Friday, July 27, 2012

Day 7 : Your Dream Wedding

Day 7 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.


"Your Dream Wedding" perkara yang orang perempuan suka dan idamkan. Dah tentu setiap orang ada dream wedding sendiri kan. So, sekarang ni pun memang saya tengah settle kan hal wedding saya sendiri. InsyaAllah tahun depan. So, kena prepare awal-awal untuk bagi semuanya berjalan dengan lancar.


Sekarang ikut list dua yang utama je.


1. THEME: GARDEN WEDDING

Source: Villa Pengantin


Lebih kurang macam ni lah. Bukan exactly sangat, just tema taman, ala-ala gitu. Yang penting simple dan cantik, pelamin pun tak perlu sampai ribuan ringgit. Membazir amalan syaitan!



2. WEDDING COLOUR: BLUE & GREEN



Disebabkan mula-mula pening nak pilih warna hijau atau biru. Last-last ambil je dua-dua warna ni, memang nice combination ni. Cuma tak tahu lagi lah senang ke tak nak match kan nanti. InsyaAllah, tunggu dan lihat.



Tu je kot yang penting. Yang lain-lain tu tak kisah sangat. Asal kan semuanya ok dan under bajet. Kalau nak ala-ala dream sangat, memang bajet tinggi la, kalau ada orang sponsor ok jugak. hehehe. Ni semua SDN BHD, harap maklum je la. So, kena consider sikit, yang penting majlis sederhana dan meriah. Dah selamat semua nya Alhamdulillah la. Saya ok je, tak memilih sangat. Yang paling utama kena fikir perjalanan selepas kahwin nanti, kalau over bajet nanti lepas kahwin hutang keliling pinggang lak. Scary!


Thursday, July 26, 2012

Day 6: A Photo Of An Animal You'd Love To Keep As A Pet

Day 6 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.



Untuk Day 6 ni, agak susah la nak fikir, FYI saya tak suka pet. Bukan sebab tak sayang haiwan ke apa, cuma nak bela tu kerja yang merumitkan.

Kalau bela kucing, saya dah la takut kucing, memang tak laa nak bela. Kalau ikan saya suka, just bagi makan je kan. Takyah susah nak belai-belai, cuma satu benda kena jaga, bersihkan akuarium tu yang leceh. Bukan leceh apa, nak keluar kan ikan tu sure kena pegang dengan tangan kan? Geli weh pegang ikan bergerak! Kalau dah mati tak apa. Tapi yang pelik, saya pegang ular sawa ke apa boleh la pulak. Hrmm. Pelik jugak ye.



Tapi nak macam ni boleh tak? Sure kerja jadi best! Hahaha. Yela sangat kan, nanti kerja tak jalan, mata asyik nak tengok ikan je. Tapi siyes benda ni macam cool giler!





Dulu masa kecik teringin nak bela arnab, tak tahu kenapa. Sebab arnab comel kot. Tapi geli pulak nak pegang. So, abaikan teringin tu, memang tak mungkin bela.


Kesimpulannya, maap la ye, takda haiwan yang saya nak bela untuk jadi pet. Sekian!



Tuesday, July 24, 2012

Day 5 : A Picture Of Something You Want To Do Before You Die

Day 5 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.




Kalau nak ikutkan hati memang banyak benda saya nak buat. Banyak dan terlalu banyak. Sekarang ni saya pilih mana yang saya rasa termampu buat je la ye. Biasa la, kalau boleh semua benda saya nak buat dalam dunia ni.



PERTAMA: PUNCAK KINABALU


Saya nak menawan puncak Kinabalu! Yeah, memang dari dulu saya nak sangat. Tapi belum berpeluang. InsyaAllah suatu hari nanti saya akan ke sana. Ni bukan penangan cerita Dejavu di Kinabalu tu taw, ni dah lama saya impikan puncak Kinabalu.


KEDUA: BALI, INDONESIA



Nak pergi Bali sangat. Tapi entah bila. Nak honeymoon kat sini pon best jugak, tapi dah biasa sangat pulak. Honeymoon pergi tempat lain la. hehehe. So, nak pergi Bali just untuk rehatkan minda, nak cuci-cuci mata ke. Orang kata laut cantik, tapi tak tau la kan, sebab orang kata. Saya tak kata lagi, so kena lah pergi sendiri. Bila tu? InsyaAllah dalam planning.


