Showing posts with label About. Show all posts
Showing posts with label About. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Day 3: Your Idea For Perfect First Date

Day 3 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.


Tajuk ni saya suka! ^_^ Straight to the point je la yea, malas nak belit-belit ni.

Kalau perfect date harus lah yang buat kita happy and buat benda yang paling kita suka, yea tak? Kalau nak perfect first date tak perlu candle light dinner bagai lah. Bosan kot kalau macam tu, macam dalam drama TV pulak kan.

Saya nak date kat tepi pantai. Camna tu yea? Yea lah, pantai kan best, dah kata tempat favorite saya kat pantai, mesti la nak kat situ. Tak kesah lah buat aktiviti apa pun kat sana, yang penting enjoy.

Boleh jalan-jalan kat tepi pantai, lepak kat pantai tengok orang mandi ke. Boleh hilang semua stress kalau dapat pegi pantai. Serious tak tipu! Tapi untuk orang yang betul-betul sukakan pantai la ye.




Senang cerita lah, berkelah tepi pantai. Memang simple habis, I like! Tak payah buat benda remeh temeh untuk jadi kan date tu perfect. Yang penting dua-dua pihak puas hati dan happy, dah cukup.

Pernah je saya date kat tepi pantai, tapi bukan first date la. Setakat pergi Port Dickson jalan-jalan, makan kuaci sambil lepak-lepak, itu sahaja. Seronok jugak kadang-kadang buat macam tu.

Kalau keluar date je pergi tengok wayang, makan-makan, window shopping, buat benda sama je. Memang sangat lah bosan! Yes! Memang saya pernah rasa bosan dengal aktiviti yang sama macam ni. So, try la buat aktiviti yang lain dari yang lain.


Ok, itu sahaja untuk kali ini, next update untuk day 4 pulak.

Friday, January 21, 2011

30 Things in 30 Days Challenge....

Terjumpa pasal entry best ni kat blog Cik Epal. Cam menarik je bagi siapa yang rasa tertarik. Well, disebabkan saya takda idea untuk update blog, apa lah kata nya saya join je benda alah ni. Best tak best, belum cuba belum tau. ^_^


30 THINGS IN 30 DAYS CHALLENGE !

day 1 : your favorite song
day 2 : your favorite movie
day 3 : your idea for perfect first date
day 4 : your favorite photograph of your best friend
day 5 : a picture of something you want to do before you die
day 6: a photo of an animal you'd love to keep as a pet
day 7 : your dream wedding
day 8 : a song that match your mood
day 9 : a photo of the item you last purchased
day 10 : a photo of your favorite place to eat
day 11 : what's in your make up bag?
day 12 : your current relationship, if single discuss how single life is
day 13 : a picture of your favorite band or artist
day 14 : a tv show that you're currently addicted to
day 15 : something that you don't leave the house without
day 16 : a picture of someone who inspires you
day 17 : how you hope your future will be
day 18 : 5 things that irritate ME about opposite/ same sex
day 19 : a picture of something you want to do before you die
day 20 : the meaning behind your blog name
day 21 : a photo of something that makes you happy
day 22 : a letter to someone who hurt you recently
day 23 : 15 facts about you
day 24 : a photo of something that means a lot to you
day 25 : who are you ?
day 26 : a photo of somewhere you want to go
day 27 : what kind of person attracts you?
day 28 : in this past month, what have you learn?
day 29 : something that you could never get tired of doing
day 30 : a photograph of yourself today + three good things that happened in the past 30 days.


So, apa tunggu lagi, siapa yang tengah bosan tu jom kita buat berjemaah. Kalau macam saya ni maybe ada lah skip hari sikit main tipu, maklum lah orang busy bebenau neh! Agak la.


Anyway, sejak dua menjak ni line internet cam haram sikit, bukan sikit, banyak! Nak loading satu page bukan main bertahun. So, paham-paham lah saya tak dapat nak blogwalking, maap yea! Nanti nanti line dah okay saya kembali.

Malam ni pun sempat terjah follower baru saya, thanks taw. Yang tinggal jejak kat shoutbox saya tak sempat sangat nak jenguk balik. Nanti nanti ye saya datang balik. Orang kata bila nak blogwalking tu biar lah time hati riang sikit, dapat komen sikit, jadi follower balik ke. Kalau hati tak tenang, dah la loading lambat, siap hari bulan terus tekan pangkah. Senang cerita.


Okay lepas ni entry pasal challenge ni pulak! ^_^

Thursday, January 13, 2011

Blogger gegarkan 'U'



Tengok header pun dah kenal siapa kan? Tipu kalau tak kenal. Kali ni saya nak try join segmen Ben Ashaari yang baru.

Mai mai budak-budak U join segmen ni. Tak susah, senang dan simple jer nak buat.


