Showing posts with label Note. Show all posts
Showing posts with label Note. Show all posts

Thursday, January 13, 2011

Blogger gegarkan 'U'



Tengok header pun dah kenal siapa kan? Tipu kalau tak kenal. Kali ni saya nak try join segmen Ben Ashaari yang baru.

Mai mai budak-budak U join segmen ni. Tak susah, senang dan simple jer nak buat.


Belajar mana? Jurusan? Tahun?

Saya belajar kat UiTM Kampus Bandar Melaka atau lebih dikenali dengan KBM. Amik jurusan Business in Finance dan sekarang tahun akhir. Wehoo! InsyaAllah tahun ni saya grad dengan jaya nya! Tapi sekarang ni saya tengah praktikal, lagi 2 bulan tamat. yeah!


Asal mana? Umur?

Asal anak jati Selangor, yang beralamat di Petaling Jaya. Kalau nak cakap pasal umur semua tak pecaya saya dah 24 tahun ni. Okay fine! Jangan jeles ramai orang ingat umur saya muda mudi lagi. Muke sweet 17. Memang perasan!


Kenapa amik jurusan itu?

Bidang business memang saya minat sejak dari kecil lagi. Betul tak tipu! Saya memang minat kira-kira, Alhamdulillah saya dapat jurusan Finance tu memang happy tak terkira. Bukan senang dapat jurusan yang kita minat.


Cita cita?

Dah tentu lah saya nak ada business sendiri, insyaAllah. Tapi sebenarnya banyak lagi cita cita saya, ikut turutan la yea. Nak habis kan degree ni-Cari pekerjaan tetap-Kumpul duit banyak banyak-Kawen (dah tentu! hahaha)- Buka business sendiri-dan lain lain tu akan menyusul. ^_^


Ok done!

Wednesday, January 12, 2011

Jom makan Kenny Rogers FREE!!




Just for info ya'll. Jom makan Kenny BUY 1 FREE 1.

Hari ini 12 January 2011 SAHAJA! Cepat cepat makan kenny.

Syarat just pakai apa sahaja berwarna MERAH. Easy kan. ^_^


Jom makan malam ni!! Harus lah excited. Last year tak dapat makan time hari merah merah ni. This year WAJIB. hahaha~


Makan free harus lah laju kan. Tipu siapa yang tak berminat tu.

Thursday, December 23, 2010

Welcome Back to ME!!

Lama betol saya tak ber-blogging ni. Kesian kat incik blog saya ni, bukan setakat dah bersawang, bersepah bagai dah. adoi mak ai! Ape dah jadi ni? Tetibe tunggang langgang bile dah lama kena tinggal.

Sorry la yea. Komitmen makin banyak ni sampai takda peluang nak update bagai. Follower pon dah banyak lari agaknya. Saya pon dah lama tak jenguk blog kalian semua kan.


Its okay. Sekarang saya cam dah dapat semangat nak update. Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam pulak. Biasa la tu kalau mula-mula excited bagai nak rak, last last biar camtu je. cis cis!!



So, my blog is now UNDER RENOVATION. Nak baiki mane yang patut, nak tukar layout bagai, nak susun balik benda yang berterabur cam tongkang pecah. Saya sendiri pon tak sanggup nak tengok. BURUK LA Ooi Ooi..!!


Sementara banyak masa terluang ni boleh la nak update blog ni, yela kan sekarang tengah buat praktikal, masa terluang tu tak tentu sangat. Time ada kerja memang berlambak, time takda kerja tu boleh main kejar-kejar dah. Ok tu tipu!


Akan ku kembali update bersama entry BARU yaww!



^_^

Monday, June 7, 2010

Kerja part time...

Akhirnya tercapai juga lah impian saya nak kerja part time masa cuti sem kali ni. Yang ni betol-betol kerja lah. Dah macam burung hantu. Malam kerja, siang tido. Memang terbaik ah.


So, disebabkan dah mula kerja seminggu lebih ni, tak dapat lah nak update blog. Memang tak dapat pon, takda masa langsung. Pergi kerja pukul 8pm, kerja merata tempat, balik kerja paling awal pun pukul 7am habis. Balik kerja je mesti lah nak tido, bangun tido pulak entah pukul berapa, terus siap nak gi kerja balik. Takda life betol camtu!