KETIGA: BUNGEE JUMPING


Yeah! Perkara menjadi idaman saya sangat. Memang nak sangat try bungee jumping ni, tapi belum ada rezeki lagi nak cuba. Masa saya holiday Phuket aritu, memang niat nak buat, tapi disebabkan kekurangan bajet, terus batalkan niat hati tu. Time tu dapat tengok je orang buat, dalam hati seronoknya la kalau dapat try kan. InsyaAllah satu hari nanti.



Ok lah! Cukup setakat 3 perkara penting ni. Kalau buat sepuluh nanti tak termampu nak tunaikan. Yang 3 ni insyaAllah boleh ditunaikan.

Monday, July 23, 2012

Day 4 : Your Favourite Photograph of Your Best Friend

Day 4 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.


"Favorite Photograph of Your Best Friend". Hrmmm. Apa ye?? Kalau nak ikutkan favourite memang banyak yang saya suka. Tapi takkan nak tepek banyak-banyak lak gambar kan. Syok sendiri namanya. So, saya pilih 3 gambar favourite.


So, mari chekedout!




Yeah! Yang ni gambar masa wedding Dayah dekat Muadzam. Time ni ada outdoor photoshoot, so kitorang ni yang over ambil gambar sendiri. Pengantin tengah bergambar, kitorang pun harus lah nak glamour jugak kan.



Next gambar pulak time wedding Bell kat Andalas, Klang. Bestfriend time zaman kegemilangan asrama masa SPM. Best! Rindu zaman tu. Sekarang masing-masing ada yang dah kahwin, dah ada anak, dah bertunang dan yang bakal berkahwin. Tahun ni berderet diorang berebut nak kahwin. Pergh!







Ahaa. Ni memang tipu, nampak sangat bukan gambar favourite kan. Memang bukan pun. Tapi nak bagitau Humble Chef ni jadi tempat favourite nak lepak ngan makhluk gerumuk tu. Tapi, yang penting diorang tetap bestfriend saya.



Gambar limited disebabkan pilihan just godek kat dalam laptop office ni je. Gambar banyak dalam external hard disk. Ok, tu je.


Ok, tu je. Bye!

Friday, July 20, 2012

Day 3: Your Idea For Perfect First Date

Day 3 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.


Tajuk ni saya suka! ^_^ Straight to the point je la yea, malas nak belit-belit ni.

Kalau perfect date harus lah yang buat kita happy and buat benda yang paling kita suka, yea tak? Kalau nak perfect first date tak perlu candle light dinner bagai lah. Bosan kot kalau macam tu, macam dalam drama TV pulak kan.

Saya nak date kat tepi pantai. Camna tu yea? Yea lah, pantai kan best, dah kata tempat favorite saya kat pantai, mesti la nak kat situ. Tak kesah lah buat aktiviti apa pun kat sana, yang penting enjoy.

Boleh jalan-jalan kat tepi pantai, lepak kat pantai tengok orang mandi ke. Boleh hilang semua stress kalau dapat pegi pantai. Serious tak tipu! Tapi untuk orang yang betul-betul sukakan pantai la ye.




Senang cerita lah, berkelah tepi pantai. Memang simple habis, I like! Tak payah buat benda remeh temeh untuk jadi kan date tu perfect. Yang penting dua-dua pihak puas hati dan happy, dah cukup.

Pernah je saya date kat tepi pantai, tapi bukan first date la. Setakat pergi Port Dickson jalan-jalan, makan kuaci sambil lepak-lepak, itu sahaja. Seronok jugak kadang-kadang buat macam tu.

Kalau keluar date je pergi tengok wayang, makan-makan, window shopping, buat benda sama je. Memang sangat lah bosan! Yes! Memang saya pernah rasa bosan dengal aktiviti yang sama macam ni. So, try la buat aktiviti yang lain dari yang lain.


Ok, itu sahaja untuk kali ini, next update untuk day 4 pulak.

