Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Review 2010 yang agak lapuk

hello ya'll, i'm back again. Kali ni dengan review tahun 2010. Ulang lagi sekali, TAHUN 2010 yea kawan-kawan. Disebabkan tahun 2010 adalah tahun sangat paling kurang saya buat entry. Ayat cam berterabur je. Ok takpa, sila abaikan. Dah lama tak buat entry, so ayat memang tak boleh blah punye! Just 20 entry untuk tahun 2010, nampak sangat kan malas nak update.

Bukan malas apa lah kan, cuma agak busy dengan segala bagai, study la, kerja la. Konon je tu sebenarnya, padahal boleh je berjimba sakan kan hari-hari. hahaha~ MALAS memang alasan utama okay. Sekian terima kasih.

Ok, back to basic, nak buat review bukan nak melalut bagai. Kalau sebelum ni, saya ada buat preview untuk tahun 2008, tapi 2009 pulak takda kan. Alasan cam biasa, malas. hahaha. Nak ikut review ikut bulan tak dapat lah cheq, sebab kena banyak perah otak nak ingat balik semua. Banyak bai, abis nanti otak saya terputus urat. Just buat overall je la yea. ^_^



REVIEW 2010


Kalau nak cerita semuanya mau amik masa sampai 7 hari 7 malam untuk cerita setahun. Saya just tulis apa yang saya ingat la yea. Mak ni memang pelupa sangat nyah, maklumlah suka makan kepala ikan ngan minum air sirap semut. OK cukup! Kembali ke tajuk asal, tak abis-abis lari tajuk.


Untuk makluman semua, (cewah kau, dah macam buat karangan) tahun ni memang tahun terbaik punya untuk saya. Nak tahu sebab apa? Pembuka tahun 2010 je dah saat bahagia untuk saya, sebab kekasih lama telah kembali. wehoo! My first love, and last, hope so insyaAllah. Jodoh kami berdua masih ada dan kekal sampai sekarang. Alhamdulillah kami bahagia. Wah! Seronok kau yea. Of course la seronok ye tak?



Tahun 2010 jugak la macam-macam perangai orang, kawan dan makhluk seangkatan dengannya yang saya jumpa. Aktiviti berjimba paling banyak tahun 2010 ni, macam-macam aktiviti kitorang buat. Dengan kawan-kawan, family dan juga kekasih hati.


Aktiviti dengan kawan-kawan, hiking Gunung Dato' kat Rembau. Hiking pagi-pagi buta, nak tengok matahari terbit punya pasal. Memang seriau la suasana gelap dalam hutan, dah la just 3 orang perempuan, dan yang lain semua lelaki. Memang terbaik dari ladang.



Then mandi manda kat A'famosa bersama kekasih hati dan juga kawan-kawan.




Tak lupa juga ke Melaka WOnderland.



Cousin tersayang pulak bertunang dan juga nikah. Harus la lain tarikh yea.


Ni time tunang bulan April.



Ni time nikah bulan Oktober. Sanding nya belum lagi, kira cam nikah gantung la. Sanding bulan 2 nanti insyaAllah.


Pergi berjimba kat Genting pulak, ni memang harus every year okay!



Then holiday ke Langkawi pulak. Holiday last minit yang sempoi. Kira cam destinasi bajet kitorang la. Memang bajet abis lah!



Then tak puas holiday, pegi Pangkor pulak bersama 1 kelas yea. Memang the best la BBAF5C time ni. Sempoi!!



Raya pulak, harus la tepek gambar raya family. =p



Tahun 2010, memang tahun busy dengan event bagai. Buat event Azizi Ali yang tergempar, sebab apa? Harus lah yang pegi je taw. Ahahaha.


Bergambar dengan Azizi Ali ngan Dato' Mizan tau. Jangan jeles yea! Yang UiTM Melaka Bandar or Lendu harus kenal Dato' Mizan, pengarah kampus, kalau tak kenal dah wajib buat surat berhenti belajar yea. Azizi Ali ni kalau siapa yang tak kenal, beliau ni la jutawan kat Malaysia, jutawan hartanah rasanya.



Kelas BBAF5C sebagai organizer event ni. Semua pakai baju purple taw! Yang perempuan siap tempah baju sama masing-masing, yang lelaki kemeja purple dengan blazer. Smart!



Then tak lupa ada PGL (Pre Graduation Lunch) untuk kami yang last sem di UiTM KBM. Bukan last sangat pun, ada lagi praktikal yaw!



Last aktiviti penutup untuk 2010 pergi Penang untuk pertunangan Baie dan Liza, merangkap bakal abang ipar. Giler poyo kan? pergi ramai-ramai dengan keluarga kekasih hati, harus lah kan. Bunyi macam nak kena sepak je kan kan?


OK, yang tengah dua orang tu memang poyo! Masing-masing kena suruh main pandang-pandang jeling-jeling. Cam gedik pulak bunyi.



