Friday, January 21, 2011

30 Things in 30 Days Challenge....

Terjumpa pasal entry best ni kat blog Cik Epal. Cam menarik je bagi siapa yang rasa tertarik. Well, disebabkan saya takda idea untuk update blog, apa lah kata nya saya join je benda alah ni. Best tak best, belum cuba belum tau. ^_^


30 THINGS IN 30 DAYS CHALLENGE !

day 1 : your favorite song
day 2 : your favorite movie
day 3 : your idea for perfect first date
day 4 : your favorite photograph of your best friend
day 5 : a picture of something you want to do before you die
day 6: a photo of an animal you'd love to keep as a pet
day 7 : your dream wedding
day 8 : a song that match your mood
day 9 : a photo of the item you last purchased
day 10 : a photo of your favorite place to eat
day 11 : what's in your make up bag?
day 12 : your current relationship, if single discuss how single life is
day 13 : a picture of your favorite band or artist
day 14 : a tv show that you're currently addicted to
day 15 : something that you don't leave the house without
day 16 : a picture of someone who inspires you
day 17 : how you hope your future will be
day 18 : 5 things that irritate ME about opposite/ same sex
day 19 : a picture of something you want to do before you die
day 20 : the meaning behind your blog name
day 21 : a photo of something that makes you happy
day 22 : a letter to someone who hurt you recently
day 23 : 15 facts about you
day 24 : a photo of something that means a lot to you
day 25 : who are you ?
day 26 : a photo of somewhere you want to go
day 27 : what kind of person attracts you?
day 28 : in this past month, what have you learn?
day 29 : something that you could never get tired of doing
day 30 : a photograph of yourself today + three good things that happened in the past 30 days.


So, apa tunggu lagi, siapa yang tengah bosan tu jom kita buat berjemaah. Kalau macam saya ni maybe ada lah skip hari sikit main tipu, maklum lah orang busy bebenau neh! Agak la.


Anyway, sejak dua menjak ni line internet cam haram sikit, bukan sikit, banyak! Nak loading satu page bukan main bertahun. So, paham-paham lah saya tak dapat nak blogwalking, maap yea! Nanti nanti line dah okay saya kembali.

Malam ni pun sempat terjah follower baru saya, thanks taw. Yang tinggal jejak kat shoutbox saya tak sempat sangat nak jenguk balik. Nanti nanti ye saya datang balik. Orang kata bila nak blogwalking tu biar lah time hati riang sikit, dapat komen sikit, jadi follower balik ke. Kalau hati tak tenang, dah la loading lambat, siap hari bulan terus tekan pangkah. Senang cerita.


Okay lepas ni entry pasal challenge ni pulak! ^_^

Thursday, January 13, 2011

Blogger gegarkan 'U'



Tengok header pun dah kenal siapa kan? Tipu kalau tak kenal. Kali ni saya nak try join segmen Ben Ashaari yang baru.

Mai mai budak-budak U join segmen ni. Tak susah, senang dan simple jer nak buat.


Belajar mana? Jurusan? Tahun?

Saya belajar kat UiTM Kampus Bandar Melaka atau lebih dikenali dengan KBM. Amik jurusan Business in Finance dan sekarang tahun akhir. Wehoo! InsyaAllah tahun ni saya grad dengan jaya nya! Tapi sekarang ni saya tengah praktikal, lagi 2 bulan tamat. yeah!


Asal mana? Umur?

Asal anak jati Selangor, yang beralamat di Petaling Jaya. Kalau nak cakap pasal umur semua tak pecaya saya dah 24 tahun ni. Okay fine! Jangan jeles ramai orang ingat umur saya muda mudi lagi. Muke sweet 17. Memang perasan!


Kenapa amik jurusan itu?

Bidang business memang saya minat sejak dari kecil lagi. Betul tak tipu! Saya memang minat kira-kira, Alhamdulillah saya dapat jurusan Finance tu memang happy tak terkira. Bukan senang dapat jurusan yang kita minat.


Cita cita?