Wednesday, July 18, 2012

Kini Kembali



Yeah! Setelah setahun tak usik blog ni, tetiba tergerak hati nak mula balik. So, here we are. Permulaan entry untuk tahun 2012 setelah setahun lebih menyepi. Nasib baik ingat password lagi. he3. Yang utama sekali blog ni dah banyak buat perubahan, sampai saya dah tak reti nak godek balik. Kena belajar balik la nampaknya.

Agak-agak follower ada lagi tak? hahaha. Yang penting kenalan yang saya kenal melalui blog ni ingat kat saya lagi tak? Lama kot menyepi, macam dah tak berapa ingat je. Bila tadi try baca post saya dari awal sampai habis, memang nak tergelak pon ada. Lawak gak la entry yang ntah pape tu. Ok, abaikan.

Setelah agak lama menyepi ni banyak benda rasa nak update. Atau mungkin saya update yang terbaru je. Entah! Tapi yang utama cam nak sambung entry 30 Things in 30 Days Challenge balik. Dah kata challenge kan, so kena habiskan, walaupon bukan dalam masa 30 hari, masa setahun lebih gap pon jalan je la. Asalkan settle.

Then baru start balik entry lain-lain. Anyway, hello blogger semua! I'm back taw. So, stay tune!

Tuesday, February 8, 2011

Day 2: Your Favorite Movie

Day 2 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.

Disebabkan ke-busy-an yang melampau dan masa yang agak terhad, ditambah pula dengan cuti CNY penuh dengan aktiviti cuti-cuti Malaysia, jadi untuk challenge ni saya ter-skip hari. Main tipu sikit la, tapi atleast saya nak habiskan juga challenge ni.

Ok, sambung pada favorite movie saya, banyak yang boleh jadi favorite, tapi yang memang saya suka movie Harry Potter. Memang saya ikut semua movie Harry Potter. Takda la semua nya best, tapi sebab dah minat kan, layankan je movie ni.

HARRY POTTER




Ni untuk cerita omputeh yang saya minat. Cerita melayu ada juga taw jadi favorite. Ingat filem melayu tak best ke? Ok apa. Kita kena sokong tau filem tempatan, siapa lagi yang nak sokong kalau rakyat Malaysia sendiri. Tapi tengok gak la cerita nya. Kalau buat cerita mengarut bagai tu, mintak maap la yea nak gi tengok. Buat perabis duit dan masa gi layan. Buat la cerita berfaedah sikit, baru orang datang sokong.

PISAU CUKUR




Yeah! Pisau Cukur. Saya suka sangat okay! Pendapat saya, jalan cerita okay je. Tambah dengan pelakon yang mantap. Minat giler kat Redza Minhat. Kacak! ^_^


Ok done untuk Hari Yang Tak Berapa Nak Ke-2!

Friday, January 28, 2011

Day 1: Your Favorite Song

Day 1 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.

Day 1 untuk favorite song, tapi biar saya tukar tajuk sikit jadi songs yea. Banyak sangat pulak lagu yang saya suka, tapi ni antara favorite. Untuk lagu omputih dan lagu melayu. Lagu bahasa lain tak katam lagi la yea.

Babyface - Loneliness



Tak tahu lah kenapa suka sangat lagu ni. Tapi memang best kan. Banyak lagu Babyface yang best best, tapi yang ni melekat kat kepala. Layan je lah! Nak lirik kat youtube ada bagi sekali. Click click je.


Richado ft Yuhana - Lambang Cinta



Lagu ni memang all time favorite lah! Best sangat, mendayu-dayu, kalau dengar selalu pun tak bosan. Sumpah tak tipu, yang tak suka nak buat macam mana kan. Kita lain taste. hehehe. First time dengar lagu ni dulu terus suka giler! Time tu dengar kat handphone member, terus on bluetooth, pastu hari-hari dengar terus hafal. hahaha. Semangat!