Cuti pun hari ahad, tu je time nak berehat habis, tapi kalau gatal kaki tu keluar gak walau tak tido semalaman. Lepas tu start lah nak sakit, haish! Sebulan je kerja ni, so takda la terasa sangat.

Kerja hari-hari merata tempat, kerja kira stock, perlu lah camtu. So, this week akan ke Seremban, Ipoh dan Penang. Next week pulak akan ke Johor selama 4 hari. Terbaik lah! Bukan dapat berjalan pun kalau dah malam kerja, siang tido.


Tapi ok lah camtu kalau gaji masyuk. Nak gi holiday nye pasal, sanggup ah kerja macam tu. Tapi memang seronok kerja macam ni, dapat kenal ramai kawan baru, dapat environment baru, kalau dah hari-hari kerja tempat lain-lain.

Mula-mula kerja, penat nya bukan main lagi, dah macam kerja buruh. Bila dah lebih kurang 2 atau 3 hari tu dah tak rasa sangat, enjoy pulak kerja macam ni. Yelah, mula-mula nak biasa kan diri memang susah, dah lama-lama tu dah sebati pulak.


So, pada kawan-kawan saya yang tak dapat berjumpa pada cuti kali ni dan tak dapat join aktiviti korang, aku mintak maaf banyak-banyak eh. Memang tak dapat. Lain kali aku free, aku join korang taw. =P

Last kerja 28hb June, so ada masa kurang seminggu tu nak gi bercuti. Insyaallah kalau takda apa-apa halangan. 5hb Julai dah start claz pula, bermula kembali hari-hari busy sebagai seorang pelajar (konon je~).


Akan saya update blog bila tibanya masa senang saya.



Friday, May 14, 2010

Cuti Sem

yeah! Setelah sebulan lebih tinggalkan blog ni bersawang, akhirnya saya mendapat kerajinan untuk meng-update blog. Kalau tak jangan harap la nak login blogger ni lepas tu update bagai.


Sebulan lebih bercuti dari ber-blogging pun sebab saya baru habis final exam. Haram sungguh final kali ni. Semua paper bila keluar dewan dengan perasaan hampa. Nak kata tak study tu tipu lah. Siap study group lagi, hari-hari pulak tu tak pernah miss. damn!


Sekarang cuti sem, yang penting enjoy! Malas nak fikir benda lain. Tunggu je lah result kelaur, time tu lah baru menggigil satu badan nak check. Yang itu kita tolak tepi, sekarang fikirkan aktiviti apa nak buat time cuti 2 bulan ni.


Setiap sem tak lepas untuk plan kerja part time. Tapi kesudahannya, memang haram tak langsung kerja. Harapan tinggal harapan. Last-last tiap cuti sem dihabiskan dengan aktiviti mengembangkan badan atas katil dengan online sampai lebam.

Aktiviti harian time cuti camni memang tak menarik perhatian langsung. Cuti ni macam dah takda event berbasikal lagi macam cuti sem yang lepas. Sila rujuk entry ini.

Saya just menanti event yang bakal ada time cuti ni. Hiking pun okay juga, tapi takda siapa nak buat event ni semua. Hampa betul rasanya! So sekarang ni saya PERLU untuk mencari part time job supaya cuti kali ni tak sia-sia macam yang dulu. HARAP-HARAP camtu lah~ Jangan hangit-hangit tahi itik pulak.

Kalendar cuti kali ni penuh dengan undangan perkahwinan. Okay lah dari takda apa-apa nak buat. Weekdays just melepak kat dalam bilik, layan Facebook, tak pun layan stock movie atau series yang ada dalam laptop ni. Weekend pulak baru dapat jumpa yang tersayang. Dalam masa 2 bulan buat camni, mahu nya berat badan naik ada lah dalam 4 atau 5kg.


Okay~ sila cari kerja yea!! Next week akan bermulanya pencarian kerja part time. Kalau sesiapa yang baik hati nak bagi saya kerja pun okay juga. ^_^


Enough said~ lepas ni saya mau update entry yang tertangguh selama sebulan lebih ni.



Thursday, April 1, 2010

Senarai Cuti-Cuti

kalau lah duit dan masa itu takda masalah untuk saya, dah tentu saya dah pergi bercuti ke mana sahaja. seronok nya. tapi apakan daya, semua nya perlu dirancang dahulu. insyaallah kalau tak ada aral. just senarai yang saya mahu sangat pergi.


