Thursday, July 1, 2010

Kenangan AJIS



Kembalinya saya semula di sini setelah sekian lama menyepi. Busy kerja, so memang tak dapat nak update blog ni. Setelah sebulan kerja akhirnya tamat sudah service saya bersama AJIS dan I-Line.


So, now nak story sikit pasal kerja saya ni. Ramai tanya kerja apa malam-malam buta time orang semua tidur? Kadang-kadang malas nak explain panjang lebar, sebab orang tak paham-paham gak. haish!

Saya kerja di recruit oleh agent company I-Line untuk bekerja di bawah AJIS (All Japanese Inventory Service). Kerja nya simple je, takda la susah mana, cuma kena pandai kira 123, memang semua la pandai kan. 1st syarat perlu pergi training di company AJIS selama 2 hari. Dah settle training baru kami diambil bekerja oleh AJIS.

Kerja start 31 May lepas, selama 1 bulan contract kerja untuk Jusco. Just kira stock je pun untuk Jusco, as simple as 123 yaw! Kerja malam, balik pagi, tidur siang, malam gi kerja balik. Dah jadi kelawar pulak malam-malam kerja.



Tapi kerja ni takda la stress pun, enjoy habes lah! Dapat kenal ramai kawan baru, semua orang memang best. So, kami kerja ni ada team sendiri, dari awal sampai habes team sama, saya under Team Q, memang terbaik ah! Team Leader (TL) kami Black. Gelap betul masa depan kitorang. hahaha~ Dalam Team Q ada 12 orang. Tapi ada jugak la keluar masuk team member @ table tacker @ stoctacking member (TT).

TT Team Q - saya sendiri (Azyan@nenek), Fadzleen (Askar), Zaf (Iera), Faz, Liya (Juliet), Ummi (Mek), Ali (Orang tua), Zharif (Mop), Aizad, Arif, Faizal (Mickey) dan Akim (Abe). 6 lelaki dan 6 perempuan. Korang semua da best la wa cakap sama lu.


Sepanjang kerja ni memang enjoy habes lah, kerja merata Jusco. 1st week kerja area Cheras, Puchong dan Klang. 2nd week area Kajang, Bukit Tinggi, Seremban, Ipoh dan Penang. 3rd week ke Melaka dan Johor pula dan last week area KL dan PJ sahaja. Memang merantau habes lah. Tu yang seronok, tapi bukan dapat holiday pun. Yela kan, dah malam kerja, siang mesti nak rest tidur je, kalau tak malam tu memang layu lah time kerja.

Ayat sebelum mula kerja, "attach!!". Kena pakai mesin, siap sedia untuk kira stock. Ayat time kerja, "break!!", ayat yang ditunggu-tunggu, time untuk break setengah jam. Rindu habes nak dengar ayat tu semua lagi.




Memang banyak sangat kenangan dengan diorang semua. Baru kenal pun kitorang dah cam bertahun kenal, memang rapat sangat dah. Mula-mula semua cam malu-malu je (konon la sangat), dah lama-lama, semua cam hampeh je perangai, suka sakat orang. Tapi benda tu lah yang buat jadi enjoy time kerja.

Kenangan 'hempas file atas jalan depan bas' paling tak boleh lupe. Saksi kejadian sila ingat tragedi ni sampai bila-bila okay! Memang stylo habis lah!

Kepada sesiapa yang selalu kena carutan saya tu sepanjang kerja mintak maap la yea. Mulut ni tak boleh nak cover lagi. Yang kena cubit, tarik rambut, kena sepak kat kaki, sorry la yea, aku memang sengaja wat camtu, dah korang yang mintak aku wat camtu kan. Yang ada rahsia aku tu, diam-diam sudey! hahaha.

GILER WEH! AKU RINDU KORANG SEMUA KOT!!





Hope untuk bulan 11 ni punya kerja dapat join. Kalau praktikal tak start lagi dapat la join, kalau la dapat job lagi. ^_^

Korang yang kerja dengan AJIS, keep in touch k! Ada gath jangan lupe invite.


XOXO,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...