Thursday, December 3, 2009
Bercuti sebentar..
mulai esok saya tak dapat ber-blogging ye rakan-rakan semua.
saya pergi bercuti sebentar kat JB. yey!
akhirnya dapat gak gi JB setelah berapa lama dah nak singgah JB ni. ^_^
stay untuk 3 hari je la. takleh lama sebab ada yang kerja pulak.
8hb pulak saya ada aktiviti lain. so memang tak dapat ber-blogging (lagi sekali) untuk 3 minggu. sangat lama okay!
saya join aktiviti berbasikal pusing satu Malaysia. best kan? hee~
so, saya akan singgah sepang, melaka, segamat, terengganu, kelantan, penang, perak..da sewaktu dengan nya. tak sabar pulak. hehe~
26hb saya pulang. confirm la kaki leh kurus. hahaha. =P
28hb dah start class semula. yey! sangat seronok dapat jumpa kawan-kawan yang lain.
tapi maybe saya pulang ke melaka 4hb kot. dah sure lah tak gi class untuk seminggu tu. 1st week kot, mana start belajar lagi. wehee~
kamu semua nanti saya lawat blog anda semua bila saya free okay!
almaklum la bila dah start belajar ni sure lah saya tinggal balik dunia blog ni.
insyaallah saya lawat nanti okay.
terima kasih semua! ^_^
p/s: terlebih seronok pulak! =P
Melda Ahmad
lagu best!!
setelah kau kata cinta padaku
masing-masing dulu punya pasangan
akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata
terasa ada kimia antara kita
kau kucup pipiku kau bisikkan cintamu
kau kata "baby, i love you"
kau cairkan hatiku
bahagia ku rasa
di saat kita berdua bersama
memandang bulan terang
menyaksi bintang-bintang
kau seru akulah pelangi cintamu
p/s: layan~
Tuesday, December 1, 2009
Benci dan benci..
wth?? apa nye masalah la orang sekarang ni?
persoalan nya kan bila dia mula text kita dulu then dia nak cakap camtu. tak malu ke ayat yang "byk ag way hw 2 abskan my crdt". kalau rasa membazir jangan sesekali try nak text dulu.
abis tu kau text aku dulu konon nak tanya something la. pastu tetibe kau melencong ke arah lain. pastu salah kan aku itu ini. cari gaduh ngan aku. kau fikir aku siapa? tunggul? pokok? lol! aku pon ada perasaan kot.
kalau nak cari gaduh awal-awal tak perlu kot nak text aku. aku tak jalan la ngan kau ni. mungkin aku tak emo tapi aku geram. geram sangat ngan perangai kau camni. makin aku benci dan meluat.
aku hope kau ubah lah perangai kau. aku dah banyak dengar cerita pasal kau. ramai gak tak puas hati dengan kau. kau jangan fikir kau ada kuasa, kau berani buat macam-macam.
aku nasihatkan kau ni sebab aku tak nak satu hari nanti orang buang kau. orang semua mula benci kau. kau sekarang memang berada di atas, berbeza dengan aku. satu hari kau ada kat bawah baru kau nak cari kawan kau.
kalau kau still anggap aku kawan kau teruskan lah. sebab aku tak perlu kawan macam kau. aku tak nak pun ada kawan macam kau. perangai teruk.
untuk pengetahuan kau, aku dah buang kau jauh-jauh dalam hidup aku. tak mungkin lagi aku nak ingat kat kau. mungkin aku tak dapat lari dari kau. sebab aku kena gak berdepan dengan kau hari-hari nanti. itu aku tak boleh nak buat apa lah kan. kau jangan salah kan aku bila aku layan kau teruk. you deserve for it.
if you read this, that will be good for you. tapi i tak fikir yang you akan jumpa blog i ni.
kalau kau nak kawan lain hargai kau, kau ubahlah perangai kau.
p/s: hanya luahan semata..
Kalau...
kalau kau lapar
kau minum lah air banyak-banyak
pasti kau tak rasa lapar lagi
kalau kau rindu
kau tengok lah gambar orang yang kau rindu itu
pasti terubat rindu kau
kalau kau sakit
kau makan lah ubat
supaya nanti kau tak rasa sakit lagi
kalau kau jatuh
kau bangun lah sendiri
kerana mungkin tak ada yang nak bantu kau bangun
kalau kau rasa kau hebat
nyah kau dari sini!
kau jangan nak perasan sendiri
kalau kau berharta
kau belanja lah aku
pasti murah rezeki kau
kalau la kalau
takda kalau, kalau kita tak berusaha sendiri
tak faham kalau kau taknak faham...
p/s: kalau lah saya faham apa yang saya post ni..??!!
Subscribe to:
Posts (Atom)