Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Day 2: Your Favorite Movie

Day 2 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.

Disebabkan ke-busy-an yang melampau dan masa yang agak terhad, ditambah pula dengan cuti CNY penuh dengan aktiviti cuti-cuti Malaysia, jadi untuk challenge ni saya ter-skip hari. Main tipu sikit la, tapi atleast saya nak habiskan juga challenge ni.

Ok, sambung pada favorite movie saya, banyak yang boleh jadi favorite, tapi yang memang saya suka movie Harry Potter. Memang saya ikut semua movie Harry Potter. Takda la semua nya best, tapi sebab dah minat kan, layankan je movie ni.

HARRY POTTER




Ni untuk cerita omputeh yang saya minat. Cerita melayu ada juga taw jadi favorite. Ingat filem melayu tak best ke? Ok apa. Kita kena sokong tau filem tempatan, siapa lagi yang nak sokong kalau rakyat Malaysia sendiri. Tapi tengok gak la cerita nya. Kalau buat cerita mengarut bagai tu, mintak maap la yea nak gi tengok. Buat perabis duit dan masa gi layan. Buat la cerita berfaedah sikit, baru orang datang sokong.

PISAU CUKUR




Yeah! Pisau Cukur. Saya suka sangat okay! Pendapat saya, jalan cerita okay je. Tambah dengan pelakon yang mantap. Minat giler kat Redza Minhat. Kacak! ^_^


Ok done untuk Hari Yang Tak Berapa Nak Ke-2!

Thursday, July 2, 2009

be back!

wah! lama nya tak update. pas paper final aritu terus bercuti sakan. enjoy tak ingat dunia. hee~ cuti seminggu je la katakan.

*update movie yang saya dah tengok*


Drag Me To The Hell
Date: 12 June 2009
Place: Mid Valley



The Last House On The Left
Date: 27 June 2009
Place: One Utama



Transformers: Revenge of The Fallen
Date: 30 June 2009
Place: Pavilion



Ice Age 3: Dawn of The Dinosaurs (3D)
Date: 1 July 2009
Place: Mid Valley


next movie will be Harry Potter. hee~ ^_^


5 July saya pulang ke Melaka. waaa~ tak puas cuti lagi la.

6hb dah start claz. nak cuti lagi sebulan la. seminggu mana la puas. lol!

2 hari lagi cuti. enjoy puas2! yey!


kepada student yang dah nak abis cuti tu, selamat kembali ke alam student. blaja elok2 k! hee~


blog ni akan saya tinggal kan lagi. isk! makin kurang entry. nanti saya lawat blog anda k. lama betul x lawat blog orang. ^_^



daa~

Friday, June 5, 2009

MOVIE...


sejak akhir2 ni cam malas nak update. taktau la kenapa. maybe gak saya takda idea nak update entry terbaru. so bila takda keje ni mengarut la entry. layan kan je. hee~

saje nak wat preview movie apa yang saya dah tengok dan coming soon saya WAJIB tengok.


ni antara movie yang saya dah tengok.


X-Men Origins Wolverine
Date: 16 May
Place: Pavilion



Night at the Museum 2: Battle of the Smithsonian
Date: 22 May
Place: KLCC



Terminator Salvation
Date: 29 May
Place: Sunway Piramid



Angels & Demons
Date: 4 May
Place: One Utama


seronok bila dapat keluar tiap2 minggu. pastu tempat lain-lain. kalau keluar tempat sama je dah tentu bosan. btol x?



**COMING SOON**
ni WAJIB tengok. siap bold skali okay! =p



4 June 2009



26 June 2009



16 July 2009


itu sahaja kot. movie lain lom menarik minat saya lagi. tapi kalau orang ajak saya on je. huu~ ^_^

Tuesday, April 14, 2009

Keseronokan

** 10 APRIL 2009 **


cerita pasal last week ni. da lama plan mau kuar ngan Aunie, Bean, Soleh dan Asrul. sebelum gi tengok movie kat Time Square gi makan kat Kg Baru. ni saya nya permintaan yang dah lama. ada orang belanja. mekasih eh Bean. =p nanti aku belanja pulak. lepas makan terus gi Times. movie pukul 1140pm. kat sana "kawan" saya tunggu nak tengok sekali.




