
Ada apa ngan scandal? best ke kalau ada scandal ramai sangat? ape faedah nya ngan ada scandal? just for fun?
dah ada gf atau bf pun still nak ada scandal. ape kes?
maybe segelintir nya pernah ada scandal. ye saya pun pernah ada scandal dan pada masa yang sama saya dah ada bf. itu cerita 2 tahun lepas. sekarang saya dah berubah sama sekali.
kebanyakan yang ada scandal ni golongan lelaki. golongan perempuan apa kurang nya tetapi tak sehebat lelaki memasang scandal. seronok katanya ada scandal. bila gf sibuk ngan hal dia, si lelaki mencari scandal untuk mengisi kekosongan.
konon anda tu cantik, handsome sangat ke?
bila ditanya "tak sayang ke kat gf?", dijawabnya "gf tetap no. 1".
abis buat apa nya pasang scandal?
pada yang single nak pasang ramai scandal buat apa? cari seorang untuk buat pasangan kan senang.
pada perempuan yang pasang scandal ada advantages nya. kalau nak keluar ajak je mana-mana scandal (mesti la si lelaki yang support semua perbelanjaan). memang seronok jadi perempuan.
pada lelaki yang pasang scandal dah tentu la asyik kering je memanjang. ajak scandal keluar dah tentu si lelaki yang belanja. nak ajak hari-hari mahu nya si lelaki makan daun bila time sengkek.
ada satu kes ni:
si lelaki menuduh gf nya ada scandal ngan lelaki lain. padahal nya takde pun. sehingga kan mereka clash cara camtu je. kemudian si lelaki berjumpa dengan gf baru konon nya. baru berapa bulan dah dapat pengganti. siapa ada scandal sekarang? dan si lelaki ni taktau yg gf dier ni memang kaki scandal. merata tempat ada scandal. siap keluar ngan scandal dier dan kantoi la dengan seorang kenalan (dunia ni kecik je la). so sekarang baru tau langit tinggi rendah. kau tuduh gf kau dulu ada scandal. sekarang rasakan, awek kau sekarang betul2 main scandal. padan muka! rasakan nikmat nya tuduhan melampau tu!
tak salah nak ada scandal. ikut la nak pasang berapa ramai pun. tapi untuk golongan yang single mingle je la. pada yang dah ada pasangan tu lupa kan la. macam mana kalau pasangan anda pun pasanng scandal? macam mana anda rasa? sakit gak kan? so pandai-pandai la fikir kan nya.
p/s: untuk peringatan lagi. tak nak ada sesiapa terasa hati. ^_^