Itu sahaja, taknak lebih-lebih, sebab ada lagi balance 29 hari tu. ^_^

Friday, January 21, 2011

30 Things in 30 Days Challenge....

Terjumpa pasal entry best ni kat blog Cik Epal. Cam menarik je bagi siapa yang rasa tertarik. Well, disebabkan saya takda idea untuk update blog, apa lah kata nya saya join je benda alah ni. Best tak best, belum cuba belum tau. ^_^


30 THINGS IN 30 DAYS CHALLENGE !

day 1 : your favorite song
day 2 : your favorite movie
day 3 : your idea for perfect first date
day 4 : your favorite photograph of your best friend
day 5 : a picture of something you want to do before you die
day 6: a photo of an animal you'd love to keep as a pet
day 7 : your dream wedding
day 8 : a song that match your mood
day 9 : a photo of the item you last purchased
day 10 : a photo of your favorite place to eat
day 11 : what's in your make up bag?
day 12 : your current relationship, if single discuss how single life is
day 13 : a picture of your favorite band or artist
day 14 : a tv show that you're currently addicted to
day 15 : something that you don't leave the house without
day 16 : a picture of someone who inspires you
day 17 : how you hope your future will be
day 18 : 5 things that irritate ME about opposite/ same sex
day 19 : a picture of something you want to do before you die
day 20 : the meaning behind your blog name
day 21 : a photo of something that makes you happy
day 22 : a letter to someone who hurt you recently
day 23 : 15 facts about you
day 24 : a photo of something that means a lot to you
day 25 : who are you ?
day 26 : a photo of somewhere you want to go
day 27 : what kind of person attracts you?
day 28 : in this past month, what have you learn?
day 29 : something that you could never get tired of doing
day 30 : a photograph of yourself today + three good things that happened in the past 30 days.


So, apa tunggu lagi, siapa yang tengah bosan tu jom kita buat berjemaah. Kalau macam saya ni maybe ada lah skip hari sikit main tipu, maklum lah orang busy bebenau neh! Agak la.


Anyway, sejak dua menjak ni line internet cam haram sikit, bukan sikit, banyak! Nak loading satu page bukan main bertahun. So, paham-paham lah saya tak dapat nak blogwalking, maap yea! Nanti nanti line dah okay saya kembali.

Malam ni pun sempat terjah follower baru saya, thanks taw. Yang tinggal jejak kat shoutbox saya tak sempat sangat nak jenguk balik. Nanti nanti ye saya datang balik. Orang kata bila nak blogwalking tu biar lah time hati riang sikit, dapat komen sikit, jadi follower balik ke. Kalau hati tak tenang, dah la loading lambat, siap hari bulan terus tekan pangkah. Senang cerita.


Okay lepas ni entry pasal challenge ni pulak! ^_^

Thursday, January 13, 2011

Blogger gegarkan 'U'



Tengok header pun dah kenal siapa kan? Tipu kalau tak kenal. Kali ni saya nak try join segmen Ben Ashaari yang baru.

Mai mai budak-budak U join segmen ni. Tak susah, senang dan simple jer nak buat.


Belajar mana? Jurusan? Tahun?

Saya belajar kat UiTM Kampus Bandar Melaka atau lebih dikenali dengan KBM. Amik jurusan Business in Finance dan sekarang tahun akhir. Wehoo! InsyaAllah tahun ni saya grad dengan jaya nya! Tapi sekarang ni saya tengah praktikal, lagi 2 bulan tamat. yeah!


Asal mana? Umur?

Asal anak jati Selangor, yang beralamat di Petaling Jaya. Kalau nak cakap pasal umur semua tak pecaya saya dah 24 tahun ni. Okay fine! Jangan jeles ramai orang ingat umur saya muda mudi lagi. Muke sweet 17. Memang perasan!


Kenapa amik jurusan itu?

Bidang business memang saya minat sejak dari kecil lagi. Betul tak tipu! Saya memang minat kira-kira, Alhamdulillah saya dapat jurusan Finance tu memang happy tak terkira. Bukan senang dapat jurusan yang kita minat.


Cita cita?

Dah tentu lah saya nak ada business sendiri, insyaAllah. Tapi sebenarnya banyak lagi cita cita saya, ikut turutan la yea. Nak habis kan degree ni-Cari pekerjaan tetap-Kumpul duit banyak banyak-Kawen (dah tentu! hahaha)- Buka business sendiri-dan lain lain tu akan menyusul. ^_^


Ok done!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...