best cerita Jangan Tegur ni.
memang seram ar. hantu dier asyik nak keluar je.
awal-awal cerita dah keluar.
siapa ada sakit jantung jangan la gi tengok.
nasib baik saya tengok ngan "kawan" ni. hahaha.
takda la cam takut sangat. ^_^
tiap masa la nak terkejut, pastu jerit-jerit.
kesian Aunie, sumpah seranah marah saya ajak tengok cerita ni.
takpa la Aunie, sekali-sekala. hehehe

yang geramnya Bean, Soleh ngan Asrul leh pulak gi beli tiket lain-lain masa.
so kitorg berpecah la. tak paham gak ngan otak dorg neh.
but its okay. ngan diorg memang tak jadi nak marah.



** so, siapa yang minat cerita hantu, sila la pergi tengok yea!





** 11 APRIL 2009 **


plan gi Bangi pulak. mau jumpa Nita. lama giler tak jumpa. ^_^

so petang tu gerak ngan Aunie, Bean dan Asrul. gi Bangi amik Nita pastu gi makan kat Copy Cat Cafe. alaa Cat yang Fabulous Cat tu. ok je kot makanan kat situ. leh tahan sedap.

pastu taktau nak gi mana, plan la gi Putrajaya. just round2 je. sampai sesat gak la. amik gambar kat jambatan cantik tu. pastu ingat nak makan kat Taman Warisan, tapi sampai-sampai je dah nak tutup. angin jugak la. mana tak nya, time tu dah nak pukul 10pm lebih tak silap. nak makan sate kat situ tapi tak kesampaian.

pastu gi la balik Bangi. makan sate kajang kat situ je. dapat la jugak makan. pastu anta Nita balik. lepas anta Nita anta saya lak kat PJ.

tu sahaja aktiviti kitorg. lama tak lepak ngan diorg camtu. ^_^


p/s: ku gumbira! =P

Thursday, January 29, 2009

Today...

arini keluar gi mid valley ngan mak dan haziq sahaja. tengok movie cerita Sifu & Tongga. best dan kelakar la cerita ni. nabil memang best. huu~ ^_^ saya bagi 4 star. yea! sila la try tengok.

"AN! AN! AN!"
"jepun jahat, kedengki"
sesiapa dah tengok mesti taw.



lepas tengok movie gi cari kasut saya. round punya round dapat la heels satu. akhirnya okay! pastu gi makan lak kat laksa shack. lepas makan gi round nak cari bag lak tapi tak jumpa yang berkenan. nyampah gak. last2 saya ajak mak balik. penat kot!


malas sebenarnya nak update aktiviti hari ni. tu yang pendek je cerita. hahaha~ (saya juga bukan pencerita yang hebat!)

yang penting nak bagitau saya dah tengok cerita Sifu & Tongga! (berlagak kn?) ^_^


saya nak bagitau ni!!

**sabtu ni (31 Jan), ada jualan amal untuk mangsa Gaza kat amcorp mall, pj. jom ramai2 datang sana. kat tingkat 3 tak silap. jualan oleh artis-artis okay! membeli sambil menderma ye kawan-kawan!

insyaallah saya gi kot. ^_^

Monday, January 5, 2009

Hari Semalam

entry ni just sekadar mengada-ngada je. dah 4 hari takda entry di publish kan sebab dah 4 hari juga saya gi melepak umah sewa lama saya di Cheras. actually bukannya semalam pun. just tajuk entry je camtu. (saya memang fail bab letak tajuk entry). ^_^

hari jumaat malam sabtu (2 Jan 09) patut nya plan nak gi tengok movie. last-last tak jadi sebab dah lewat sangat. tengah-tengah malam pukul 1230am baru nak kuar umah. so kitorg (saya, Dayah, Bean dan Soleh) decide gi lepak makan je la. saya ngan Dayah memang dah mengidam nak makan chicken wings kat NZ Ampang. so kitorg gi la sana. ramai betul orang time tuh. nasib ada seat kosong agi. yang tension nya chicken wings dah abis. boleh pulak time ni nak abis. padahal awal lagi. selalu gi time ni ada je lagi. takpe la dah takda rezeki. saya ngan Dayah just order char kuew tiow je la. sambil-sambil lepak kitorg hisap shisha. lepak sana sampai pukul 3 lebih tak silap. ingat nak gi danau kota tapi sure dah tutup. kitorg balik je la apa lagi.


