Thursday, April 1, 2010

Senarai Cuti-Cuti

kalau lah duit dan masa itu takda masalah untuk saya, dah tentu saya dah pergi bercuti ke mana sahaja. seronok nya. tapi apakan daya, semua nya perlu dirancang dahulu. insyaallah kalau tak ada aral. just senarai yang saya mahu sangat pergi.


1. Gunung Kinabalu



nak tawan puncak Kinabalu. alangkah seronok nya bila dapat sampi puncak sana.



2. Bandung, Indonesia



nak shopping kat Bandung. mintak sponsor ke sana boleh? hee~



3. Pulau Perhentian



saya sangat suka pada pantai. mana-mana pun boleh.



picture credit to Yahoo search~


tetiba saya sangat rindu untuk ber'hiking'. seronok nya! alangkah indah dan seronok nya bila dapat tawan puncak lagi untuk mana-mana gunung. tak kisah lah, janji dapat naik ke puncak. nak rasa lagi pancit untuk ke puncak tu, nak rasa perasaan puas bila dah sampai ke puncak, nak tengok pemandangan yang sangat cantik, dan macam-macam lagi perasaan yang ada.

semuanya sukar digambarkan dan pengalaman tu memang susah nak dapat. saya just pernah panjat Gunung Dato' kat Negeri Sembilan ngan Gunung Stong je kat Kelantan.

best memang best. sebab tu kaki ni terasa gatal nak panjat Gunung Kinabalu, konon dah expert je nak panjat gunung tinggi-tinggi ni.

dah 2 kali trip ke Gunung Nuang, Selangor cancel. yang 1st sebab kawan yang saya nak follow trip dia tu tak jadi nak pergi sebab dia ada kenduri. yang 2nd ni hari sabtu ni (3 April 2010), saya yang tak dapat join sebab saya ada hal lain. so memang dah terlepas peluang lagi.

sekarang saya cuma nantikan trip lain. tapi semuanya selepas sahaja saya habis final exam. bulan 5 atau 6 boleh lah nak berjimba sakan. yeah!!



2 comments:

Orkid said...

ko nie..tak habis2 hiking...
g lah tawan melaka dulu..huhu..:P

SI Gadis said...

hiking kn best..ko kn ske gak..ehehe..
melaka nk tawan pe? xde bnde..hak3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...