Showing posts with label Holidays. Show all posts
Showing posts with label Holidays. Show all posts

Friday, May 14, 2010

Holiday Genting

Lepas habis jer final exam, kitorang plan terus ke Genting. Habis paper 5hb May petang, malam rest kejap. Esok pagi 6hb May terus gerak ke KL. 2 kereta dan 7 orang yang follow. Semuanya gang study group saya.

Semuanya kitorang buat last minit, beli tiket last minit, booking apartment last minit. Sampai KL je terus naik Putra LRT ke Terminal Gombak. Beli tiket ke Genting dengan sekali package outdoor semua. Nasib baik last minit kitorang berjalan lancar. Memang nasib baik ada tiket bas untuk hari tu.




naik bas terus sampai cable car. Sampai je kat Genting terus cari hotel. Malangnya semua penuh. Memang hampa, tapi nasib baik ada apartment yang ada kekosongan. So, dapat la apartment 4 bilik, tapi kitorang just guna 2 bilik, kalau tak dia charge lebih. Hampeh betul amoi tu!



aktivit 6hb tu tak banyak, just melepak jalan-jalan kat indoor, ambil gambar bagai, cari kedai mapley murah kat sana, balik apartment main uno card sampai lebam, dah penat semua tidur.

7hb pack barang semua untuk check-out, then terus gerak ke outdoor. main semua game bagai, tapi ada gak yang tak sempat nak main. Memang seronok, yelah dapat berjimba sakan lepas berhempas-pulas dengan final yang cam haram tu. (padahal baru gi Januari lepas)






pukul 7 ptg dah kena turun ke stesen bas, naik bas pukul 8.15 malam pulang ke KL. Sampai KL, ada yang pulang terus ke Seremban dan Melaka. Yang stay lepak makan jap kat Malis, pekena nasi lemak sedap. Memang terbaik dari ladang. Selesai makan semua, masing-masing pulang ke rumah, saya pulang ke PJ.

Memang holiday yang simple, tapi sangat enjoy dan seronok! Thanks kawan-kawan. Lepas ni kita plan tempat lain, ajak ramai-ramai eh.


Cuti Sem

yeah! Setelah sebulan lebih tinggalkan blog ni bersawang, akhirnya saya mendapat kerajinan untuk meng-update blog. Kalau tak jangan harap la nak login blogger ni lepas tu update bagai.


Sebulan lebih bercuti dari ber-blogging pun sebab saya baru habis final exam. Haram sungguh final kali ni. Semua paper bila keluar dewan dengan perasaan hampa. Nak kata tak study tu tipu lah. Siap study group lagi, hari-hari pulak tu tak pernah miss. damn!


Sekarang cuti sem, yang penting enjoy! Malas nak fikir benda lain. Tunggu je lah result kelaur, time tu lah baru menggigil satu badan nak check. Yang itu kita tolak tepi, sekarang fikirkan aktiviti apa nak buat time cuti 2 bulan ni.


Setiap sem tak lepas untuk plan kerja part time. Tapi kesudahannya, memang haram tak langsung kerja. Harapan tinggal harapan. Last-last tiap cuti sem dihabiskan dengan aktiviti mengembangkan badan atas katil dengan online sampai lebam.

Aktiviti harian time cuti camni memang tak menarik perhatian langsung. Cuti ni macam dah takda event berbasikal lagi macam cuti sem yang lepas. Sila rujuk entry ini.

Saya just menanti event yang bakal ada time cuti ni. Hiking pun okay juga, tapi takda siapa nak buat event ni semua. Hampa betul rasanya! So sekarang ni saya PERLU untuk mencari part time job supaya cuti kali ni tak sia-sia macam yang dulu. HARAP-HARAP camtu lah~ Jangan hangit-hangit tahi itik pulak.

Kalendar cuti kali ni penuh dengan undangan perkahwinan. Okay lah dari takda apa-apa nak buat. Weekdays just melepak kat dalam bilik, layan Facebook, tak pun layan stock movie atau series yang ada dalam laptop ni. Weekend pulak baru dapat jumpa yang tersayang. Dalam masa 2 bulan buat camni, mahu nya berat badan naik ada lah dalam 4 atau 5kg.


Okay~ sila cari kerja yea!! Next week akan bermulanya pencarian kerja part time. Kalau sesiapa yang baik hati nak bagi saya kerja pun okay juga. ^_^


Enough said~ lepas ni saya mau update entry yang tertangguh selama sebulan lebih ni.



Thursday, April 1, 2010

Senarai Cuti-Cuti

kalau lah duit dan masa itu takda masalah untuk saya, dah tentu saya dah pergi bercuti ke mana sahaja. seronok nya. tapi apakan daya, semua nya perlu dirancang dahulu. insyaallah kalau tak ada aral. just senarai yang saya mahu sangat pergi.


1. Gunung Kinabalu



nak tawan puncak Kinabalu. alangkah seronok nya bila dapat sampi puncak sana.