Dah alang-alang kat Penang, aktiviti wajib ronda-ronda lah. Yang paling terbaik nasi kandar kari kepala ikan Line Clear. Habis licin pinggan semua orang makan. Sedap bai!


Nak kira memang banyak lagi aktiviti, tapi nak tepek suma gambar memang melampau la buat penuh je dengan gambar kat entry ni. Setakat ni je termampu nak perah otak review benda yang lepas-lepas. Nampak sangat kan tak banyak fikir. Tapi ok apa, dari kontot semacam je review nya kan.


Ok guys, ini sahaja entry lapuk dari saya. Semoga ketemu lagi yaw! Entah bila pulak nak update, doa-doa lah saya makin rajin yea. Nanti saya lawat blog kalian semua yea, insyaAllah. Ketemu lagi, bye!


P/S: Saya buat entry ni tengah malam sampai terlelap jugak lah depan laptop. Tutup laptop, terus tidur, then sambung pagi esok nya. Boleh pulak kan!

Tuesday, May 25, 2010

I Miss You

Love them and miss them a lot!




My Other Half


My Family


My Bestfriends







I just miss all of them~

Missed all those sweet memories together.

^_^



Friday, March 26, 2010

What goes around, comes around



"What goes around, will comes around"


saya suka pepatah ini. tapi memang betul pun. setiap perkara buruk yang kita lakukan, akan terjadi balik kat batang hidung kita sendiri.

Tuhan sekarang bayar cash je pada siapa yang buat jahat.

kau anaiya orang pun, Tuhan balas balik kat kau. kau jangan ingat kau boleh lepas. doa orang yang teranaiya memang Tuhan akan makbulkan.


once, memang saya pernah terasa diri ini teranaiya. biar Tuhan je balas apa yang pernah makluk Tuhan tu buat kat saya. untuk memaafkan kesalahan orang memang susah untuk saya. yes! saya memang seorang pendendam.

"kau pernah buat taik ngan aku, jangan harap aku maaf kan. mungkin aku tak pernah doakan buruk-buruk untuk kau, tapi aku cuma doakan kau dapat balasan setimpal ngan apa yang kau dah buat kat aku. aku doakan kau dapat balik apa yang kau dah buat."


bunyi cam kejam, tapi kejam lagi kalau fikirkan apa yang pernah seseorang tu buat jahat kat kita. manusia sekarang nampak je baik, tapi hati dia, hanya Tuhan je tahu.

susah kita nak percaya pada orang sekarang. kalau kawan baik sendiri boleh wat taik ngan kita, ini kan pula orang biasa je. lagi lah haram tak boleh nak percaya.


fikir-fikir kan lah. jangan cuba untuk anaiya orang. cuba kalau benda yang terjadi tu kena kat batang hidung sendiri, macam mana rasa agak nya? mesti sakit kan??


kalau orang tu takda perasaan, gi MAM la. mungkin orang tu sendiri belum sedar diri lagi, atau mungkin hati dia dah derma kat orang lain. mungkin! siapa yang tahu kan.


setiap yang terjadi ada pengajaran nya. terpulang pada individu untuk jadikan ia sebagai pengajaran hidup atau sebagai platfom untuk terus jalan kehadapan.


Friday, March 19, 2010

Pengajaran Hidup


1. Jangan mudah percaya pada orang yang baru anda kenali.

2. Jauhi berkawan dengan orang yang suka "berdrama". Mereka memang tak jujur.

3. Belajar dari kesilapan, jangan diulangi kesalahan yang sama berulang kali.

4. Jangan mengganggu kehidupan peribadi orang lain jika anda tiada kaitan langsung dengan orang tersebut.

5. Hidup lah secara aman, jangan ada sebarang hasad dengki sesama manusia.

6. Pelajari lah sesuatu yang baru, anda mungkin akan bertambah pengetahuan.

7. Belajar mencintai diri sendiri sebelum anda mencintai orang lain.

8. Jangan sesekali menyakiti hati orang lain, kelak diri anda akan disakiti.

9. Kurangkan membuat jahat (kalau boleh tak payah buat langsung), tingkatkan amalan, berbaktilah pada diri sendiri dan keluarga, nesacaya hidup anda bahagia.

10. Sayangilah diri anda sendiri, keluarga, rakan taulan dan orang di sekeliling.

11. Sayangilah ilmu pengetahuan, ilmu itu penting.

12. Jangan sombong!!

13. Hidup dengan matlamat, nescaya anda akan peroleh kejayaan.

Wednesday, March 17, 2010

Datang Kembali


Orang kata cinta itu datang dan pergi. Memang betul pun. Kadang-kadang macam ikut musim pulak. Ada gak buat cam bertukar-tukar pakaian. Itu bukan cinta, itu dusta.