Dah tentu lah saya nak ada business sendiri, insyaAllah. Tapi sebenarnya banyak lagi cita cita saya, ikut turutan la yea. Nak habis kan degree ni-Cari pekerjaan tetap-Kumpul duit banyak banyak-Kawen (dah tentu! hahaha)- Buka business sendiri-dan lain lain tu akan menyusul. ^_^


Ok done!

Maksud mimpi yang tersirat, boleh percaya ke?


sumber Google



Persoalan ni selalu dan kebanyakan nya lah kan orang akan fikir, betul ke kalau kita mimpi sekian sekian nanti akan jadi sekian sekian kat realiti? Pendapat saya, benda ni semua mainan mimpi jer semata mata. Tiada kaitan sangat lah dengan realiti kehidupan kita. Yeke? Yelah cik abang dan cik adik sekalian.

Antara nak percaya atau tak lah kan. Kalau benda nak jadi tu, semua ketentuan Tuhan. dan Allah nak bagi kau mimpi sekian sekian, nak wat macam mana. Kalau dah tertulis sejak azali lagi, kau nak mimpi apa pun lantak la, benda akan berlaku pun redha jer la. Dah itu perjalanan hidup kau. Betul tak?


Kalau nak cerita pasal mimpi ni, macam-macam mimpi ada. Selalu nya orang cakap, orang cakap yea bukan saya cakap. Kalau mimpi gigi patah petanda ahli keluarga atau orang yang dikenali akan meninggal. Siapa ada pengalaman macam ni, angkat tangan! Ok cukup!

Meh saya nak story pasal saya pernah mimpi benda yang sama berulang kali. Pernah suatu ketika dahulu, cewah! Ada lah saya mimpi gigi patah, saya taknak la fikir sangat pasal ada orang akan meninggal atau tak. Selang beberapa hari entah, saya tak ingat, lama dah kot, kawan baik saya sendiri meninggal. Kawan baik weh! Tengok entry neh. CLICK CLICK

Bila fikir kan balik pasal mimpi saya tu, antara nak percaya atau tak. Tapi saya fikir positif, kebetulan dan dah memang ajal arwah kan. Saya terima dengan redha. Mana tak sedih weh! Makan masa berbulan kot nak lupa. Ok cukup! Sedih pulak tetiba.


Itu baru satu, banyak kali jugak la saya mimpi benda yang sama dan berlaku jugak. Tiap kali saya mimpi benda yang sama, saya just doa jer lah takda apa-apa yang berlaku. Tak nak dah kehilangan orang-orang yang saya sayang. Sedih weh, tak sanggup!

Ni hasil saya google pasal tafsir mimpi. Buat lah kesimpulan sendiri yea. Lain orang lain pendapat.


Tafsir mimpi menurut Islam

Yang ni dalam bentuk PDF


Cukup kot link yang saya bagi, anda baca, anda buat kesimpulan sendiri. Kalau nak tau lebih lanjut, tanya yang lebih pakar yea!

Wednesday, January 12, 2011

Jom makan Kenny Rogers FREE!!




Just for info ya'll. Jom makan Kenny BUY 1 FREE 1.

Hari ini 12 January 2011 SAHAJA! Cepat cepat makan kenny.

Syarat just pakai apa sahaja berwarna MERAH. Easy kan. ^_^


Jom makan malam ni!! Harus lah excited. Last year tak dapat makan time hari merah merah ni. This year WAJIB. hahaha~


Makan free harus lah laju kan. Tipu siapa yang tak berminat tu.

Rawatan alternative yang guna ikan bahaya!!

Saya dapat email ni dari siapa entah saya tak ingat. Just untuk info anda semua. Terkejut gak yea. Tak sangka, tak terfikir pun ada jugak. Baca jer la yea rakan rakan. Saya copy paste je dari email. ^_^



Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.

Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”

Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”

Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.

Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.

Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika.



So lepas ni kalau nak buat rawatan camni gigit-gigit la kaki sendiri. Takda lah dapat penyakit pelik-pelik dari orang lain. Kita pun rasa selamat. Yakin pada diri sendiri. Tak gitu?