Belajar mana? Jurusan? Tahun?

Saya belajar kat UiTM Kampus Bandar Melaka atau lebih dikenali dengan KBM. Amik jurusan Business in Finance dan sekarang tahun akhir. Wehoo! InsyaAllah tahun ni saya grad dengan jaya nya! Tapi sekarang ni saya tengah praktikal, lagi 2 bulan tamat. yeah!


Asal mana? Umur?

Asal anak jati Selangor, yang beralamat di Petaling Jaya. Kalau nak cakap pasal umur semua tak pecaya saya dah 24 tahun ni. Okay fine! Jangan jeles ramai orang ingat umur saya muda mudi lagi. Muke sweet 17. Memang perasan!


Kenapa amik jurusan itu?

Bidang business memang saya minat sejak dari kecil lagi. Betul tak tipu! Saya memang minat kira-kira, Alhamdulillah saya dapat jurusan Finance tu memang happy tak terkira. Bukan senang dapat jurusan yang kita minat.


Cita cita?

Dah tentu lah saya nak ada business sendiri, insyaAllah. Tapi sebenarnya banyak lagi cita cita saya, ikut turutan la yea. Nak habis kan degree ni-Cari pekerjaan tetap-Kumpul duit banyak banyak-Kawen (dah tentu! hahaha)- Buka business sendiri-dan lain lain tu akan menyusul. ^_^


Ok done!

Wednesday, January 12, 2011

Rawatan alternative yang guna ikan bahaya!!

Saya dapat email ni dari siapa entah saya tak ingat. Just untuk info anda semua. Terkejut gak yea. Tak sangka, tak terfikir pun ada jugak. Baca jer la yea rakan rakan. Saya copy paste je dari email. ^_^



Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika.



So lepas ni kalau nak buat rawatan camni gigit-gigit la kaki sendiri. Takda lah dapat penyakit pelik-pelik dari orang lain. Kita pun rasa selamat. Yakin pada diri sendiri. Tak gitu?


Ingat yea! Kalau buat jugak, tanggung sendiri risiko. hehehe~

Tuesday, January 11, 2011

"Blog Aku, Bukan Privasi Lagi"

Actually saya kena tagged dengan Cik Jannah hijau kita ni. Lama rasanya saya tak kena tag. Almaklum la kan, orang jarang nak update.

Entry ni kira macam contest la jugak kan. Tak pernah pulak selama saya hidup ber-blogging saya masuk contest. Bukan tak berminat, cuma MALAS. Tau jer la perangai malas saya ni memang tak boleh nak dibuang sejak azali. Muahahaha~ Saya jujur, tak baik tipu tipu ni. ^_^

Ni tuan yang buat contest macam ni. Sila lah click click kat gambar bawah ni. Nak join pon boleh, mai mai jangan malu malu. Digalakkan pun ada. Wah! Tetiba pulak kan saya promote.


Jangan lupa click ya'll.



Syarat Yang Simple jer:


Describe Blog Anda

Nak yang simple yea? No problem! Simple memang saya suka. So tentang blog saya, yang saya rasa memang takda siapa pun yang tahu. Blog saya dah lama saya create, tahun 2006. Haa, jangan main main. Time tu tak ramai yang ber-blogging. Saya ber-blogging pun hanya suka suki jer, rasa cam nak try. Time awal-awal tu tak aktif pun, dah nama pun suka suki je kan.

Masuk tahun 2008 atau 2009 baru la bergiat aktif sikit, tu pun tak lama. Disebabkan penyakit saya yang MALAS, 2010 saya dah memang terus senyap dari ber-blogging. Now, 2011, insyaAllah saya nak aktif balik. Tapi tak tahu lah sampai bila. Takut hangat-hangat taik ayam jer la. Dah biasa! hahaha~

Dulu semangat nak hias bagai blog ni. Last last sekarang ni se-simple yang amat. Malas nak buat berat jer nak loading. Nanti orang pun malas nak view. Tak gitu?

Blog saya ni selalu nya tak tentu nak kelaur entry apa. Kalau ada idea, ada la entry. Kalau takda tu paham paham sendiri lah yea. Entry pun tak wujud. Kalau dah kering sangat idea tu memang saya wat review yang lapuk la. Memang tak up-to-date. Tapi saya tak kesah, asal ada entry cukup la nak puas kan diri sendiri.

Cukup lah kot setakat ni. Dah terlebih simple pulak kan. Over pulak!


Tagged 3 kawan

Abang ROJAK

Abang Alien

Akak Nadia

Sila sila, tapi tiada paksaan, saje nak tagged. Syarat tu. ^_^


Tarikh Tutup 5 February 2010 tau!!


Tamat sudah. Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...