Kalau kita kehilangan orang yang kita sayang, just let it go. Mungkin suatu hari nanti dia akan datang kembali. Tak siapa tahu kan. Kalau ada jodoh tak kemana. Kalau betul lah dia datang kembali kat kita, memang dia milik kita. Kalau tak, memang dia bukan untuk kita.


Cinta ni datang nya dari sayang. Kalau tak sayang macam mana nak cintakan orang tu kan. Bila kita kenal seseorang tu, lama kelamaan datangnya rasa sayang. Bila dia layan baik dengan kita, siapa yang tak sayang kan?

Kita kena lah kenal hati budi orang yang kita sayang tu. Kadang-kadang kita memang tak boleh nak jangka apa yang jadi kat masa depan kita. Kita gak tak kan tahu samada dia lah orang yang betul untuk kita atau pun tidak.


Apa yang kita boleh buat hanya serah kan semuanya pada takdir. Tuhan yang menentukan segalanya. Kita hanya boleh merancang tapi tuhan yang menentukan.

Kita berhak untuk jadi seorang yang memilih. Kalau tak jadi orang yang memilih, yang jenis tangkap muat je memang takkan menjadi lah. Tapi jangan terlalu memilih sangat. Kita kena ingat, diri kita sendiri tak sempurna, tak mungkin kita akan dapat orang yang terlalu sempurna.


"Sayangi lah dan hargai lah orang yang ada di depan mata kita. Sayang dia seadanya, sepertimana dia sayang pada kita."


Data - Cintaku Yang Terakhir




Lagu saya tuju khas untuk seseorang dalam hidup saya. Terima Kasih atas segalanya. ^_^

Monday, March 15, 2010

Kata Hati




"rindu pada dia,
rindu pada kawan-kawan,
rindu pada kalian,
rindu pada mereka,
rindu pada sesiapa yang berkenaan"


"rindu zaman kanak-kanak,
rindu zaman sekolah,
rindu time muda remaja,
rindu untuk meningkat dewasa"



^_^

Thursday, November 26, 2009

Rintihan Hati Batu



apa yang aku perlukan
aku berharap kau penuhi
apa yang aku inginkan
cuma kau dihati

bila aku kata sayang
kau kata benci
bila aku kata pergi
kau kata kembali

bila kau perlu
kau mencariku
bila kau susah
kau juga mencariku

pabila kau senang
kau melupakan aku
bila kau gembira
kau langsung tak ingat padaku

apa yang aku perlu hanya kau disisiku
tapi kau tak pernah mengerti semua itu
hanya kau tahu perasaan kau yang ilusi itu

kau tak pernah lawan kata-kata itu
kau ikutkan sahaja perasaan kau itu
kau lupakan janji kau dahulu
kau memang palsu

kau yang mulakan semua itu
aku mula benci pada kau
benci pada kau
benci pada kau
pergi kau dari duniaku
pergi jauh dari hidupku
dan akhirnya aku termenung sendiri

p/s: hanya sandaran...

Saturday, November 21, 2009

Kisah 4 LILIN


Ada 4 lilin yang menyala, sedikit demi sedikit habis meleleh. Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Lilin yang PERTAMA berkata : "Aku adalah DAMAI, namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku shaja!" demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.

Lilin yang KEDUA berkata : "Aku adalah IMAN, sayang aku tak berguna lagi. Manusia tak mahu mengenali aku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala." begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih lilin KETIGA berbicara : "Aku adalah CINTA, tak mampu lagi untuk aku tetap menyala. Manusia tidak lagi memandang dan menganggap aku berguna, mereka saling membenci, bahkan membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya." tanpa menunggu waktu lama, maka matilah lilin ketiga.

Tanpa terduga, seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar dan melihat ketiga-tiga lilin telah padam. Kerana takut akan kegelapan itu, dia berkata : "Apa yang terjadi?! Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!" lalu dia menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu lilin KEEMPAT berkata : "Jangan takut, jangan menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga-tiga lilin itu. Aku adalah HARAPAN." dengan mata bersinar, sang anak mengambil lilin harapan, lalu menyalakan kembali ketiga-tiga lilin lainnya.



Source: pesona wanita

Friday, July 31, 2009

iF i lOvE yOu


The girl who loves you,
if she can't always see you,
she will try to make herself busy,
for not to have any time to remember you,
because she knew,
if she did,
she will keep on missing you,
until she could do nothing n deep down feel so sad...



The girl who loves you,
can't tell you the reason why she loves you.
She only knew that,
in her eyes,
you are the only one.



The girl who loves you,
seldom praise you,
but in her heart,
you are the best,
only she know it...



The girl who loves you,
will scold or complaint
if you didn't reply her message but doesn't others,
because she cares.



The girl who loves you,
only drop her tears in front of you,
when you try to wipe her tears,
you are touching her heart,
the heart which beats for you.



