Showing posts with label Interests. Show all posts
Showing posts with label Interests. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Day 2: Your Favorite Movie

Day 2 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.

Disebabkan ke-busy-an yang melampau dan masa yang agak terhad, ditambah pula dengan cuti CNY penuh dengan aktiviti cuti-cuti Malaysia, jadi untuk challenge ni saya ter-skip hari. Main tipu sikit la, tapi atleast saya nak habiskan juga challenge ni.

Ok, sambung pada favorite movie saya, banyak yang boleh jadi favorite, tapi yang memang saya suka movie Harry Potter. Memang saya ikut semua movie Harry Potter. Takda la semua nya best, tapi sebab dah minat kan, layankan je movie ni.

HARRY POTTER




Ni untuk cerita omputeh yang saya minat. Cerita melayu ada juga taw jadi favorite. Ingat filem melayu tak best ke? Ok apa. Kita kena sokong tau filem tempatan, siapa lagi yang nak sokong kalau rakyat Malaysia sendiri. Tapi tengok gak la cerita nya. Kalau buat cerita mengarut bagai tu, mintak maap la yea nak gi tengok. Buat perabis duit dan masa gi layan. Buat la cerita berfaedah sikit, baru orang datang sokong.

PISAU CUKUR




Yeah! Pisau Cukur. Saya suka sangat okay! Pendapat saya, jalan cerita okay je. Tambah dengan pelakon yang mantap. Minat giler kat Redza Minhat. Kacak! ^_^


Ok done untuk Hari Yang Tak Berapa Nak Ke-2!

Friday, January 28, 2011

Day 1: Your Favorite Song

Day 1 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.

Day 1 untuk favorite song, tapi biar saya tukar tajuk sikit jadi songs yea. Banyak sangat pulak lagu yang saya suka, tapi ni antara favorite. Untuk lagu omputih dan lagu melayu. Lagu bahasa lain tak katam lagi la yea.

Babyface - Loneliness



Tak tahu lah kenapa suka sangat lagu ni. Tapi memang best kan. Banyak lagu Babyface yang best best, tapi yang ni melekat kat kepala. Layan je lah! Nak lirik kat youtube ada bagi sekali. Click click je.


Richado ft Yuhana - Lambang Cinta



Lagu ni memang all time favorite lah! Best sangat, mendayu-dayu, kalau dengar selalu pun tak bosan. Sumpah tak tipu, yang tak suka nak buat macam mana kan. Kita lain taste. hehehe. First time dengar lagu ni dulu terus suka giler! Time tu dengar kat handphone member, terus on bluetooth, pastu hari-hari dengar terus hafal. hahaha. Semangat!



Itu sahaja, taknak lebih-lebih, sebab ada lagi balance 29 hari tu. ^_^

Monday, May 24, 2010

Roller Coasters

Saya sangat suka Roller Coaster. Semua benda yang mencabar jantung saya mesti saya berminat nak cuba. Itu baru dinamakan adventure. Entah bila saya dapat merasa naik semua roller coaster yang ada kat dunia ni. Memang harapan je.

Pernah kot dulu saya ada impian nak naik semua roller coaster yang ada kat dunia ni. Boleh ke? Wah! Tinggi betul impian tu. Boleh tu memang boleh tapi tunggu jadi jutawan dulu. So, bila tengok semua roller coaster yang ada, siap dengan video sekali, memang teringin sangat nak naik.

Saya just tunjuk top roller coaster je la ye. Malaysia belum sampai tahap thrill lagi. Kalau tengok yang luar negara punya, mak ai! Memang mencabar sangat lah. Memang siapa yang ada sakit jantung tinggal nyawa-nyawa ikan, ibu yang mengandung dah terkeluar bayi.. So, mari sponsor saya untuk round satu dunia naik roller coaster yang ada. ^_^


SheiKra


Location: Busch Gardens Tampa Bay, Florida
Length: 3,188 feet
Top Speed: 70 mph
Durations: 3 minutes


Millennium Force


Location: Cedar Point, Ohio
Length: 6,595 feet
Top Speed: 93 mph
Durations: 2 minutes, 20 seconds


Bizarro


Location: Six Flags, New England
Length: 5,400 feet
Top Speed: 77 mph
Durations: 2 minutes, 35 seconds


X2


Location: Six Flags Magic Mountain, LA
Length: 3,610 feet
Top Speed: 76 mph
Durations: 2 minutes


Kingda Ka


Location: Six Flags Great Adventure, NJ
Length: 3,118 feet
Top Speed: 128 mph
Durations: 50 seconds



Sumber dari http://www.ultimaterollercoaster.com


Thursday, April 1, 2010

Senarai Cuti-Cuti

kalau lah duit dan masa itu takda masalah untuk saya, dah tentu saya dah pergi bercuti ke mana sahaja. seronok nya. tapi apakan daya, semua nya perlu dirancang dahulu. insyaallah kalau tak ada aral. just senarai yang saya mahu sangat pergi.


1. Gunung Kinabalu



nak tawan puncak Kinabalu. alangkah seronok nya bila dapat sampi puncak sana.



2. Bandung, Indonesia



nak shopping kat Bandung. mintak sponsor ke sana boleh? hee~



3. Pulau Perhentian



saya sangat suka pada pantai. mana-mana pun boleh.



picture credit to Yahoo search~


tetiba saya sangat rindu untuk ber'hiking'. seronok nya! alangkah indah dan seronok nya bila dapat tawan puncak lagi untuk mana-mana gunung. tak kisah lah, janji dapat naik ke puncak. nak rasa lagi pancit untuk ke puncak tu, nak rasa perasaan puas bila dah sampai ke puncak, nak tengok pemandangan yang sangat cantik, dan macam-macam lagi perasaan yang ada.

semuanya sukar digambarkan dan pengalaman tu memang susah nak dapat. saya just pernah panjat Gunung Dato' kat Negeri Sembilan ngan Gunung Stong je kat Kelantan.

best memang best. sebab tu kaki ni terasa gatal nak panjat Gunung Kinabalu, konon dah expert je nak panjat gunung tinggi-tinggi ni.

dah 2 kali trip ke Gunung Nuang, Selangor cancel. yang 1st sebab kawan yang saya nak follow trip dia tu tak jadi nak pergi sebab dia ada kenduri. yang 2nd ni hari sabtu ni (3 April 2010), saya yang tak dapat join sebab saya ada hal lain. so memang dah terlepas peluang lagi.

sekarang saya cuma nantikan trip lain. tapi semuanya selepas sahaja saya habis final exam. bulan 5 atau 6 boleh lah nak berjimba sakan. yeah!!



Monday, December 15, 2008

List takde keje

1. Phone yang saya suka.

Nokia N85



Apple iPhone



2. Kereta yang saya suka.

Swift (kuning)



Mini Cooper (merah)



3. Tempat yang saya suka.


Japan



Disneyland, Hong Kong



4. Saya suka!!

Theme Park



Beaches



5. Mahu cuba!!!

Bungee Jumping



G-Force X (reverse bungee)



**enough lah buat masa ni. pabila bosan ni lah hasilnya. ^_^

p/s: sekadar suka-suka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...