiri cari jalan penyelesaian.

so, bila dah ada perbincangan, penyelesaiannya membawa kepada satu keputusan ke jalan kebahagiaan. dah tentu happy ending yang kita mahu kan, walaupun pada permulaan banyak halangan. memang satu kepuasaan yang tak boleh digambarkan lah.


kebahagiaan yang kita cari tu kadang-kadang memang susah untuk kita jumpa. cuma kita kena sanggup meneroka jauh untuk mencarinya. memang berbaloi bila kita sendiri jumpa apa yang kita cari walaupun bermacam halangan.



"okay bad side, kau menang kali ni dalam keputusan yang aku pilih. aku dah tewas!"


im sorry to someone yang saya kira dah buat dia disakiti. mungkin bukan ngan cara directly, tapi ntah la. it may be your fault, and may be my fault. enough is enough. both are equally wrong.


Si Jahat: "eleh, kau tak payah nak sedap kan hati. dah tentu dia salah. kau tak salah pape pun. keputusan tu DIA dah pilih sendiri. asalkan kau bahagia cukup lah. kau tak payah peningkan kepala lagi. aku pun dah serabut dengan kau!"


okay, dengan mudahnya saya termakan hasutan itu. senang je kn! end!

Tuesday, May 12, 2009

Missing Someone

ini lagu dari Faizal Tahir-Aku Punya Kamu. lagu ni tuju khas untuk seseorang yang hadir dalam hidup saya. cewah! poyo je bunyi. tapi lagu ni memang best pon. berserta lirik lagu ni, jom sama-sama nyanyi. hee~ ^_^






saat kau tersenyum
saat itu kau memberi
saat ku rasa bahagia

selama ku tersenyum
selama itu ku memberi
selama yang kamu disini

namun ku bicara
hanya pada
bulan dan suria
takku punya cara
untuk menyatakan cinta

dan kamu
hanyalah satu
ku mahu ada kamu saja
bisaku menunggumu
selamanya
aku milikmu
takkan pernah lelahku menunggu
hingga aku punya kamu
yeahh

sesaat kau tiada
saat itu yang ku rasa
saat hidupku terlena
hmm..

selama yang kau ada
selama itu yang ku rasa
selama hidup ku bahgia







enough said.

Monday, May 11, 2009

Hutang tagged telah dibayar

ini tagged yang saya hutang dah lama..hari ni baru nak langsaikan..sorry yea KF, Tieka ngan Alien..saya dah buat ni kira okay la kn..hee~


Tagged by Khalifah Fedi



1. Orang luar sana tak kenal kamuh. Perjelaskan siapa kamuh?
-seorang yg sensetif
-pendiam ngn org yg x knal
-suke kacau org
-x suke backstabbers
-benci ngn manusia yg bermuka2
klu nak taw lg kenali la saya..hehe


2. Sikap kamuh yang 'mantap'?
x tahu lah nak kata ape? xde yg mantap kot..cume certain org je ley figure out sikap sy tu..^_^


3. Sikap kamuh yang sangat jelek?
-saya pemalas kot
-kaki tido
nk kira bnyk..tp xnk la bgtau sumer, malu kot..hahaha


4. Apa gajet yang sentiasa kamuh bawak?
enfon je la..


5. Dah berapa HP kamuh pakai selama neh? Senaraikan brands nye. Jenama HP yang sedang kamuh gunakan sekarang?
3 je kot..sume nye NOKIA okay! sekarang gne express 5610 ngn 2600..


6. Siapa bestfriend kamuh?
sila lihat pic kat sbelah kanan blog saya..mereka bestfren sy..


7. Siapa yang kamuh sayang selain family kamuh? Kenapa kamuh sayang dia?
-bestfren saya..sbb mereka bnyk bg semangat kt sy!
-amin..sbb dier jge sy n hargai sy..


8. Lagik 10 tahun kamuh jadi apa?
-jd isteri kepada org yg saya syg..insyaallah!


9. Kata-kata hikmah yang pernah kamuh dengar & paling kamuh suka?
-hrmm...bnyk kot..tp x ingt..huu~


10. Dalam blog kamu, sudah ada berapa followers?
120 org..tp yg btol2 follow sket je kot..


11. Senaraikan followers yang paling kamuh suka?
sy suke followers yg btol2 follow sy okay! tenkiu kpd kamu...


12. Makhluk Tuhan Paling Hot yang mahu di tag:
tamo tag sesiapa..


ni lak award dari KF..mekasih daun keladi eh KF..lain kali bg la lagi..hehe..





Tagged from Tieka



5 Hadiah yang anda impikan :
1. holiday ke jepun
2. kereta mini cooper..haha..agak melampau gak la..
tu je kot..yg lain bg je la pape..yg penting seiklas hti okay!


Alasan terhadap pilihan tersebut :
1. sbb memang saya mahu sgt ke sana
2. mmg saya mau sgt mini cooper!


5 Perkara hebat yang pernah dilakukan:
ape eh? xtau la..


5 Ciptaan yang paling disukai :
semua nya saya sangat suka! (kes malas nak fikir..haha)


5 Perkara yang paling dibenci :
1. si talam dua muke
2. si bajet bagus..bila sorg2 bajet muke innocent..bila ada gang kau blagak! kau kira kau sape? (hoish! tetibe nak marah..abaikan..hahaha)
3. cicak! yeuuww..geli gler!
cukup la kot..hehe


5 orang yang hendak ditag :
tag no one!


ni lak award yg Tieka bagi..cantik...mekasih bnyk2..len kali nak lg..huu~ ^_^







p/s: settle sudah..lain kali bagi lagi banyak2 eh! hee~ =p

To All Bloggers

sudah lama tak saya jenguk blog ni. lama juga saya tak update.

sekarang masanya untuk saya update. so nantikan entry2 terbaru saya. ^_^

now saya tengah cuti semester, tapi just seminggu je sebab 18 May ni dah start claz untuk short cost lak kat Shah Alam. tapi still dapat la nak update sikit2.


banyak nak cerita sebenarnya.


lagi satu hutang tag semua akan saya langsaikan okay!


thanks yang sudi jadi followers saya dan jenguk2 blog saya ni. ^_^


dadaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...