The girl who loves you,
will remember every word u said,
even if its accidentally,
and she will use the word always at the nick of time.



The girl who loves you,
will not give any promise that easily,
because they don't want to break the promise,
they want you to believe in her
and they want to give you the happiest and safest
life ever after.



The girl who loves you,
always tell you not to think too much,
because they already plan it for you,
she wants to give u the best life in the future,
she want to give you a suprise,
believe in her that she can do it.



The girl who loves you,
will listen quietly to you,
when you are mad,
and when you finished,
he will say,
you still got class tomorrow,
sleep early with a smile.



The girl who loves you,
always call you little boy,
but everytime she want to make a big decision,
she will first want to hear your advice...

Thursday, May 14, 2009

Bila Jiwa Jadi Celaru



setiap orang ada good side and bad side dalam diri dia. yang tak best nya bila bad side bermaharajalela dalam life kita. dah tentu la kita nak good side yang banyak kan.

kadang-kadang benda ni bermain-main dalam kotak fikitan kita. bad side berlawan-lawan ngan good side nak tengok siapa paling hebat yang boleh rasuk kita wat keputusan.


dalam situasi yang susah untuk kita buat keputusan tu la selalunya kita pilih jalan yang salah, yang buat kan hati orang lain merana. tak pun keputusan yang kita buat tu atas dasar pentingkan diri sendiri. memang saat genting camtu la kita tak hiraukan perasaan orang lain. yang kita fikir adalah perasaan kita sendiri, janji kita bahagia. itu dah cukup. memang agak mementingkan diri sendiri la kiranya.

time tu juga kita dah tak hirau kan nasihat orang di sekeliling kita. keputusan yang mengikut nafsu tu kadang-kadang boleh memakan diri kita sendiri. maybe bukan dalam masa terdekat, mungkin in long term punya ke, siapa yang tahu kan.


kadang-kadang juga bila kita buat keputusan camtu pun ada hikmah nya. mungkin! semua tu memang tak boleh nak dijangka. tapi bila dah kedua-dua belah pihak dah berbincang tentang masalah tu, dah tentu bukan pilihan yang sekadar mengikut nafsu je kan. orang kata elok berbincang dari kita sendiri cari jalan penyelesaian.

so, bila dah ada perbincangan, penyelesaiannya membawa kepada satu keputusan ke jalan kebahagiaan. dah tentu happy ending yang kita mahu kan, walaupun pada permulaan banyak halangan. memang satu kepuasaan yang tak boleh digambarkan lah.


kebahagiaan yang kita cari tu kadang-kadang memang susah untuk kita jumpa. cuma kita kena sanggup meneroka jauh untuk mencarinya. memang berbaloi bila kita sendiri jumpa apa yang kita cari walaupun bermacam halangan.



"okay bad side, kau menang kali ni dalam keputusan yang aku pilih. aku dah tewas!"


im sorry to someone yang saya kira dah buat dia disakiti. mungkin bukan ngan cara directly, tapi ntah la. it may be your fault, and may be my fault. enough is enough. both are equally wrong.


Si Jahat: "eleh, kau tak payah nak sedap kan hati. dah tentu dia salah. kau tak salah pape pun. keputusan tu DIA dah pilih sendiri. asalkan kau bahagia cukup lah. kau tak payah peningkan kepala lagi. aku pun dah serabut dengan kau!"


okay, dengan mudahnya saya termakan hasutan itu. senang je kn! end!

Tuesday, May 12, 2009

Missing Someone

ini lagu dari Faizal Tahir-Aku Punya Kamu. lagu ni tuju khas untuk seseorang yang hadir dalam hidup saya. cewah! poyo je bunyi. tapi lagu ni memang best pon. berserta lirik lagu ni, jom sama-sama nyanyi. hee~ ^_^






saat kau tersenyum
saat itu kau memberi
saat ku rasa bahagia

selama ku tersenyum
selama itu ku memberi
selama yang kamu disini

namun ku bicara
hanya pada
bulan dan suria
takku punya cara
untuk menyatakan cinta

dan kamu
hanyalah satu
ku mahu ada kamu saja
bisaku menunggumu
selamanya
aku milikmu
takkan pernah lelahku menunggu
hingga aku punya kamu
yeahh

sesaat kau tiada
saat itu yang ku rasa
saat hidupku terlena
hmm..

selama yang kau ada
selama itu yang ku rasa
selama hidup ku bahgia







enough said.