2. Bandung, Indonesia



nak shopping kat Bandung. mintak sponsor ke sana boleh? hee~



3. Pulau Perhentian



saya sangat suka pada pantai. mana-mana pun boleh.



picture credit to Yahoo search~


tetiba saya sangat rindu untuk ber'hiking'. seronok nya! alangkah indah dan seronok nya bila dapat tawan puncak lagi untuk mana-mana gunung. tak kisah lah, janji dapat naik ke puncak. nak rasa lagi pancit untuk ke puncak tu, nak rasa perasaan puas bila dah sampai ke puncak, nak tengok pemandangan yang sangat cantik, dan macam-macam lagi perasaan yang ada.

semuanya sukar digambarkan dan pengalaman tu memang susah nak dapat. saya just pernah panjat Gunung Dato' kat Negeri Sembilan ngan Gunung Stong je kat Kelantan.

best memang best. sebab tu kaki ni terasa gatal nak panjat Gunung Kinabalu, konon dah expert je nak panjat gunung tinggi-tinggi ni.

dah 2 kali trip ke Gunung Nuang, Selangor cancel. yang 1st sebab kawan yang saya nak follow trip dia tu tak jadi nak pergi sebab dia ada kenduri. yang 2nd ni hari sabtu ni (3 April 2010), saya yang tak dapat join sebab saya ada hal lain. so memang dah terlepas peluang lagi.

sekarang saya cuma nantikan trip lain. tapi semuanya selepas sahaja saya habis final exam. bulan 5 atau 6 boleh lah nak berjimba sakan. yeah!!



Sunday, March 28, 2010

Ke PD Semata...

semalam (27 march 2010), saya, Ajie, Fisha dan Sudang ke Port Dickson. semata-mata nak makan laksa sedap kat Teluk Kemang. memang berbaloi-baloi~

pagi tu kitorang gi tengok penutup sukan KBM kat stadium kat Jalan Hang Tuah, Melaka. datang just nak hantar kek coklat saya untuk dijual sambil-sambil bagi support kat Fiasso (Finance Club).

dalam tengahari kitorang bertolak ke PD. sampai je kat PD terus ke kedai dituju, iaitu kedai laksa sedap. semata-mata sungguh, ke PD untuk makan laksa je. tak pernah dibuat orang. tapi memang dah lama mengidam makan laksa kat situ. nasib baik PD ngan Melaka takda la jauh mana.

lepas makan laksa lepak-lepak jap kat tepi pantai. tak mandi pun sebab semua tak bawak baju. dah tujuan nak makan laksa je. kebetulan kat situ ada pula pameran tentera. seronok la pulak bergambar bagai.



macam-macam pameran ada. jenguk jap kat pameran senjata. tak sangka yea pistol tu berat. ingat ringan je. senapang pon boleh tahan beratnya. macam mana la polis ngan tentera boleh angkut ke mana je benda alah yang berat tu?? salute ah kat diorang semua.


pameran kenderaan tentera pon best jugak. siap posing atas motor tentera lagi. tetiba saya nak tabik spring kat tentera semua. tak tahu la kenapa dan mengapa. thumbs up lah!!




tu je la aktiviti kami pada hari sabtu. sekian~ ^_^


Saturday, February 6, 2010

Gunung Stong

tanggal 29hb jan saya dan kawan-kawan seperjuangan basikal ke gunung stong, kelantan. awal plan kitorang nak gi gunung ledang. tapi bila 29hb feb tu dah fully booked tukar la plan ke gunung stong.



seramai 15 orang yang join aktiviti ni dan 2 orang guider. sepatutnya 1 guider je tapi nasib kami memang baik dapat lah 2 guider, abang heng dan aie. group BMC2 (Big Monkey Cycle Club) yang join saya sendiri, wanie, fadzleen, nadia, kinah, dide, faisal, adam dan paan. lagi 6 orang tu kawan-kawan yang lain.


aktiviti kami:
29 jan 2010
0600pm berkumpul di kl central
0730pm bertolak menaiki keretapi ke dabong, kelantan

30 jan 2010
0800am tiba di dabong dan jumpa abang heng dan aie
0930am caving kat gua gelap, gua keris dan gua pagar
1130am pergi ke jelawang resort
1200pm trekking ke base camp (1500ft)
0200pm tiba di base camp
sepanjang petang aktiviti bebas, masak-memasak, mandi air terjun

31 jan 2010
0645 tengok matahari terbit
0830 trekking ke puncak gunung stong
1200 tiba di puncak stong
0130 trekking down ke base camp
0430 tiba di base camp
0500 trekking down ke jelawang resort
0730 balik ke stesen keretapi dabong
0830 bertolak dari dabong ke kl central



memang enjoy sangat sepanjang aktiviti 2 hari ni. masuk ke gua, lalu lorong-lorong sempit yang muat-muat badan, dengan jalan yang gelap.

bercamping ramai-ramai kat hutan, masak dan makan dah macam askar wataniah, makan nasi yang cam beras (keras), sorry paan tak tolong kau masak. ^_^


mandi dengan air sejuk, minum air sungai, trekking sampai pancit, thanks faisal yang tolong jadi tukang tarik sampai puncak. guider yang sempoi dan best.

memang sangat-sangat enjoy dan puas. pengalaman yang tak boleh dilupakan sampai bila-bila. insyaAllah lepas ni plan nak tawan 9 puncak sekali gus dalam masa seminggu. itu plan kami~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...