Pd masa dahulu ada seorang jejaka yg slalu menghabiskan masanya di perpustakaan pd waktu lapang. Dia amat suka membaca novel & buku cerita sehingga suatu hari dia tlh terjumpa sebuah novel yg ada tertulis nama & alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis disitu "Catrina...kesepian & perlukan sahabat". Tergerak hati jejaka utk mengutus surat kpd si gadis. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat utk memberitahu niat ingin berkawan dgn gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan dpd gadis bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dgn si jejaka. Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kpd perasaan sayang. Namun begitu masing-masing masih belum bertemu. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tapi perasaan sayang tetap berbuku di hati. Sehingga suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera utk pergi ke medan perang. Si jejaka amat susah hati kerana dia takut sekiranya dia tidak akan mungkin bertemu dengan si gadis. Maka diutuskannya surat berbunyi "kalau Tuhan panjangkan jodoh kita, dan kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi di bandar kamu pd hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang bunga mawar merah. Setelah itu izikanlah aku membawa mu makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi di bandar tempat si gadis tinggal sambil memegang bunga di tangan. Dilihatnya seorang demi seorang gadis yang lalu sekiranya dia turut memegang bunga.Tiba-tiba.. si jejaka ternampak seorang gadis yg agak berisi dan duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah...sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah... Si jejaka agak terkejut tetapi dia memberanikan diri menghampiri si gadis. "Catrina?" Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata "aku amat merinduimu. Trimalah bunga ini dan pelawaanku untuk mkn mlm. Orang tuaku tidak sabar utk bertemu dgnmu.." sambil kemudian mencium tangannya. Si gadis itu terus bersuara.."aku tidak tahu apa yg terjadi. Tapi ada seorang gadis cantik memberikan bunga ini kpdku sebentar tadi. Dia menyuruhku memberitahu kamu bahawa dia sdg menunggumu di restoran dekat stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu....."
Berapa ramaikah manusia yg sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kpd hati dan bukan kpd rupa.. dia telah mengotakan janji nya dan tetap berpegang kpd perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah Catrina... Sesungguhnya semua manusia harus berfikir seperti dia...
Lihat la pada hati bukan pada rupa seseorang itu..kerana rupa akan berubah suatu hari nanti, tetapi sesuci hati yang ikhlas akan kekal selamanya..
1 comment:
i shall post sumthing at my blog regarding HATI...its quite deep about what u wrote..is this a real life story or a creation?
Post a Comment