1. Gunung Kinabalu



nak tawan puncak Kinabalu. alangkah seronok nya bila dapat sampi puncak sana.



2. Bandung, Indonesia



nak shopping kat Bandung. mintak sponsor ke sana boleh? hee~



3. Pulau Perhentian



saya sangat suka pada pantai. mana-mana pun boleh.



picture credit to Yahoo search~


tetiba saya sangat rindu untuk ber'hiking'. seronok nya! alangkah indah dan seronok nya bila dapat tawan puncak lagi untuk mana-mana gunung. tak kisah lah, janji dapat naik ke puncak. nak rasa lagi pancit untuk ke puncak tu, nak rasa perasaan puas bila dah sampai ke puncak, nak tengok pemandangan yang sangat cantik, dan macam-macam lagi perasaan yang ada.

semuanya sukar digambarkan dan pengalaman tu memang susah nak dapat. saya just pernah panjat Gunung Dato' kat Negeri Sembilan ngan Gunung Stong je kat Kelantan.

best memang best. sebab tu kaki ni terasa gatal nak panjat Gunung Kinabalu, konon dah expert je nak panjat gunung tinggi-tinggi ni.

dah 2 kali trip ke Gunung Nuang, Selangor cancel. yang 1st sebab kawan yang saya nak follow trip dia tu tak jadi nak pergi sebab dia ada kenduri. yang 2nd ni hari sabtu ni (3 April 2010), saya yang tak dapat join sebab saya ada hal lain. so memang dah terlepas peluang lagi.

sekarang saya cuma nantikan trip lain. tapi semuanya selepas sahaja saya habis final exam. bulan 5 atau 6 boleh lah nak berjimba sakan. yeah!!



Saturday, March 13, 2010

Dalam Pembinaan!

tetiba terasa nak tuka layout baru. alang-alang tengah bosan dan konon-konon rajin. tukar layout yang dah lama tak tukar.


SEDANG DALAM PEMBINAAN YEA!

so blog ni akan sedikit berterabur sekejap. harap maklum.


sedang menjalankan tugas membina semula.

sekian~

Friday, February 19, 2010

Tukang Karut

berfikir sejenak. nak update tapi takda idea. tu lah masalah saya sekarang. puas dah berpusing kepala, memerah keringat nak cari idea. okay, itu tipu sebenarnya.


jari nak menaip entry, otak tak nak bekerjasama untuk membantu menghasilkan satu entry yang kira powerful. bila takda idea, mula lah keluar ayat yang serupa mengarut yang tak mendatangkan hasil atau faedah kepada semua lapisan blogger. cukup lah karutan camtu. hahahaha.


okay, tiba-tiba datangnya mentol di kepala yang membawa maksud idea bakal tiba. pastu tiba-tiba yang datang adalah malas. damn! tidak mengapa. kita teruskan karutan atau cerita je la apa-apa pun. janji ada entry. lol!


next week, time Mulidur Rasul, ada event BMC2 atau lebih tepatnya ada event kayuh basikal ke Port Dickson selama 2 hari. diri ini nak pergi, tapi hati ini berat mahu melepaskan.


dah lama tak kayuh, takut pancit pulak kat tengah jalan. tak pasal-pasal saya jadi orang last kayuh, cam biasa lah. perjalanan ke PD boleh tahan jauh. tambah ngan cuaca panas yang amat. so, saya kira memang akan cepat penat berkayuh tahap cipan. betul tak tipu.


di tambah lagi next week hari cuti jatuh pada hari jumaat, dah tentu lah ada nya hari berdating-dating. memang sungguh berasa kegatalan bila tak berjumpa. okay cukup mengarut lagi.