Wednesday, April 15, 2009

Kebahagiaan Untuk Seketika

*flickr


ingat tak lagu Kangen Band-Kembali Pulang yang pernah saya post entry sebelum ni? tengok entry ni Kangen Band.

sebelum ni lagu ni just saya layan je sebab best. sekarang ni dah lain sebab lirik tu sangat bermakna buat saya sekarang. siapakah orang itu? biarlah rahsia. ^_^


kalau boleh saya nak elak tapi memang takleh nak elak. dulu pun saya pernah cakap saya nak tumpu kat study dulu. tapi ntah la.

orang kata hati dan perasaan kita takleh nak jangka. memang betul pun. kadang-kadang mulut kata lain, hati kata lain, dan perasaan kita lak rasa lain. so, saya sendiri pun takleh nak jangka apa-apa.

benda ni bukan yang semudah disangka. saya berada dalam dilema serta konflik yang cukup besar dan berat. bila difikir balik, jahat ke saya ni? bermain ngan perasaan sendiri yang saya sendiri tak tahu hujung pangkal nya. banyak consequences yang saya kena hadapi. saya sangat keliru sekarang ni!


ntah lah! dah cukup serabut sekarang ni kalau nak fikir masalah ni. Aunie!! i need your help. nanti saya cerita kat awak eh Aunie. sekarang ni biar saya fikir dulu camna.




"Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan."

Friday, March 27, 2009

How to make women happy



It's really not difficult..

To make a woman happy, a man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
17. a psychologist
18. a pest exterminator
19. a psychiatrist
20. a healer
20. a good listener
22. an organizer
23. a good father
24. very clean
25. sympathetic
26. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate


WITHOUT FORGETTING TO:

44. give her compliments regularly
45. love shopping
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls


AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

50. give her lots of attention, but expect little yourself
51. give her lots of time, especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes


IT IS VERY IMPORTANT:

53. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

^_^

Monday, March 9, 2009

Second chance

do people deserve a second chance? anda rasa camna?

bagi saya la kan, saya tak percaya pada second chance tu.

tapi tengok gak pada keadaan dan situasi.

sesetengah orang tu kalau kita bagi peluang kedua, nanti dia amik kesempatan pulak. ada jugak gunakan peluang kedua tu sebaik mungkin.

tapi kalau ikutkan pengalaman saya kan, tak guna saya jadi baik dengan bagi peluang kedua pada seseorang tu. semuanya hampeh. amik kesempatan atas kebaikan orang.

so, sekarang ni saya sangat berhati-hati dan berfikir sedalam-dalam gaung nya untuk bagi peluang kedua pada sesiapa sahaja.

perangai manusia kita takleh nak jangka. kadang-kadang muka je baik, tapi perangai cam haram. ada pulak muka cam haram tapi perangai punya lah baik.

so, kalau ada orang dah bagi peluang tu gunakan lah sebaik mungkin. jangan la pulak nak amik kesempatan. nanti menyesal tak sudah, siapa yang rugi? anda dan diri anda sendiri!


itu sahaja untuk kali ini.

p/s: emosi tengah tak stabil! jiwa kacau tetiba. lol!

Friday, March 6, 2009

Single cambest!

Single is simple,
Couple is trouble.



mesti korg familiar kan ngan ayat ni. korg rasa betul tak kenyataan camtu?

bagi saya la kan, saya memang setuju pun. pendapat orang lain-lain. masing-masing ada sebab dan pendapat sendiri.

dari pengalaman saya lah kan, kalau hidup single ni memang cam heaven. ^_^

kita bebas nak buat apa sahaja yang kita suka. nak kawan ngan semua lelaki pun takpa. nak keluar ngan mana-mana lelaki pun takda siapa nak halang.

kalau kita single juga tak perlu nak jaga perasaan sesiapa. hidup pun ikut suka je nak buat apa.

so sekarang ni pun saya cam takut nak ada commitment ngan orang.

saya ni cepat lalai. cepat je lupa diri. so kalau dah ber'couple' tu sure lah saya banyak enjoy. pelajaran saya abaikan. dulu time saya ber'couple' result takyah cakap lah, memang teruk punya.

sekarang ni time saya kena tumpu kat study. nak bercinta tu biar lah abis kan study dulu. setakat ni saya dapat kekalkan status single tu. insyaallah lah. =p

dalam masa yang sama juga saya ada perasaan fobia nak ber'couple'. kalau nak bercinta tu biarlah yang kekal lama. saya tak suka separuh jalan. pastu masing-masing tunjuk perangai. siapa tahan camtu. awal-awal perangai pijak semut pun tak mati. lepas 2 atau 3 bulan mula naik hantu. bangang lah camtu!

so, biarlah saya berkawan ngan semua orang. nak layan lebih-lebih karang ada yang salah faham pulak. buat relax sudah! saya pun dah tak kisah semua tu.

habis study nanti baru lah nak fikir pasal lelaki. time tu cam umur dah makin meningkat. hahahaha. tapi kalau ada jodoh, ada lah.

saya mahu lelaki yang baik! anda baik? cepat isi borang kelayaan. permohonan anda akan saya pertimbangkan sejurus saya tamat pengajian. hahahaha. cukup lah nak gatal-gatal ni.


p/s: jom tubuhkan club SINGLE. hehehe. ^_^

Sunday, February 8, 2009

Ciri-ciri lelaki dan wanita

Ciri LELAKI yang wanita hindari.

