Tuesday, April 21, 2009

So Hot

tengok 2 video kat bawah ni. pastu compare kan. memang menarik. yang Wonder Boys tu kelakar je nak follow Wonder Girls nya video.

Wonder Girls-So Hot





yang ni lak...

Wonder Boys-So Hot





so, camna? best? ^_^

memang real giler Wonder Boys tu menari. menari dah sebijik cam Wonder Girls. tapi memang best dorg wat camtu.

tu je sebenarnya. ini lah jadi bila takda idea nak buat entry baru.

Saturday, April 18, 2009

Ang Galing

sila layan kan video ini.

Ang Galing




best tengok diorg menari.

^_^

itu sahaja untuk entry kali ini. sekian!

Wednesday, April 15, 2009

Kebahagiaan Untuk Seketika

*flickr


ingat tak lagu Kangen Band-Kembali Pulang yang pernah saya post entry sebelum ni? tengok entry ni Kangen Band.

sebelum ni lagu ni just saya layan je sebab best. sekarang ni dah lain sebab lirik tu sangat bermakna buat saya sekarang. siapakah orang itu? biarlah rahsia. ^_^


kalau boleh saya nak elak tapi memang takleh nak elak. dulu pun saya pernah cakap saya nak tumpu kat study dulu. tapi ntah la.

orang kata hati dan perasaan kita takleh nak jangka. memang betul pun. kadang-kadang mulut kata lain, hati kata lain, dan perasaan kita lak rasa lain. so, saya sendiri pun takleh nak jangka apa-apa.

benda ni bukan yang semudah disangka. saya berada dalam dilema serta konflik yang cukup besar dan berat. bila difikir balik, jahat ke saya ni? bermain ngan perasaan sendiri yang saya sendiri tak tahu hujung pangkal nya. banyak consequences yang saya kena hadapi. saya sangat keliru sekarang ni!


ntah lah! dah cukup serabut sekarang ni kalau nak fikir masalah ni. Aunie!! i need your help. nanti saya cerita kat awak eh Aunie. sekarang ni biar saya fikir dulu camna.




"Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan."

Tuesday, April 14, 2009

Keseronokan

** 10 APRIL 2009 **


cerita pasal last week ni. da lama plan mau kuar ngan Aunie, Bean, Soleh dan Asrul. sebelum gi tengok movie kat Time Square gi makan kat Kg Baru. ni saya nya permintaan yang dah lama. ada orang belanja. mekasih eh Bean. =p nanti aku belanja pulak. lepas makan terus gi Times. movie pukul 1140pm. kat sana "kawan" saya tunggu nak tengok sekali.




best cerita Jangan Tegur ni.
memang seram ar. hantu dier asyik nak keluar je.
awal-awal cerita dah keluar.
siapa ada sakit jantung jangan la gi tengok.
nasib baik saya tengok ngan "kawan" ni. hahaha.
takda la cam takut sangat. ^_^
tiap masa la nak terkejut, pastu jerit-jerit.
kesian Aunie, sumpah seranah marah saya ajak tengok cerita ni.
takpa la Aunie, sekali-sekala. hehehe

yang geramnya Bean, Soleh ngan Asrul leh pulak gi beli tiket lain-lain masa.
so kitorg berpecah la. tak paham gak ngan otak dorg neh.
but its okay. ngan diorg memang tak jadi nak marah.



** so, siapa yang minat cerita hantu, sila la pergi tengok yea!





** 11 APRIL 2009 **


plan gi Bangi pulak. mau jumpa Nita. lama giler tak jumpa. ^_^

so petang tu gerak ngan Aunie, Bean dan Asrul. gi Bangi amik Nita pastu gi makan kat Copy Cat Cafe. alaa Cat yang Fabulous Cat tu. ok je kot makanan kat situ. leh tahan sedap.

pastu taktau nak gi mana, plan la gi Putrajaya. just round2 je. sampai sesat gak la. amik gambar kat jambatan cantik tu. pastu ingat nak makan kat Taman Warisan, tapi sampai-sampai je dah nak tutup. angin jugak la. mana tak nya, time tu dah nak pukul 10pm lebih tak silap. nak makan sate kat situ tapi tak kesampaian.

pastu gi la balik Bangi. makan sate kajang kat situ je. dapat la jugak makan. pastu anta Nita balik. lepas anta Nita anta saya lak kat PJ.