TAPI, rindu nak berbasikal, rasa kesengalan kaki dan juga pinggul untuk menyentuh basikal. tapi rasa rindu lagi nak berhiking. bila nak ada event hiking lagi BMC2 oit?

kesimpulan yang harus dibuat, akan saya fikirkan dulu mahu join ke tak. tapi si pengarah program dah siap booked kan satu basikal untuk saya. sungguh special diri ini rasa. tipu lagi, dah tentu dia booked kan untuk kami bertiga. mungkin juga.


cukup sampai di sini sahaja untuk entry mengarut bagai ini. sungguh bongoks nya diri ini ku rasa! haish~

time cuti seminggu ni banyak dah buang masa depan laptop. mengadap tanaman, kedai makan dan juga ikan-ikan yang harus dijaga dengan rapi. buku tak berusik. balik melaka nanti baru lah kalut nak study. memang lah mangkuk.

okay, ni betul-betul cukup. tapi tangan tak nak berhenti menaip. CUKUP!



selamat malam semua! ^_^

Thursday, February 4, 2010

Mungkin kah??

kembalinya saya ke dunia blog ini. tahun 2010 belum ada 1 sen pon entry yang saya post. busy kah? tak langsung. cuma kemalasan jari untuk menaip serta otak yang malas untuk berfikir.

tapi apa lah guna ada blog tapi simpan sampai bersawang. cam haram je. ok! insyaAllah saya try untuk update sehabis mungkin. perlu RAJIN. tolong lah rajin datang lah ke pangkuan ku kembali.

layan FACEBOOK boleh la pulak. nak ber-blogging malas. kenapa la manusia ini~ haish!


dulu tak tau la mana dapat kerajinan untuk update hari-hari. kali ni mungkin sebab penangan FB yang melampau-lampau kot. mungkin! sebab tu lah rasa malas je nak update blog. time cuti sem baru la nak update. giler kuno. ceyh~


SAYA CUBA RAJIN! yeah~ ^_^


salam kembali kepada dunia blog saya. kalau saya tak ada kat dunia blog ini cari lah saya kat FB okay! hehehe~


okay enough untuk entry kali ini. kita jumpa untuk next entry. wehooo~

Thursday, December 3, 2009

Bercuti sebentar..


mulai esok saya tak dapat ber-blogging ye rakan-rakan semua.

saya pergi bercuti sebentar kat JB. yey!

akhirnya dapat gak gi JB setelah berapa lama dah nak singgah JB ni. ^_^

stay untuk 3 hari je la. takleh lama sebab ada yang kerja pulak.

8hb pulak saya ada aktiviti lain. so memang tak dapat ber-blogging (lagi sekali) untuk 3 minggu. sangat lama okay!

saya join aktiviti berbasikal pusing satu Malaysia. best kan? hee~

so, saya akan singgah sepang, melaka, segamat, terengganu, kelantan, penang, perak..da sewaktu dengan nya. tak sabar pulak. hehe~

26hb saya pulang. confirm la kaki leh kurus. hahaha. =P

28hb dah start class semula. yey! sangat seronok dapat jumpa kawan-kawan yang lain.

tapi maybe saya pulang ke melaka 4hb kot. dah sure lah tak gi class untuk seminggu tu. 1st week kot, mana start belajar lagi. wehee~

kamu semua nanti saya lawat blog anda semua bila saya free okay!

almaklum la bila dah start belajar ni sure lah saya tinggal balik dunia blog ni.


tinggal kan je jejak kat shoutbox tu atau kat comment sahaja. insyaallah saya lawat nanti okay.


terima kasih semua! ^_^


p/s: terlebih seronok pulak! =P

Tuesday, December 1, 2009

Kalau...


kalau kau lapar
kau minum lah air banyak-banyak
pasti kau tak rasa lapar lagi

kalau kau rindu
kau tengok lah gambar orang yang kau rindu itu
pasti terubat rindu kau

kalau kau sakit
kau makan lah ubat
supaya nanti kau tak rasa sakit lagi

kalau kau jatuh
kau bangun lah sendiri
kerana mungkin tak ada yang nak bantu kau bangun

kalau kau rasa kau hebat
nyah kau dari sini!
kau jangan nak perasan sendiri

kalau kau berharta
kau belanja lah aku
pasti murah rezeki kau

kalau la kalau
takda kalau, kalau kita tak berusaha sendiri


tak faham kalau kau taknak faham...

p/s: kalau lah saya faham apa yang saya post ni..??!!