1. Panas baran. lelaki panas baran lah merupakan ciri lelaki yg PALING wanita elak. mustahil seseorang wanita itu suka akan lelaki jenis ini. kalau dah panas baran sure lah tangan asyik nak naik. jadi kaki pukul pulak. hari-hari kena marah. hoish! siapa lah yg tahan ngan laki camni.

2. Kedekut. time keluar ngan gf ada pulak gf yg support. kalau kadang-kadang takpe gak, yela kena lah give and take. tapi kalau dah tiap masa perempuan yang keluar kan duit, alasan nya takde duit lah, duit habis kat kereta lah, duit gaji bagi kat mak lah. whatever! berkira sangat. nanti time dah kawin tak tau la apa jadi, anak nak beli susu pun berkira kot.

3. Selekeh. kalau selekeh tapi bergaya takpe gak. ni dah la selekeh, busuk lak tu. rambut ngan serabai nya, mandi pun tak, ngan jambang bersepah, pakai baju yang tak basuh sebulan. kalau nak perempuan suka kena la smart sket. cuba kalau tengok perempuan selekeh sket ada lelaki pandang? selekeh tu kadang-kadang nampak smart gak. tapi biar selekeh yang bergaya.

4. Gelojoh. ouh tidak! time makan bukan main gelojoh lagi. macam tak makan 10 hari jer. time makanan ada dalam mulut boleh pulak sibuk nak cakap, sampai tersembur-sembur. yeeww! terus takda selera nak makan bila makan ngan orang gelojoh camni.

5. Mendesak atau memaksa. jenis ni pun perempuan tak suka. beri la wanita kebebasan jangan asyik nak mendesak je. boleh naik rimas ngan orang jenis camni. jangan mendesak wanita untuk buat sesuatu perkara yang dia tak suka. biar la dia buat secara sukarela dan ikhlas.

6. Perasan. lelaki perasan lagi takleh blah! kalau dah handsome pastu ramai perempuan suka, jangan lah terlebih perasan yea. biar lah pasangan anda tu yang perasan sebab dapat anda yang digilai ramai tu. jangan anda pulak yang perasaan lebih dengan kelebihan anda.

7. Suka mengongkong. setiap apa yang pasangan dia lakukan mesti nak kena ambil tahu. memang tak salah. tapi yang merimaskan perempuan bila semua benda yang nak dilakukan perlu bagi report kat lelaki. nak keluar kena ada izin. kadang-kadang nak keluar ngan kawan perempuan sendiri pun tak bagi. teruk la camtu. tak kan asyik nak berkepit 24jam je. bagi la privacy sket.





Ciri WANITA yang lelaki hindari.

1. Kasar. kasar mengalah kan jantan. jalan pun dah lebih kurang cam jantan. takda ciri-ciri keperempuanan langsung. cakap pun bukan main kasar lagi. lelaki memang takda peluang nak bermanja ngan wanita jenis ni.

2. Gedik. gedik tak bertempat. pastu kat public pun nak mengada-ngada ngan teman lelaki konon nak tunjuk kemesraan. takda sapa nak tengok la. cakap pun nak kuat supaya dapat perhatian biar orang lain pandang-pandang. whatever! takda sapa nak tengok la. menyampah pun ada.

3. Kuat merajuk. wanita memang dilahirkan ngan sifat terlalu sensitive. cepat merajuk bila terasa. tapi kalau hari-hari merajuk mau nye lelaki lari. lelaki pun dah naik bosan kalau hari-hari keje dia nak pujuk si wanita je. bosan gak keje asyik nak pujuk orang je.

4. Kurang ajar. sifat perempuan kan lemah-lembut. kalau dah kurang ajar atau tak sopan tu dah hilang sket ciri-ciri keperempuanan. dengan orang tua pun tak tahu nak hormat. camna nanti nak jumpa bakal mertua. terus mertua reject kot.

5. Pengotor. perempuan pengotor? kalah lelaki plak. wanita ni kena gak ada ciri-ciri pembersih. kalau pengotor mengalah kan jantan abis la. bilik macam dah tongkang pecah tak pernah nak kemas. rambut nak keluar pun tak sikat. ngan muka selebet tak berbedak.

6. Berpakaian menjolok mata. tak dinafi kan lelaki memang suka tengok wanita yang seksi. tapi untuk menjadi pasangan jauh sama sekali. maybe ada segelintir nya tak kisah. ada juga yang kisah pabila pasangan dia menjadi tarikan lelaki-lelaki lain untuk tengok sampai nak terkeluar biji mata. biar dia je boleh tengok tapi tidak pada lelaki lain. lol!