hari sabtu malam ahad lepas (3 Jan 09) lak, saya, Dayah, Bean dan Soleh gi tengok movie cerita Outlander kat Time Square pukul 930pm. seronok gak la cerita tu. memang best dan menarik. kesimpulannya gi la tengok yea. ^_^ malas nak comment panjang-panjang. saya bagi 4 star. (pendapat orang lain-lain kan)

sekarang kembali nya saya kat rumah sendiri dengan aktiviti bercucuk tanam anggur. arghh! kebosanan dah bermula.


p/s: seronok nya kalau hari-hari dapat lepak camtu kan. memang bahagia hidup. ^_^

Wednesday, December 24, 2008

Layan kan jer!

aktiviti arini bangun pagi-pagi kena wat bfast. hoish! mak, abah ngan adik ku yang kecik Haziq balik kampung untuk 3 hari so tinggal la kami 3 beradik kat uma. esok mak abah mau pulang dah. yey! yang masak semua saya lah! (wah, tak sangka!)

then bersiap nk gi kolej lak. settle kan borang tamat pengajian. kalau tak wat mmg tak dpt grad lol! nak drive takot lak (sesungguh nya daku amat fobia drive keter). 3 tahun kot ada lesen tapi tak guna. lol! so rela berjalan kaki gi tren. plan gi kolej ngan Nita. so dia just tunggu kat sana je. penat ouh naik turun tangga ngan lif nak settle kan. pukul 1 lebih baru settle!

awal lagi nak balik, so ktorg gi la pavilion nak gi tgk movie. naik cab je la dari kolej murah n jimat tenaga. sampai pavi terus gi beli tiket movie pukul 2. memang cerita Histeria ngam2 start time tuh. masuk2 dah start. ah! layan kan aje. cerita ni banyak wat org terkejut ar. tension gak main jerit2 ni! kitorg kalau jerit over je lebih! hahaha~ takut gak la. tapi tak suka cerita ending camtu. haish!



pas movie tak tau nak watpe. so round satu pavi dari hujung ke hujung satu lagi sampai tingkat 5. pastu Soleh datang lepak2 kat food court plak. kena paksa belanja kitorg (nasib baik pow dia air je). borak la macam-macam. pukul 5.30 balik la kami.

balik awal la sebab ada tugas menanti di umah. balik kena masak lak. masak la cincai janji adik ngan abang ku kenyang. masak sardin ngan goreng telur dadar je. hahaha~ giler pemalas punya orang! biar la, dorg makan gak. walaupon kentang dalam sardin keras. telan je la labu, janji kenyang. lol!


**oh ye! arini kaki takde luck. 1st penat berjalan. 2nd kena pijak ngan heels minah sekor ni kat dalam tren. 3rd terpecik minyak masa masak tadi. 4rd terlanggar meja masa kat uma. adoi! sakit btol! kesian kaki ku ini. (kaki yang sama pernah patah masa main futsal masa bulan Feb 2008) lol!


p/s: mekasih yang baca sampai abis. takde yang menarik melainkan yang tak menarik! sekian mekasih! ^_^

Friday, December 19, 2008

My Day


**The Day The Earth Stood Still**


Last tuesday (16/12/08) saya tgk movie ni ngan kwn2 baik saya, fieza n sabby. malang nya amyr n ziela x dpt join. but its okay. bertiga pun jadi la. ktorg gi tgk kat pavilion. dat day saya jd cam tourist guide dorg. just kuar jln2 je. ouh okay gmbr mmg xde langsung! saya mmg x brapa suke bergmbr. (actually bila ngn nita, aunie n dyh giler gmbr plak) **sila tgk pic kat sebelah kanan blog okay!**

okay2! pape pun dah lama x kuar ngan mereka. walaupun lg 2 org xde tp still enjoy. kitorg dah kawan sejak skolah rendah n menengah lg. tgk muvie den round2 xde keje. ok la cte ni. tgk ley enjoy. still menarik gak. ^_^ den pas tgk movie si soleh n asrul dtg. saje sebok2 xde keje. jmpe kejap lepak2 minum pastu blk. tu je aktiviti. tatau nk watpe. lol!



