Day 1 untuk favorite song, tapi biar saya tukar tajuk sikit jadi songs yea. Banyak sangat pulak lagu yang saya suka, tapi ni antara favorite. Untuk lagu omputih dan lagu melayu. Lagu bahasa lain tak katam lagi la yea.
Babyface - Loneliness
Tak tahu lah kenapa suka sangat lagu ni. Tapi memang best kan. Banyak lagu Babyface yang best best, tapi yang ni melekat kat kepala. Layan je lah! Nak lirik kat youtube ada bagi sekali. Click click je.
Richado ft Yuhana - Lambang Cinta
Lagu ni memang all time favorite lah! Best sangat, mendayu-dayu, kalau dengar selalu pun tak bosan. Sumpah tak tipu, yang tak suka nak buat macam mana kan. Kita lain taste. hehehe. First time dengar lagu ni dulu terus suka giler! Time tu dengar kat handphone member, terus on bluetooth, pastu hari-hari dengar terus hafal. hahaha. Semangat!
Itu sahaja, taknak lebih-lebih, sebab ada lagi balance 29 hari tu. ^_^
aku mula jatuh hati kepadamu setelah kau kata cinta padaku masing-masing dulu punya pasangan akhirnya kita bersama
pertama kali kita bersua bertentang mata terasa ada kimia antara kita kau kucup pipiku kau bisikkan cintamu kau kata "baby, i love you" kau cairkan hatiku
bahagia ku rasa di saat kita berdua bersama memandang bulan terang menyaksi bintang-bintang kau seru akulah pelangi cintamu
suka la tengok video ni. semua nya otai yang nyanyi. part paling best time Mus tarik time nyanyi lagu Srikandi Cintaku (part ke 9:10 minit). meremang bulu roma bila dia tarik. best! best!
tengok ulang2 part tu memang tak bosan. suara memang power ar. hee~
just nak share video neh! ^_^
tapi Amy search memang terbaik. minat sangat kat amy. suara POWER giler! ceh! betol2 power tu. lagu Kejora best! minat sangat.
tajuk entry sila abaikan. saje je nak bagi gempak. hehehe. takda pun sampai nak nangis. lol! =p
so, siapa kata saya tak layan lagu2 camni? cet! layan je taw. best pe lagu2 lama ni. betol x?
ini lagu dari Faizal Tahir-Aku Punya Kamu. lagu ni tuju khas untuk seseorang yang hadir dalam hidup saya. cewah! poyo je bunyi. tapi lagu ni memang best pon. berserta lirik lagu ni, jom sama-sama nyanyi. hee~ ^_^
saat kau tersenyum saat itu kau memberi saat ku rasa bahagia
selama ku tersenyum selama itu ku memberi selama yang kamu disini
namun ku bicara hanya pada bulan dan suria takku punya cara untuk menyatakan cinta
dan kamu hanyalah satu ku mahu ada kamu saja bisaku menunggumu selamanya aku milikmu takkan pernah lelahku menunggu hingga aku punya kamu yeahh
sesaat kau tiada saat itu yang ku rasa saat hidupku terlena hmm..
selama yang kau ada selama itu yang ku rasa selama hidup ku bahgia
just nak share ngan kamu semua yang lagu ni best taw. so dengarkan lah lagu dari Kangen Band ni. liriknya pun penuh makna je. tengok video clip berserta lirik lagu Kembali Pulang. LAYAN!!
Kembali Pulang - Kangen Band
bintang terlihat terang saat dirimu datang cinta yang dulu hilang kini kembali pulang
lihatlah dia mulai bernyanyi coba merangkai mimpi cinta yang dulu pergi kini datang kembali
wajahmu mengingatku dengan kekasihku dulu wajahmu mengingatkan dengan masa laluku
reff: kekasih yang dulu hilang kini dia tlah kembali pulang akan ku bawa dia terbang damai bersama bintang
kekasih yang dulu hilang kini dia tlah kembali pulang betapa senang ku dendangkan dan takkan ku lepaskan
wajahmu mengingatkanku dengan kekasihku dulu wajahmu mengingatkanku dengan masa laluku
Members: (from left to right) Michael David Hall: Vocals Bobby Campbell: Piano / Guitar Mike Chan : Drums
Mike Chan tu orang Malaysia tau. tak silap orang klang kot. ntah la dah lupa. haha~
saya suka sangat lagu Fatal Flaw. dah lama dah, 1st time dengar kat radio x-fresh dulu. some of you yang dengar radio x-fresh sure pernah dengar lagu ni kan?
suara best and lagu pun best. so layan kan je la video acoustic dari mereka!