Monday, November 30, 2009

PayPal WishList

mungkin ada yang dah tahu pasal PayPal WishList ni. sesiapa yang belum daftar sila lah daftar ye.

just korang invite kawan masuk PayPal ni boleh dapat USD1 untuk seorang kawan. maximum amount yang boleh PayPal bayar kat kita just USD100. kira banyak la kan kalau da convert ke MYR. saya tak berapa sure la exchange rate currency yang terbaru berapa.

saya baru je dapat USD10. ok lah tu kan.



so, pada yang belum daftar cepat-cepat lah daftar. pada yang dah daftar sila lah invite saya ni. CLICK SINI cara nya tak sure, maybe kalau nak invite orang tu kena jadi friend list kita kot.


saya tak berapa sure camna cara PayPal ni kira, kalau kita invite kawan pastu kawan approve baru dapat USD1 ke? sesiapa tahu? tapi yang term dia cakap camtu. tapi camna kita nak tahu kawan kita yang mana dah approve? haish!


invite je la labu. promotion bermula pada 00:00:01 Singapore Standard Time (“SST”) pada 16 November 2009 dan berakhir pada 23:59:59 SST pada 31 December 2009.


so, cepat sebelum anda terlambat!!

Wednesday, November 18, 2009

Kemunculan tiba2!

owh! im back!

siyesly lama tak saya update blog neh! sangat2 lama okay! last entry time puasa. wow! betul2 lama tu.

sampaikan nak buka blog tadi pun da lupe. tak tipu nye. tadi fikir jap nak buka web mana. www.blogger.com je kot. camne la boleh lupe neh! haish!

tu la..skarang layan FACEBOOK je 24 jam. nak update blog mmg la malas. hee~

skrg xtau mane dpt kerajinan nak lawat jap. sebab rase cam dah bersawang btol la..

bnyk bnde saya kena update. sangat2 bnyk laa.. taktau la mane nak mula kan. pening2! =p

pape pon saya try la mane yg mampu time cuti sem ni. ^_^


yg still drop message kt chat box tu mekasih bnyk2 eh.. ade masa saya lawat blog anda...

yg still jd follower sy tu pon thanks bnyk2 eh..walaupon entry x gerak2 dr bulan pose tu, tp still nk jd follower.. yeke? hee~



nanti kan kemunculan terbaru dr saya eh! ade ke nk tnggu lg? ntah...huu~ ^_^



ni saje entry utk mlm ini..sekian n slamat mlm..


insyaallah jmpe lagi next entry.. (smoga saya lbh rajin lepas ni)


peace~ ^_^


Friday, August 21, 2009

hEpy fAstiNg..




hepy fasting to all of you..
jangan ponteng2 puasa ye bagi kaum lelaki.
bagi kaum wanita tu kalau takda sebab jangan nak ponteng2.





bulan yang baik ni kena la banyak kan amal..insyaallah~
elak kan tambah dosa, banyak kan buat pahala..
kalau ada salah silap mintak dimaafkan la yea.
sorry kalau terkasar bahasa, atau terasa dengan entry2 yg pernah sy post sebelum ni..
sy cuma manusia biasa kn..hee~



sekarang pun sy dah jarang sangat meng-update blog.
sangat2 jarang!

concentrate study la konon nye.
assignment pun berlambak.

tapi facebook tetap saya layan..huu~
so sesiapa ada FB sila2 add saya okay!



thanx yang jadi my follower tu.
tak sempat lagi nak lawat semua. thanx a lot! ^_^
ada kesempatan lagi kita jumpa di lain entry.



adios~

Thursday, May 21, 2009

Malam tak pernah tua pun..