tu sahaja aktiviti kitorg. lama tak lepak ngan diorg camtu. ^_^


p/s: ku gumbira! =P

Monday, April 13, 2009

Kembali Sebentar

To all my readers, i've been soo damn busy and tak dapat nak update serta jenguk-jenguk blog anda semua. maaf ku pinta ya! terima kasih pada yang setia kat blog saya ni. anda lah yang saya sayang. ^_^

ke-busy-an saya for the last 2 weeks sampai tak cukup rest membuatkan saya tak sihat untuk beberapa hari yang lepas.


sepanjang 2 minggu lepas, saya sibuk siapkan assignment serta projek-projek yang tertangguh. tambah lagi dengan test-test yang buatkan saya makin busy. so sekarang saya rasa sangat kurang beban bila study week dah mula. ^_^

sekarang ni pulak saya kena struggle untuk final. final ni saya amik 5 paper. final saya start 24 april ni and last paper 10 may. nasib baik jarak setiap paper agak ok dalam 3 hari gap, so takda la nak stress sangat.

lepas final bukan saya leh bergumbira lagi. nak rest lagi ar tak dapat kot. lepas last paper 10 may tu, malam nya saya kena berangkat ke Langkawi. kalau tak silap la. sebab ade program BTN (Biro Tata-Negara) giler pe malam tu terus gi. mau nya penat. adoyai! BTN ni amik masa 5 hari. bukannya leh bersuka ria. 5 hari stay kat hutan kot.

lepas abis BTN maybe dlm 15 may kot, saya kena rush kemas barang ubtuk pulang ke PJ. maybe dlm 17 may tu pulak saya kena ada kat shah alam dah sebab 18 may tu dah start intersesi (short sem). saya stay kat umah sewa Dayah je kot. memang siyes ar saya takda rest lagi.


agak tension, stress dan seangkatan dengan nya. selama 1 bulan saya kat shah alam. dah la 24 may tu ade raptai konvo. 28 may tu dah konvo. so, kamu semua mari datang melawat saya. hahaha~ ^_^



sebenarnya banyak benda saya nak update and cerita macam-macam. cuma takda masa je ni. nanti ade time saya akan update k!

sekarang time saya untuk study for final. degree takleh main-,ain cam time diplma dulu. kena insaf sikit. huu~ =p


tag dan juga award yang ada orang bagi kat saya akan saya buat juga ya! so, sekarang saya hutang dulu ar yea. pada mereka yang tag saya dan bagi award tu terima kasih banyak-banyak yea. ^_^

saya pulang ke PJ ni pun hanya beberapa hari je. nak amik restu nak final. rabu ni (14 apr) saya kembali pulang ke melaka dengan semangat study yang tinggi. cewah! poyo je bunyi. =p


Btw, wish me luck and doakan kejayaan final saya ni yea. tenkiu!


p/s: sayang sama kamu semua!

Friday, March 27, 2009

How to make women happy



It's really not difficult..

To make a woman happy, a man only needs to be:

1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a carpenter
10. a plumber
11. a mechanic
12. a decorator
13. a stylist
17. a psychologist
18. a pest exterminator
19. a psychiatrist
20. a healer
20. a good listener
22. an organizer
23. a good father
24. very clean
25. sympathetic
26. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate


WITHOUT FORGETTING TO:

44. give her compliments regularly
45. love shopping
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls


AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:

50. give her lots of attention, but expect little yourself
51. give her lots of time, especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes


IT IS VERY IMPORTANT:

53. Never to forget:
* birthdays
* anniversaries
* arrangements she makes

^_^

Tuesday, March 24, 2009

Ragam manusia

satu persoalan yang selalu je saya nak tahu sebabnya.

kenapa ada sesetengah orang set waktu kat jam tak pernah nak tepat?

selalunya mesti nak awalkan 10 minit la, 5 minit la, tapi jarang la nak jumpa orang lambatkan masa. ada ke camtu? selalunya cepatkan masa ada la.

kononnya nanti takda la kita terlewat untuk ke claz ke atau ke mana-mana. betul ke camtu? tapi dah tentu la tuan jam tahu yang dia cepatkan masa. tak gitu?

bila dah tahu masa lom sampai, lagi dia lengah-lengah. tu yang saya tak faham kenapa perlu cepatkan waktu kat jam? apa la salahnya set kan waktu yang tepat. kan itu lebih baik.

manusia ni memang macam-macam ragam. ada yang pelik, yang tak masuk akal pun ada juga.

saya ni pulak suka tengok ragam orang. memang seronok. kalau lepak mana-mana memang best observe orang lain ni. sebab ragam orang ni memang pelbagai. kadan-kadang saya boleh tergelak sendiri bila tengok. tu je la kot.


p/s: ini entry auto-publish sahaja ye!