Fatal Flaw (Acoustic)
nak dengar lagu lain gi kat link myspace mereka. (South Jordan)
entry ni atas permintaan kawan ku Asrul. yea sila baca ni baik-baik ye Asrul! (kau kena praktik kan gak) kepada perokok di luar sana juga dinasihatkan agar anda juga patut ada niat nak berhenti. sayangi lah diri anda terutama orang di sekeliling anda.
sekarang ni saya amat pantang bila ada je orang main hembus je asap rokok depan muka saya. rasa sangat rimas dan rasa nak hembus balik asap tu kat muka dia. (selalu nya memang wat camtu) hello! kami yang sedup asap rokok tu lagi berisiko dapat penyakit tau. kalau nak mati cepat sila mati sorang-sorang. jangan libat kan orang tak bersalah.
yela yang tak merokok pun boleh terkena penyakit juga, boleh mati juga! tapi anda yang merokok boleh mengelak dari penyakit. boleh memanjangkan hayat anda. nak ke kena penyakit jantung seawal usia 40 tahun?
ni ada sedikit info pasal merokok yang saya jumpa kat internet. - tembakau dari rokok mengandungi lebih 4,000 kimia (kebanyakan beracun) - nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras - tar didalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah - merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung
info:setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yg berpunca dari merokok setiap tahun (anda mahu tambah kan jumlah ke?)
jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM9 sehari, setahun anda dah guna RM3,285 dengan hanya membeli rokok. berbaloi ke? banyak tu jumlah.
banyak penyakit dari merokok ni. nak senarai kan panjang. sangat panjang okay! tak tipu punya. so pandai-pandai la fikir sendiri risiko merokok ni. ^_^ tapi yang berisiko tinggi adalah orang yang hidu asap rokok (passive smoking) tau. passive smoking ni orang yang menyedut asap dari perokok. so nak merokok tu jangan hembus asap, simpan je dalam badan.
cara nak berhenti merokok:
1. Cold Turkey maksud nya berhenti tanpa apa-apa rawatan. cara ni memang agak susah nak berjaya sebab cara ni perlu betul-betul ada kesungguhan. sesetengah orang melakukannya dengan mengurangkan kuantiti rokok yang dihisap setiap hari.
2. Ubat-ubatan preskripsi yang ni kena ada nasihat doktor. bukan main makan je ubat sebarangan. takut ada kesan sampingan. so nak senang jumpa je doktor mintak nasihat.
3. Terapi Gantian Nikotin (NRT) terapi ini membekalkan badan anda dengan sukatan nikotin sekadar yang cukup untuk mengurangkan gian rokok. kaedah NRT adalah seperti tampalan NRT, gam NRT dan alat sedutan NRT (boleh dapat kat farmasi, hospital atau klinik) tapi kena ada nasihat doktor atau ahli farmasi. sebab ada gak golongan yang takleh guna kaedah NRT ni.
yang penting anda kena ada keinginan dan keazaman yang kuat. baru leh berjaya berhenti merokok.
jangan lah anda hanya bertahan untuk tidak merokok hanya seminggu atau sebulan sahaja. pastikan anda benar-benar bersedia dan tekad. so kepada yang mahu berhenti selamat maju jaya. ^_^
kalau yang memang nak merokok juga (memang tahap degil) sila lihat video ni!
macam mana? rasa nak merokok lagi tak?
p/s: saya bersyukur sebab dalam family saya takda yang merokok. kalau shisha sama tak? siapa tahu? sebab saya suka bau shisha. sebab wangi! ^_^
sekarang ni nak cerita pasal Travis Barker. seorang drummer yang cukup hebat la. kalau tengok dia main drum, wow! memang terpukau la. for me memang terpukau (suka rambut mohawk dia). untuk orang lain tak tau. ^_^ dulu saya minat giler la kat Travis masa dia dalam band Blink-182. semua lagu saya hafal. tahun 2005 band ni dah berpecah. so Travis n Mark Hoppus, yang dulu nya dalam band Blink-182 gak tubuhkan band Plus 44 (+44). (click utk tgk website +44)
**malas nak tulis bnyk, so just check these video. travis playing drum**
Fuckin amazing okay!
his style on playing drum is without shirt on! ada style gitu! ^_^