7. Suka mengongkong. sama je macam lelaki di atas. malas nak explain. ^_^


**lain orang lain taste masing-masing. tak semua orang nak sama je. dah nama hati lain-lain. so untuk memilih pasangan tu ikut lah diri masing-masing.



dari dulu sampai sekarang saya sangat suka Kaer Azami. nak kawin ngan dia buleh? hahaha. berangan je lebih kot. kaer ada knowledge, belajar tinggi, ada rupa, suara pun best and everything cam perfect la. ^_^ suka! suka! suka!


p/s: bagi saya semua ciri lelaki yang disebut ni memang saya akan elak. (entry AUTO PUBLISH lagi)

Tuesday, January 6, 2009

Malam yang Dingin

disebabkan malam saya free jadi saya dapat la tulis entry ni.

tajuk entry memang takleh blah! tau la memang saya fail bab fikir tajuk entry. asal boleh je la. takde la dingin mana.



tadi ada la seorang kawan saya tanya pendapat tentang cinta. dia gaduh ngan gf dia katanya. saya pun tak tau la nak tolong camna. saya just bagi pendapat atas pengalaman saya je. saya bab nasihat orang memang NO.1 la. tapi bab settle kan masalah sendiri dah jadi kusut. lol!

bagi saya, saya tak suka nak fikir masalah hal cinta ke apa. saya lebih suka 'let go' je kalau masalah tentang cinta datang. sebab bagi saya banyak lagi benda nak difikirkan kat dunia ni.

kalau orang tu tak sayang kita watpe kita nak terhegeh-hegeh kat dia. buang masa je la! baik la kita gi terhegeh-hegeh nak wat rayuan nak sambung degree ke apa. tak pun terhegeh-hegeh kat parents kita nak mintak duit. berbaloi juga, atleast parents kita tak kan hampa kan anak dia yang mintak duit tu.

dan saya rasa tak worthy la kalau dia buat tak layan je kan. wat malu kaum je. jaga maruah tu sikit.


tak perlu la nak merayu kat orang yang kita sayang bila dia tak dapat nak terima kita lagi atau pun dia dah tak sayang kat kita. orang tu tak bodoh sebab tak terima cinta atau sayang kita, tapi diri sendiri yang bodoh sebab gi merayu kat orang bodoh tu.

tak perlu la nak kenang benda dah lepas. tak pun mengenang orang yang dah tinggal kan kita. maksud nya ex la yea. dah dia tak sayang kita, gi mati ar! kat luar sana banyak pengganti. banyak lagi orang lebih baik dari dia.

nak nangis sebab kehilangan tu boleh. tapi nangis cam mati anak tu watpe? mangkuk ke apa? menangis untuk sehari boleh la. contoh terdekat saya lah. saya nangis untuk beberapa minit. kira nangis puas-puas tak bagi orang tengok. lepas tu gi lepak ngan kawan-kawan, bual-bual cam takde benda jadi. lol! senang je kan?

senang cerita, tak payah semak kan kepala fikir kan pasal benda ni. wat serabut otak je. baik la fikir kan camna nak cepat kaya. itu kan lebih baik!



itu sahaja apa yang saya rasa buat masa ni. banyak lagi kot tapi saya nak bagi nasihat atau lebih kurang warning kat sesiapa yang terlibat!!





UNTUK ORANG-ORANG YANG PATUT TERASA



*kalau aku tak ganggu hidup kau. lebih baik kau tak ganggu hidup aku. itu lebih baik kan? jangan sampai aku ganggu hidup kau balik sudah!!

*aku tak suka kau masuk campur hal hidup aku. kau takde life sendiri ke asyik nak tau hal hidup aku je. nampak sangat kau tu minat ngan aku kan? hahaha.

*kau jangan jadi penyibuk boleh tak? aku tau la camna nak hidup. kau sebuk dok jaga tepi kain aku watpe? kain kau sape nak jaga? takde kerja ke apa kau nih?

*kau jangan nak sebuk tanya aku macam-macam. nampak sangat kau ni nak tau hal hidup aku. kau nak tanya tunggu aku bukak kaunter pertanyaan, pastu kau bayar gaji aku! boleh?

*aku tak perlu perunding nasihat masalah aku. aku tau la nak handle masalah aku sendiri. kalau aku nak nasihat, dah lama aku mintak nasihat kat perunding professional berbayar, bukan kau!


*kau ni takde life ke? takde masa depan ke?? abis kau hidup kat dunia ni watpe? baik kau pegi cari life dan masa depan kau sendiri sebelum kau nak masuk dalam life aku! cari ilmu banyak-banyak baru kau boleh cari aku!

*kau jangan ingat kau bagus sangat dulu. itu dulu yea. dulu bukan main lagi kau suka tunjuk depan aku konon nya kau lagi bagus dari aku. sekarang aku lagi bagus dari kau! kau pedulik tak? rasa menyesal tak? puas hati tak? bodoh la kau!