Ingat yea! Kalau buat jugak, tanggung sendiri risiko. hehehe~

Tuesday, January 11, 2011

"Blog Aku, Bukan Privasi Lagi"

Actually saya kena tagged dengan Cik Jannah hijau kita ni. Lama rasanya saya tak kena tag. Almaklum la kan, orang jarang nak update.

Entry ni kira macam contest la jugak kan. Tak pernah pulak selama saya hidup ber-blogging saya masuk contest. Bukan tak berminat, cuma MALAS. Tau jer la perangai malas saya ni memang tak boleh nak dibuang sejak azali. Muahahaha~ Saya jujur, tak baik tipu tipu ni. ^_^

Ni tuan yang buat contest macam ni. Sila lah click click kat gambar bawah ni. Nak join pon boleh, mai mai jangan malu malu. Digalakkan pun ada. Wah! Tetiba pulak kan saya promote.


Jangan lupa click ya'll.



Syarat Yang Simple jer:


Describe Blog Anda

Nak yang simple yea? No problem! Simple memang saya suka. So tentang blog saya, yang saya rasa memang takda siapa pun yang tahu. Blog saya dah lama saya create, tahun 2006. Haa, jangan main main. Time tu tak ramai yang ber-blogging. Saya ber-blogging pun hanya suka suki jer, rasa cam nak try. Time awal-awal tu tak aktif pun, dah nama pun suka suki je kan.

Masuk tahun 2008 atau 2009 baru la bergiat aktif sikit, tu pun tak lama. Disebabkan penyakit saya yang MALAS, 2010 saya dah memang terus senyap dari ber-blogging. Now, 2011, insyaAllah saya nak aktif balik. Tapi tak tahu lah sampai bila. Takut hangat-hangat taik ayam jer la. Dah biasa! hahaha~

Dulu semangat nak hias bagai blog ni. Last last sekarang ni se-simple yang amat. Malas nak buat berat jer nak loading. Nanti orang pun malas nak view. Tak gitu?

Blog saya ni selalu nya tak tentu nak kelaur entry apa. Kalau ada idea, ada la entry. Kalau takda tu paham paham sendiri lah yea. Entry pun tak wujud. Kalau dah kering sangat idea tu memang saya wat review yang lapuk la. Memang tak up-to-date. Tapi saya tak kesah, asal ada entry cukup la nak puas kan diri sendiri.

Cukup lah kot setakat ni. Dah terlebih simple pulak kan. Over pulak!


Tagged 3 kawan

Abang ROJAK

Abang Alien

Akak Nadia

Sila sila, tapi tiada paksaan, saje nak tagged. Syarat tu. ^_^


Tarikh Tutup 5 February 2010 tau!!


Tamat sudah. Bye!

Saturday, January 8, 2011

Review 2010 yang agak lapuk

hello ya'll, i'm back again. Kali ni dengan review tahun 2010. Ulang lagi sekali, TAHUN 2010 yea kawan-kawan. Disebabkan tahun 2010 adalah tahun sangat paling kurang saya buat entry. Ayat cam berterabur je. Ok takpa, sila abaikan. Dah lama tak buat entry, so ayat memang tak boleh blah punye! Just 20 entry untuk tahun 2010, nampak sangat kan malas nak update.

Bukan malas apa lah kan, cuma agak busy dengan segala bagai, study la, kerja la. Konon je tu sebenarnya, padahal boleh je berjimba sakan kan hari-hari. hahaha~ MALAS memang alasan utama okay. Sekian terima kasih.

Ok, back to basic, nak buat review bukan nak melalut bagai. Kalau sebelum ni, saya ada buat preview untuk tahun 2008, tapi 2009 pulak takda kan. Alasan cam biasa, malas. hahaha. Nak ikut review ikut bulan tak dapat lah cheq, sebab kena banyak perah otak nak ingat balik semua. Banyak bai, abis nanti otak saya terputus urat. Just buat overall je la yea. ^_^



REVIEW 2010


Kalau nak cerita semuanya mau amik masa sampai 7 hari 7 malam untuk cerita setahun. Saya just tulis apa yang saya ingat la yea. Mak ni memang pelupa sangat nyah, maklumlah suka makan kepala ikan ngan minum air sirap semut. OK cukup! Kembali ke tajuk asal, tak abis-abis lari tajuk.