Saturday, March 21, 2009

How can a student pass?

*picture from flickr



It's not the fault of the student if he fails, because the year ONLY has 365 days.

Typical academic year for a student:

1. Sundays-52, Sundays in a year, you know Sundays are for rest. Days left 313.

2. Summer holidays - 50 where weather is very hot and difficult to study. Days left 263.

3. 8 hours daily sleep - 130 days GONE. Days left 141.

4. 1 hour for daily playing - (good for health) means 15 days. Days left 126.

5. 2 hours daily for food & other delicacies (chewing Properly & swallowing) - means 30days. Days left 96.

6. 1 hour for talking (man is a social animal) - means 15 days. Days left 81.

7. Exam days - per year at least 35 days. Days left 46.

8. Quarterly, Half yearly and festival (holidays) - 40 days. Balance 6 days.

9. For sickness - at least 3 days. Remaining = 3 days.

10. Movies and functions - at least 2 days. 1 day left.

11. That 1 day is your birthday.

How can you study on that day??????!!!!!!!!!! Balance = 0

How can a student pass??


p/s: memang menarik! so jangan salahkan student kalau fail. ^_^

Wednesday, March 18, 2009

Kembali Pulang

KANGEN BAND


just nak share ngan kamu semua yang lagu ni best taw. so dengarkan lah lagu dari Kangen Band ni. liriknya pun penuh makna je. tengok video clip berserta lirik lagu Kembali Pulang. LAYAN!!



Kembali Pulang - Kangen Band

bintang terlihat terang
saat dirimu datang
cinta yang dulu hilang
kini kembali pulang

lihatlah dia mulai bernyanyi
coba merangkai mimpi
cinta yang dulu pergi
kini datang kembali

wajahmu mengingatku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkan
dengan masa laluku

reff:
kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
akan ku bawa dia terbang
damai bersama bintang

kekasih yang dulu hilang
kini dia tlah kembali pulang
betapa senang ku dendangkan
dan takkan ku lepaskan

wajahmu mengingatkanku
dengan kekasihku dulu
wajahmu mengingatkanku
dengan masa laluku


p/s: memang lirik penuh bermakna. ^_^

Friday, March 13, 2009

Tak tahu nak kata apa.

blog ini saya just buat untuk isi masa lapang yang tak berapa lapang.

sebab saya dah bosan ngan myspace dan friendster. nak layan facebook, saya cam tak suka juga sebab cam serabut je. jadi blog adalah jalan yang terbaik untuk buang segala kebosanan hidup ni.

untuk cerita segala bagai tentang privacy hidup saya kat blog ni is not into my type.

saya tak suka jaja free2 je tentang privacy saya kat public. just cerita aktiviti apa yang saya buat. tu pun kalau rajin dan mood saya baik untuk bercerita.

yang lain nya terserah pada jari tangan untuk menaip isi entry tu dan juga otak yang berputar untuk mencari idea untuk entry baru. tapi otak ni selalu nya lambat nak berputar bagi idea. time tengah mandi ke tak pun tengah buat benda lain, time tu otak laju je dapat idea. tapi bila dah depan pc ni otak dah semacam beku nak fikir idea tu balik. lol!

tu sebab la kadang-kadang terkeluar entry merapu je lebih. bila betul-betul takda idea ke, keluar la entry bergambar yang saya agak dah basi punya cerita. tapi apakan daya, saya hanya manusia biasa.


sekarang pun time is limit untuk saya nak berblogging. kalau betul-betul free dapat la saya update. time cuti dapat la buat entry baru.

sekarang ni dah bulan march. bulan depan april. mesti lah kan. siapa yang tak tahu. lol! maksud nya bulan depan nak FINAL. ouh tidak! takut nya saya. start 1st paper 24 april kot. masa untuk saya study dah sampai. nak study last minit cam time diploma dulu nanti result hampeh je. tapi nak start study sekarang dah sure tak ingat punya. mesti lupa banyak. maklum lah, banyak makan semut. so, apa patut saya buat?

this month juga banyak asignment ke due date. satu apa pun tak siap lagi. dah nak dekat due baru kelam-kabut mau buat. normal la tu kan. so, saya makin busy la nampaknya.

blog akan saya tinggal camtu je. harap maklum. ^_^

tapi saya tetap jenguk bila ada sejam dua masa saya free. ada ke? wah! gila lah sangat tension.

sekian sahaja.

p/s: saya balik semalam pun last minit. saja suka-suka. duduk kat melaka sangat bosan okay!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...