**Yes Man**
"Yes Is The New No"

TAGLINE: "One Word Can Change Everything"

Hari ni (18/12/08) pulak gi tgk midnite movie kat midvalley. kuar ngan bean, soleh n asrul. tetibe je kuar mmg last minit. dorg dtg amik sy kat umah. (bwk ank dara org mlm2 perlu la) **nasihat abah 'jgn blk lambat sgt'** tapi sy blk lewat juge. ampun yea! ^_^

movie kol 11.30pm beli tiket dlm kol 9pm. ingt nak tgk Histeria tp mereka sume tak mau. konon x best la apa. (sbenarnya penakut!). ceh lelaki pon! so aktiviti sblm tgk movie jln2 dulu. cacat juge bila g kedai pet tgk binatang. pastu kne gak follow dorg g men game. kne paksa lg lawan daytona. last2 sy dpt no last skali. hampeh je dorg. den g la lepak mcd. borak ntah ape2. layan dorg leh jd giler.

den gi la tgk movie. tgk cte Yes Man. cte ni sgt menarik okay! sila2 sume pegi tgk. (haha~ promote agi ni) x rugi beli! (asrul.. aku dah akui juge mmg best!) lol! gelak dr awl movie smpi abis. mmg klaka! ^_^ ouh dlm movie td abh kol tnye bile nk blk. boleh pulak! hoho~ pas movie tros blk. tp ktorg sesat nk cr keter. mmg slalu la klau kuar ngn dorg. x penah x sesat nk cr keter. lol! last2 jmpe gak sbb salah zone. hoh! smpi uma abah dh tdo. nasib baik, klau x mau nye bising. (ampun ye abah! ^_^)

smpi2 je tros online bukak blog. rindu ouh! ^_^


p/s: suka tagline Yes Man tuh! hari ni sgt hepy! ^_^

Thursday, December 4, 2008

Prison Break 4


PRISON BREAK SEASON 4


Finally dpt tgk smpi abis season 4..satu hari kot layan bnde neh! Puas hati la jugak.. banyak aksi and makin mencabar..banyak part suspense...ada part yg sedih gak.. BEST! BEST! BEST! ^_^

Tapi yg x best nye ending nya..x puas hati la.. for every season pon sume ending x best.. sbb msti dier nak wat cerita utk next season..haish! Kena la tunggu lagi! Kesian Scofield sakit..tatau ape jadi kat Scofield n da gang on next season..x sabar nak tunggu! Kesian diorg asyik dipergunakan jer..benci kat agent Don Self yg konon baik nak tlg diorg..last2 x gune! Jadi pelarian lagi la mereka.. (on season 5 Scofield akan jejak Self kot) tatau la..just my prediction je..owh yea..sy sgt suke MICHEAL SCOFIELD a.k.a Wentworth Miller!!


"All's well that ends well"-Tapi at the end not well gak! LOL!

p/s: Actually x abis ag lor season 4 neh! Baru mau smangat.. Wawawa~ LOL! Episode 13 now..tatau la smpi brape..hoish!

Sunday, November 30, 2008

Alexandria


P/s: sori ar gmbr kecik.. =p

Staring : Julie Estelle, Fachri Albar, Marcel Chandrawinata, Kinaryosih

Cerita ni recommended by Nik.. Di sebabkan hari ni hari yang sangat membosankan so i just watched these indonesian movie..ok la not bad cerita ni..sedih pon ada..actually these movie da lama kot tahun 2005 release..

Movie ni mengenai cinta 3 segi oleh 3 orang sahabat baik, Agus, Rafi n Alex. Sangat rumit kot because these 2 guys minat kat same girl (Alex). Last sekali one of da guy (Agus) ni terpaksa berkorban untuk kebahagiaan kawan baik dia sendiri. Nak cerita panjang2 malas lak..so better tengok sendiri la. ^_^

Message dari cerita ni:
"klau kite syg kat org tu jgn simpan, just bgtau je..nanti menyesal x sudah!"

Terasa siot!!! LOL! ^_^

Disertakan lagu dalam cerita ini..Jauh Mimpiku by Peterpan


p/s: Agus (Marcel Chandrawinata) dalam cerita ni sgt cute ouh! ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...