Untuk makluman semua, (cewah kau, dah macam buat karangan) tahun ni memang tahun terbaik punya untuk saya. Nak tahu sebab apa? Pembuka tahun 2010 je dah saat bahagia untuk saya, sebab kekasih lama telah kembali. wehoo! My first love, and last, hope so insyaAllah. Jodoh kami berdua masih ada dan kekal sampai sekarang. Alhamdulillah kami bahagia. Wah! Seronok kau yea. Of course la seronok ye tak?



Tahun 2010 jugak la macam-macam perangai orang, kawan dan makhluk seangkatan dengannya yang saya jumpa. Aktiviti berjimba paling banyak tahun 2010 ni, macam-macam aktiviti kitorang buat. Dengan kawan-kawan, family dan juga kekasih hati.


Aktiviti dengan kawan-kawan, hiking Gunung Dato' kat Rembau. Hiking pagi-pagi buta, nak tengok matahari terbit punya pasal. Memang seriau la suasana gelap dalam hutan, dah la just 3 orang perempuan, dan yang lain semua lelaki. Memang terbaik dari ladang.



Then mandi manda kat A'famosa bersama kekasih hati dan juga kawan-kawan.




Tak lupa juga ke Melaka WOnderland.



Cousin tersayang pulak bertunang dan juga nikah. Harus la lain tarikh yea.


Ni time tunang bulan April.



Ni time nikah bulan Oktober. Sanding nya belum lagi, kira cam nikah gantung la. Sanding bulan 2 nanti insyaAllah.


Pergi berjimba kat Genting pulak, ni memang harus every year okay!



Then holiday ke Langkawi pulak. Holiday last minit yang sempoi. Kira cam destinasi bajet kitorang la. Memang bajet abis lah!



Then tak puas holiday, pegi Pangkor pulak bersama 1 kelas yea. Memang the best la BBAF5C time ni. Sempoi!!



Raya pulak, harus la tepek gambar raya family. =p



Tahun 2010, memang tahun busy dengan event bagai. Buat event Azizi Ali yang tergempar, sebab apa? Harus lah yang pegi je taw. Ahahaha.


Bergambar dengan Azizi Ali ngan Dato' Mizan tau. Jangan jeles yea! Yang UiTM Melaka Bandar or Lendu harus kenal Dato' Mizan, pengarah kampus, kalau tak kenal dah wajib buat surat berhenti belajar yea. Azizi Ali ni kalau siapa yang tak kenal, beliau ni la jutawan kat Malaysia, jutawan hartanah rasanya.



Kelas BBAF5C sebagai organizer event ni. Semua pakai baju purple taw! Yang perempuan siap tempah baju sama masing-masing, yang lelaki kemeja purple dengan blazer. Smart!



Then tak lupa ada PGL (Pre Graduation Lunch) untuk kami yang last sem di UiTM KBM. Bukan last sangat pun, ada lagi praktikal yaw!



Last aktiviti penutup untuk 2010 pergi Penang untuk pertunangan Baie dan Liza, merangkap bakal abang ipar. Giler poyo kan? pergi ramai-ramai dengan keluarga kekasih hati, harus lah kan. Bunyi macam nak kena sepak je kan kan?


OK, yang tengah dua orang tu memang poyo! Masing-masing kena suruh main pandang-pandang jeling-jeling. Cam gedik pulak bunyi.



Dah alang-alang kat Penang, aktiviti wajib ronda-ronda lah. Yang paling terbaik nasi kandar kari kepala ikan Line Clear. Habis licin pinggan semua orang makan. Sedap bai!


Nak kira memang banyak lagi aktiviti, tapi nak tepek suma gambar memang melampau la buat penuh je dengan gambar kat entry ni. Setakat ni je termampu nak perah otak review benda yang lepas-lepas. Nampak sangat kan tak banyak fikir. Tapi ok apa, dari kontot semacam je review nya kan.