*kau jangan fikir aku berminat nak amik tahu hal kau yea. kau silap la!! aku tak kesah langsung hal kau sekarang. get lost okay!

*kau jangan nak buat-buat mesra dengan aku yea. aku tau la kau ni tak suka aku! tak payah nak berlakon lagi. tapi aku suka bila aku pun dapat join berlakon dengan kau! konon aku suka kau. tapi tolong yea manusia. aku tak pernah suka kau! dan aku amat anti kau yea manusia. aku dengar nama kau mesti aku nak mencarut. itu aku suka!

*aku harap kau tak payah la nak hipokrik lagi. kau ngan manusia lagi seekor tu memang tak boleh pakai punya orang. aku BENCI sangat orang macam kau orang ni. aku tak nak jumpa lagi kau lepas ni. kalau aku jumpa harap aku dapat tikam kau sampai mati. itu lebih baik!


***benda ni dituju khas untuk bermacam-macam orang. bukan pada seorang indivudu ye. harap maklum!


siapa makan cili dia rasa pedas.


siapa tak nak pedas jangan nak makan cili.

ni pon ada part of saya nya luahan hati dan geram yang lama saya simpan. ambik! keluar banyak-banyak sekali!


p/s: best dan lega betul sekarang!

Sunday, December 21, 2008

Sebab Lelaki Susah Nak Faham Wanita


lelaki memang susah nak faham wanita. kebanyakan lelaki lebih suka merahsiakan rasa hati mereka. mengapa dan kenapa? entah la. kadang-kadang wanita sendiri susah nak faham perangai lelaki yang sukar untuk dijangka. minda lelaki ni sebenarnya pelik tapi sometimes cam unik sikit. (ouh lelaki patut bangga okay!)

lelaki ni bijak kawal emosi berbanding wanita. kelemahan lelaki bila nak meluahkan perasaan terhadap wanita melalui perkataan atau luahan emosi. kebanyakan lelaki menunjukkan emosi dalam bentuk fizikal. contoh nya lelaki akan luahkan perasaan melalui tindakan (cam tolong bukakan pintu kereta, sentiasa mahu berada dekat dengan wanita). lebih kurang camtu la. bagi lelaki "actions speak louder than words"

sebab tu la sometimes lelaki ni percaya pada cinta pandang pertama. lelaki bila nampak wanita yang menarik atau berkenan je terus suka. betul ke? ini saya tak sure sangat.

lelaki juga tak kan faham kenapa wanita selalu cepat terasa. bagi lelaki benda remeh pun boleh jadi satu issue. bagi wanita pula dalam kepala otak dah fikir macam-macam. kenapa dia camtu.. mesti dia..entah-entah.. bla bla bla~ lebih kurang camtu la.

wanita ni tak kan pandai nak kawal emosi. cuma sebahagian je wanita yang bijak mengawal emosi. lelaki pula kurang bijak untuk berhadapan dengan wanita yang hati tisu ni. kadang-kadang wanita tu sendiri yang susah nak diramal. sebab tu la lelaki sendiri memang susah nak faham wanita.

wanita ni banyak berfikir. dalam kepala macam-macam benda yang dia nak fikir. sampai benda yang tak perlu nak fikir pun dia nak fikir gak. bagi lelaki pulak, dia tak kan fikir benda remeh-temeh camtu.

wanita ni suka kan perhatian. sebab tu la lelaki kena la faham wanita. okay fair enough la. wanita pun perlu la faham lelaki kalau nak lelaki faham anda.


p/s: sesiapa juga tak kan boleh jangka perangai n sikap saya! i dont need people to understand me! lol!

Saturday, December 20, 2008

Sekadar Nasihat

disebabkan dah tak tau nak watpe, saya gi la baca email-email lama. so saya terbaca nasihat berguna ni. email forward dari kawan lama saya, Qila. so saya mau share ngan sume orang. ^_^


1. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2. Kahwinilah lelaki atau wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

3. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

4. Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

5. Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

6. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

7. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

8. Percayailah cinta pandang pertama.

9. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

10. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

12. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

13. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

14. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

15. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

16. Berpeganglah kepada tiga R:

o Rasa hormat pada diri sendiri
o Rasa hormat kepada orang lain
o Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


17. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

18. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

19. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

20. Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


p/s: yang part bertunang tu tak sure kenapa. yang lain boleh diguna gak la. nasihat yang baik!

Sunday, December 7, 2008

Lessons Learned


1. No matter how much I care, some people are just assholes.

2. It takes years to build up trust, and only suspicion, not proof, to destroy it.

3. You shouldn't compare yourself to others, they are more fucked up than you think.

4. We are responsible for what we do, unless we are celebrities.

5. The people you care most about in life are taken from you too soon and all the less important ones just never go away.


p/s: Gambar hanya sekadar hiasan semata-mata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...