hari ini sesi buat kek! yey! berjaya wat cupcakes taw. malam tadi la buat, dah malam gatal baru nak buat. petang keje nya melepak je kat depan laptop. tapi atleast ada juga hasilnya. hee~ ^_^
resipi sebenarnya main campur je 2 resipi. hasilnya boleh tahan la. nasib baik jadi, kalau tak jadi malu jek. hahahaha.
**mari belajar buat cupcakes**
CHOCOLATE CUPCAKESBahan-bahan:300g tepung gandum
1 cawan gula custor (yg ni x brapa manis-kalau nak manis 350g gula pun boleh)
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan butter
2 sudu kecik esen vanilla
1 1/2 cawan susu segar
2 biji telur
150g coklat masakan
Cara-cara:1. ayak tepung dulu ngan soda bikarbonat tu.

2. dalam bekas lain campurkan telur ngan gula. kacau sampai sebati (x perlu kembang)

3. coklat tu dipotong dadu, kalau nak parut pun boleh (ikut kerajinan masing2). pastu dicairkan ngan butter, kacau sampai sebati. (guna kaedah double boiler eh-kalau xtau tanya pakar masakan)-tengok la contoh bawah neh!

4. pastu masuk coklat yang dah masak tadi dalam bekas yang ada telur tu. kacau sampai rata ye. masuk kan esen vanilla sekali.
5. campurkan tepung dan susu sedikit-sedikit (kalau x sabar masuk je semua) ke dalam bekas yang isi coklat ngan telur tadi. gaul guna kaedah kaup balik (xtau la camne). tapi guna je mesin pengacau tu abis cerita. hahaha.
ni hasil yang dicampur semua bahan tadi dan gaul sampai sebati. xtau la kenapa cair. dah nama resipi bantai sahaja. hahaha.
6. tuang dalam acuan. letak half je jangan sampai penuh cup lak. pastu bakar selama 15 hingga 20 minit. xpun ikut la dah masak ke belum.
bila dah masak ini lah hasilnya. jeng jeng jeng!!
cantik x rupa? rasa boleh la kot untuk beginner cam saya. hehehe~
ingat nak letak icing cantik2 kat atas nya, tapi hasil kembangnya sampai xde space lak nak letak. so, biar je la kosong camtu. nak bagi orang sebenarnya, nampak tak menarik lak kosong.
cup ni tinggi sikit, kalau nak dapat hasil yang banyak, cari lah cup yang comel2 eh.
sekian sahaja tutorial kita pada kali ini. cey! cam chef pulak. poyo je lebih neh. try la kalau siapa yang tengah bosan cam saya ni. ^_^p/s: nanti nak buat kek batik cam dulu ag la. lama tak buat. settle sudah agenda ke-2 yang dah pending berkurun lama. pasni oreo cheese cake xtau bila dapat buat.(ouh sila lihat entry ini!)