Ok guys, ini sahaja entry lapuk dari saya. Semoga ketemu lagi yaw! Entah bila pulak nak update, doa-doa lah saya makin rajin yea. Nanti saya lawat blog kalian semua yea, insyaAllah. Ketemu lagi, bye!


P/S: Saya buat entry ni tengah malam sampai terlelap jugak lah depan laptop. Tutup laptop, terus tidur, then sambung pagi esok nya. Boleh pulak kan!

Thursday, December 23, 2010

Welcome Back to ME!!

Lama betol saya tak ber-blogging ni. Kesian kat incik blog saya ni, bukan setakat dah bersawang, bersepah bagai dah. adoi mak ai! Ape dah jadi ni? Tetibe tunggang langgang bile dah lama kena tinggal.

Sorry la yea. Komitmen makin banyak ni sampai takda peluang nak update bagai. Follower pon dah banyak lari agaknya. Saya pon dah lama tak jenguk blog kalian semua kan.


Its okay. Sekarang saya cam dah dapat semangat nak update. Tapi jangan hangat-hangat tahi ayam pulak. Biasa la tu kalau mula-mula excited bagai nak rak, last last biar camtu je. cis cis!!



So, my blog is now UNDER RENOVATION. Nak baiki mane yang patut, nak tukar layout bagai, nak susun balik benda yang berterabur cam tongkang pecah. Saya sendiri pon tak sanggup nak tengok. BURUK LA Ooi Ooi..!!


Sementara banyak masa terluang ni boleh la nak update blog ni, yela kan sekarang tengah buat praktikal, masa terluang tu tak tentu sangat. Time ada kerja memang berlambak, time takda kerja tu boleh main kejar-kejar dah. Ok tu tipu!


Akan ku kembali update bersama entry BARU yaww!



^_^

Thursday, July 1, 2010

Kenangan AJIS



Kembalinya saya semula di sini setelah sekian lama menyepi. Busy kerja, so memang tak dapat nak update blog ni. Setelah sebulan kerja akhirnya tamat sudah service saya bersama AJIS dan I-Line.


So, now nak story sikit pasal kerja saya ni. Ramai tanya kerja apa malam-malam buta time orang semua tidur? Kadang-kadang malas nak explain panjang lebar, sebab orang tak paham-paham gak. haish!

Saya kerja di recruit oleh agent company I-Line untuk bekerja di bawah AJIS (All Japanese Inventory Service). Kerja nya simple je, takda la susah mana, cuma kena pandai kira 123, memang semua la pandai kan. 1st syarat perlu pergi training di company AJIS selama 2 hari. Dah settle training baru kami diambil bekerja oleh AJIS.

Kerja start 31 May lepas, selama 1 bulan contract kerja untuk Jusco. Just kira stock je pun untuk Jusco, as simple as 123 yaw! Kerja malam, balik pagi, tidur siang, malam gi kerja balik. Dah jadi kelawar pulak malam-malam kerja.



Tapi kerja ni takda la stress pun, enjoy habes lah! Dapat kenal ramai kawan baru, semua orang memang best. So, kami kerja ni ada team sendiri, dari awal sampai habes team sama, saya under Team Q, memang terbaik ah! Team Leader (TL) kami Black. Gelap betul masa depan kitorang. hahaha~ Dalam Team Q ada 12 orang. Tapi ada jugak la keluar masuk team member @ table tacker @ stoctacking member (TT).

TT Team Q - saya sendiri (Azyan@nenek), Fadzleen (Askar), Zaf (Iera), Faz, Liya (Juliet), Ummi (Mek), Ali (Orang tua), Zharif (Mop), Aizad, Arif, Faizal (Mickey) dan Akim (Abe). 6 lelaki dan 6 perempuan. Korang semua da best la wa cakap sama lu.


Sepanjang kerja ni memang enjoy habes lah, kerja merata Jusco. 1st week kerja area Cheras, Puchong dan Klang. 2nd week area Kajang, Bukit Tinggi, Seremban, Ipoh dan Penang. 3rd week ke Melaka dan Johor pula dan last week area KL dan PJ sahaja. Memang merantau habes lah. Tu yang seronok, tapi bukan dapat holiday pun. Yela kan, dah malam kerja, siang mesti nak rest tidur je, kalau tak malam tu memang layu lah time kerja.