disebabkan claz intersesi dah bermula, so tak dapat lah saya mahu update selalu eh.
claz sebulan je pastu terus final.
memang jadual agak padat la.
claz dari hari isnin sampai khamis dari pukul 2pm sampai 5.30pm direct taw.
gi claz naik bas dari umah ke shah alam.
dah tentu la penat yang amat.
nak study lagi, dengan assignment lagi.
okay, nasib baik sebulan je.
BERTAHAN! FOKUS!! ^_^


~~~~~~~~~~~
(itu tanda nya tetiba otak saya blank!)

abaikan tajuk entry okay!



p/s: entry paling pendek setakat ni... =p

Monday, May 11, 2009

To All Bloggers

sudah lama tak saya jenguk blog ni. lama juga saya tak update.

sekarang masanya untuk saya update. so nantikan entry2 terbaru saya. ^_^

now saya tengah cuti semester, tapi just seminggu je sebab 18 May ni dah start claz untuk short cost lak kat Shah Alam. tapi still dapat la nak update sikit2.


banyak nak cerita sebenarnya.


lagi satu hutang tag semua akan saya langsaikan okay!


thanks yang sudi jadi followers saya dan jenguk2 blog saya ni. ^_^


dadaa~

Monday, April 13, 2009

Kembali Sebentar

To all my readers, i've been soo damn busy and tak dapat nak update serta jenguk-jenguk blog anda semua. maaf ku pinta ya! terima kasih pada yang setia kat blog saya ni. anda lah yang saya sayang. ^_^

ke-busy-an saya for the last 2 weeks sampai tak cukup rest membuatkan saya tak sihat untuk beberapa hari yang lepas.


sepanjang 2 minggu lepas, saya sibuk siapkan assignment serta projek-projek yang tertangguh. tambah lagi dengan test-test yang buatkan saya makin busy. so sekarang saya rasa sangat kurang beban bila study week dah mula. ^_^

sekarang ni pulak saya kena struggle untuk final. final ni saya amik 5 paper. final saya start 24 april ni and last paper 10 may. nasib baik jarak setiap paper agak ok dalam 3 hari gap, so takda la nak stress sangat.

lepas final bukan saya leh bergumbira lagi. nak rest lagi ar tak dapat kot. lepas last paper 10 may tu, malam nya saya kena berangkat ke Langkawi. kalau tak silap la. sebab ade program BTN (Biro Tata-Negara) giler pe malam tu terus gi. mau nya penat. adoyai! BTN ni amik masa 5 hari. bukannya leh bersuka ria. 5 hari stay kat hutan kot.

lepas abis BTN maybe dlm 15 may kot, saya kena rush kemas barang ubtuk pulang ke PJ. maybe dlm 17 may tu pulak saya kena ada kat shah alam dah sebab 18 may tu dah start intersesi (short sem). saya stay kat umah sewa Dayah je kot. memang siyes ar saya takda rest lagi.


agak tension, stress dan seangkatan dengan nya. selama 1 bulan saya kat shah alam. dah la 24 may tu ade raptai konvo. 28 may tu dah konvo. so, kamu semua mari datang melawat saya. hahaha~ ^_^



sebenarnya banyak benda saya nak update and cerita macam-macam. cuma takda masa je ni. nanti ade time saya akan update k!

sekarang time saya untuk study for final. degree takleh main-,ain cam time diplma dulu. kena insaf sikit. huu~ =p


tag dan juga award yang ada orang bagi kat saya akan saya buat juga ya! so, sekarang saya hutang dulu ar yea. pada mereka yang tag saya dan bagi award tu terima kasih banyak-banyak yea. ^_^

saya pulang ke PJ ni pun hanya beberapa hari je. nak amik restu nak final. rabu ni (14 apr) saya kembali pulang ke melaka dengan semangat study yang tinggi. cewah! poyo je bunyi. =p


Btw, wish me luck and doakan kejayaan final saya ni yea. tenkiu!


p/s: sayang sama kamu semua!

Friday, March 6, 2009

Internet lembab cam haram

internet loading cam haram.

nak reply comment pun sampai 10 jam.

pc kat rumah pun dah rosak. ni pun guna kat bilik abang.

hari ni memang takda luck nak update banyak-banyak.

esok nak gi seremban ada kenduri kawin abang classmate saya.

lepas tu taktau la apa program mereka.

so nantikan la entry terbaru saya k!

kalau takda masalah esok saya update, tak esok, lusa la kot.

lol! tensionnya!!

Sunday, February 22, 2009

Kamu semua!

kamu kamu semua!

saya memang tak dapat nak update blog saya.

sangat-sangat la busy.

nanti kan kepulangan saya pada 5 Mac atau 6 Mac ini. ^_^

yang jadi follower saya tu mekasih banyak-banyak yea. nanti saya lawat blog anda. harap bersabar. hehehe.

yang tinggalkan jejak kat shoutbox saya tu mekasih gak. saya akan lawat blog anda juga secepat mungkin.

sekarang minggu test, so masa agak terhad juga la.

aktiviti kat hostel lagi. agak menyampah la juga.

assignment yang berlambak hampir ke due date. ouh! agak stress kot.

so kepada kamu semua sorry yea saya tak dapat nak melawat blog anda.

kepada yang tagged saya tu nanti saya buat okay! =p

mekasih yang still ikuti blog saya ini. sayang kamu semua!

jumpa lagi. ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...