Sunday, March 28, 2010

Ke PD Semata...

semalam (27 march 2010), saya, Ajie, Fisha dan Sudang ke Port Dickson. semata-mata nak makan laksa sedap kat Teluk Kemang. memang berbaloi-baloi~

pagi tu kitorang gi tengok penutup sukan KBM kat stadium kat Jalan Hang Tuah, Melaka. datang just nak hantar kek coklat saya untuk dijual sambil-sambil bagi support kat Fiasso (Finance Club).

dalam tengahari kitorang bertolak ke PD. sampai je kat PD terus ke kedai dituju, iaitu kedai laksa sedap. semata-mata sungguh, ke PD untuk makan laksa je. tak pernah dibuat orang. tapi memang dah lama mengidam makan laksa kat situ. nasib baik PD ngan Melaka takda la jauh mana.

lepas makan laksa lepak-lepak jap kat tepi pantai. tak mandi pun sebab semua tak bawak baju. dah tujuan nak makan laksa je. kebetulan kat situ ada pula pameran tentera. seronok la pulak bergambar bagai.



macam-macam pameran ada. jenguk jap kat pameran senjata. tak sangka yea pistol tu berat. ingat ringan je. senapang pon boleh tahan beratnya. macam mana la polis ngan tentera boleh angkut ke mana je benda alah yang berat tu?? salute ah kat diorang semua.


pameran kenderaan tentera pon best jugak. siap posing atas motor tentera lagi. tetiba saya nak tabik spring kat tentera semua. tak tahu la kenapa dan mengapa. thumbs up lah!!




tu je la aktiviti kami pada hari sabtu. sekian~ ^_^


Friday, March 26, 2010

What goes around, comes around



"What goes around, will comes around"


saya suka pepatah ini. tapi memang betul pun. setiap perkara buruk yang kita lakukan, akan terjadi balik kat batang hidung kita sendiri.

Tuhan sekarang bayar cash je pada siapa yang buat jahat.

kau anaiya orang pun, Tuhan balas balik kat kau. kau jangan ingat kau boleh lepas. doa orang yang teranaiya memang Tuhan akan makbulkan.


once, memang saya pernah terasa diri ini teranaiya. biar Tuhan je balas apa yang pernah makluk Tuhan tu buat kat saya. untuk memaafkan kesalahan orang memang susah untuk saya. yes! saya memang seorang pendendam.

"kau pernah buat taik ngan aku, jangan harap aku maaf kan. mungkin aku tak pernah doakan buruk-buruk untuk kau, tapi aku cuma doakan kau dapat balasan setimpal ngan apa yang kau dah buat kat aku. aku doakan kau dapat balik apa yang kau dah buat."


bunyi cam kejam, tapi kejam lagi kalau fikirkan apa yang pernah seseorang tu buat jahat kat kita. manusia sekarang nampak je baik, tapi hati dia, hanya Tuhan je tahu.

susah kita nak percaya pada orang sekarang. kalau kawan baik sendiri boleh wat taik ngan kita, ini kan pula orang biasa je. lagi lah haram tak boleh nak percaya.


fikir-fikir kan lah. jangan cuba untuk anaiya orang. cuba kalau benda yang terjadi tu kena kat batang hidung sendiri, macam mana rasa agak nya? mesti sakit kan??


kalau orang tu takda perasaan, gi MAM la. mungkin orang tu sendiri belum sedar diri lagi, atau mungkin hati dia dah derma kat orang lain. mungkin! siapa yang tahu kan.


setiap yang terjadi ada pengajaran nya. terpulang pada individu untuk jadikan ia sebagai pengajaran hidup atau sebagai platfom untuk terus jalan kehadapan.


Friday, March 19, 2010

Pengajaran Hidup


1. Jangan mudah percaya pada orang yang baru anda kenali.

2. Jauhi berkawan dengan orang yang suka "berdrama". Mereka memang tak jujur.

3. Belajar dari kesilapan, jangan diulangi kesalahan yang sama berulang kali.

4. Jangan mengganggu kehidupan peribadi orang lain jika anda tiada kaitan langsung dengan orang tersebut.

5. Hidup lah secara aman, jangan ada sebarang hasad dengki sesama manusia.

6. Pelajari lah sesuatu yang baru, anda mungkin akan bertambah pengetahuan.

7. Belajar mencintai diri sendiri sebelum anda mencintai orang lain.

8. Jangan sesekali menyakiti hati orang lain, kelak diri anda akan disakiti.

9. Kurangkan membuat jahat (kalau boleh tak payah buat langsung), tingkatkan amalan, berbaktilah pada diri sendiri dan keluarga, nesacaya hidup anda bahagia.

10. Sayangilah diri anda sendiri, keluarga, rakan taulan dan orang di sekeliling.

11. Sayangilah ilmu pengetahuan, ilmu itu penting.

12. Jangan sombong!!

13. Hidup dengan matlamat, nescaya anda akan peroleh kejayaan.

Wednesday, March 17, 2010

Datang Kembali


Orang kata cinta itu datang dan pergi. Memang betul pun. Kadang-kadang macam ikut musim pulak. Ada gak buat cam bertukar-tukar pakaian. Itu bukan cinta, itu dusta.

Kalau kita kehilangan orang yang kita sayang, just let it go. Mungkin suatu hari nanti dia akan datang kembali. Tak siapa tahu kan. Kalau ada jodoh tak kemana. Kalau betul lah dia datang kembali kat kita, memang dia milik kita. Kalau tak, memang dia bukan untuk kita.


Cinta ni datang nya dari sayang. Kalau tak sayang macam mana nak cintakan orang tu kan. Bila kita kenal seseorang tu, lama kelamaan datangnya rasa sayang. Bila dia layan baik dengan kita, siapa yang tak sayang kan?

Kita kena lah kenal hati budi orang yang kita sayang tu. Kadang-kadang kita memang tak boleh nak jangka apa yang jadi kat masa depan kita. Kita gak tak kan tahu samada dia lah orang yang betul untuk kita atau pun tidak.


Apa yang kita boleh buat hanya serah kan semuanya pada takdir. Tuhan yang menentukan segalanya. Kita hanya boleh merancang tapi tuhan yang menentukan.

Kita berhak untuk jadi seorang yang memilih. Kalau tak jadi orang yang memilih, yang jenis tangkap muat je memang takkan menjadi lah. Tapi jangan terlalu memilih sangat. Kita kena ingat, diri kita sendiri tak sempurna, tak mungkin kita akan dapat orang yang terlalu sempurna.


"Sayangi lah dan hargai lah orang yang ada di depan mata kita. Sayang dia seadanya, sepertimana dia sayang pada kita."


Data - Cintaku Yang Terakhir




Lagu saya tuju khas untuk seseorang dalam hidup saya. Terima Kasih atas segalanya. ^_^

Monday, March 15, 2010

Kata Hati




"rindu pada dia,
rindu pada kawan-kawan,
rindu pada kalian,
rindu pada mereka,
rindu pada sesiapa yang berkenaan"


"rindu zaman kanak-kanak,
rindu zaman sekolah,
rindu time muda remaja,
rindu untuk meningkat dewasa"



^_^

Saturday, March 13, 2010

Dalam Pembinaan!

tetiba terasa nak tuka layout baru. alang-alang tengah bosan dan konon-konon rajin. tukar layout yang dah lama tak tukar.


SEDANG DALAM PEMBINAAN YEA!

so blog ni akan sedikit berterabur sekejap. harap maklum.


sedang menjalankan tugas membina semula.

sekian~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...