Ayat sebelum mula kerja, "attach!!". Kena pakai mesin, siap sedia untuk kira stock. Ayat time kerja, "break!!", ayat yang ditunggu-tunggu, time untuk break setengah jam. Rindu habes nak dengar ayat tu semua lagi.




Memang banyak sangat kenangan dengan diorang semua. Baru kenal pun kitorang dah cam bertahun kenal, memang rapat sangat dah. Mula-mula semua cam malu-malu je (konon la sangat), dah lama-lama, semua cam hampeh je perangai, suka sakat orang. Tapi benda tu lah yang buat jadi enjoy time kerja.

Kenangan 'hempas file atas jalan depan bas' paling tak boleh lupe. Saksi kejadian sila ingat tragedi ni sampai bila-bila okay! Memang stylo habis lah!

Kepada sesiapa yang selalu kena carutan saya tu sepanjang kerja mintak maap la yea. Mulut ni tak boleh nak cover lagi. Yang kena cubit, tarik rambut, kena sepak kat kaki, sorry la yea, aku memang sengaja wat camtu, dah korang yang mintak aku wat camtu kan. Yang ada rahsia aku tu, diam-diam sudey! hahaha.

GILER WEH! AKU RINDU KORANG SEMUA KOT!!





Hope untuk bulan 11 ni punya kerja dapat join. Kalau praktikal tak start lagi dapat la join, kalau la dapat job lagi. ^_^

Korang yang kerja dengan AJIS, keep in touch k! Ada gath jangan lupe invite.


XOXO,

Monday, June 7, 2010

Kerja part time...

Akhirnya tercapai juga lah impian saya nak kerja part time masa cuti sem kali ni. Yang ni betol-betol kerja lah. Dah macam burung hantu. Malam kerja, siang tido. Memang terbaik ah.


So, disebabkan dah mula kerja seminggu lebih ni, tak dapat lah nak update blog. Memang tak dapat pon, takda masa langsung. Pergi kerja pukul 8pm, kerja merata tempat, balik kerja paling awal pun pukul 7am habis. Balik kerja je mesti lah nak tido, bangun tido pulak entah pukul berapa, terus siap nak gi kerja balik. Takda life betol camtu!


Cuti pun hari ahad, tu je time nak berehat habis, tapi kalau gatal kaki tu keluar gak walau tak tido semalaman. Lepas tu start lah nak sakit, haish! Sebulan je kerja ni, so takda la terasa sangat.

Kerja hari-hari merata tempat, kerja kira stock, perlu lah camtu. So, this week akan ke Seremban, Ipoh dan Penang. Next week pulak akan ke Johor selama 4 hari. Terbaik lah! Bukan dapat berjalan pun kalau dah malam kerja, siang tido.


Tapi ok lah camtu kalau gaji masyuk. Nak gi holiday nye pasal, sanggup ah kerja macam tu. Tapi memang seronok kerja macam ni, dapat kenal ramai kawan baru, dapat environment baru, kalau dah hari-hari kerja tempat lain-lain.

Mula-mula kerja, penat nya bukan main lagi, dah macam kerja buruh. Bila dah lebih kurang 2 atau 3 hari tu dah tak rasa sangat, enjoy pulak kerja macam ni. Yelah, mula-mula nak biasa kan diri memang susah, dah lama-lama tu dah sebati pulak.


So, pada kawan-kawan saya yang tak dapat berjumpa pada cuti kali ni dan tak dapat join aktiviti korang, aku mintak maaf banyak-banyak eh. Memang tak dapat. Lain kali aku free, aku join korang taw. =P

Last kerja 28hb June, so ada masa kurang seminggu tu nak gi bercuti. Insyaallah kalau takda apa-apa halangan. 5hb Julai dah start claz pula, bermula kembali hari-hari busy sebagai seorang pelajar (konon je~).


Akan saya update blog bila tibanya masa senang saya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...