Thursday, December 25, 2008

Perkara Pantang

saya ni kadang-kadang cukup cerewet. kadang-kadang tak kesah. biasa lah manusia selalu berubah ikut musim. jap jap! rasa takda kena-mengena ngan tajuk entry pun. lantak la.

actually saya nak senaraikan perkara yang cukup pantang bagi saya. lebih kurang macam saya tak suka benda tu dan benci giler ar. semua orang pun mesti ada benda dibenci atau tak suka kan dalam hidup.

1. saya pantang bila ada orang main ludah merata-rata. memang sial la kalau nampak. rasa nak ludah balik kat muka dia. bodoh betul! sambil jalan pun sempat lagi nak meludah. simpan la dulu gi ludah kat toilet ke apa. ada lagi yang meludah ke luar tingkap kereta. no manners betul la.

2. saya pantang bila ada orang hisap rokok depan saya pastu main hembus je asap kat depan-depan muka. tak nampak ke aku kat depan ni! selalu nya saya akan main sound je. geram gak kalau ada orang wat camtu. abis la muka jap agi naik jerawat, pastu rambut ngan baju sure bau asap rokok. lol!

3. saya pantang nampak benda bersepah. kalau malas kemas tak payah nak wat sepah. barang main campak je letak merata. ingat ada maid tukang angkut ke. lol!

4. saya paling pantang time nak tido ada orang kacau. time saya nak tido la time dia mau gayut kat sebelah. kalau cakap slow2 takpe. ni gayut sampai saya pun leh join sekaki. tau la kau ada bf. orang nak tido kot. macam la tak boleh gayut kat luar bilik. dalam bilik gak nak gayut. bangang ke apa!

5. saya paling pantang ngan indon, bangla dan seangkatan dengan nya. tak suka la!! kalau naik tren atau bas ada mamat2 ni mesti saya dah stock menyampah. kalau wangi takpa. ni bau cam haprak. tak pun ada bau minyak wangi yang semacam. adoyai! pening kepala gak la. pastu ada hati nak pandang-pandang cam tak pernah nampak perempuan kot. atas bawah lak tuh! bodoh la, amat geli okay!

6. saya paling pantang ngan si budget bagus. sememangnya saya amat benci manusia jenis ni! "kau jangan ingat kau bagus sangat okay! aku tak heran ngan kau la jantan! aku leh buktikan yang aku lagi bagus dari kau!" (hoish! tetiba ter'emo' lak)

7. saya paling pantang nampak budak-budak yang budget dah dewasa. isk! kamu semua kecik lagi. sekolah pun tak abis. pastu sebok konon kamu tu dah dewasa. sedar lah sikit. belajar tinggi-tinggi dulu baru leh nak tunjuk hebat. perjalanan hidup kamu semua masih panjang lagi. bila betul-betul dah dewasa baru kamu tahu susah nya hidup.

8. saya paling pantang ngan orang pengotor. tak pandai nak jaga kebersihan langsung. pastu kat mana-mana je nak korek bijih. kalau banyak sangat hasil gi la 'melombong' kat toilet ke. ada pulak wat kat public. tak senonoh! pastu ngan kuku dah la panjang pastu hitam pulak tuh! yuckk! ntah segala bapak cacing ada dalam kuku.


cukup lah wat masa ni. kemalasan mau fikir. ngan nyamuk yang berpesta sekarang ni buat saya mau gi tido.


p/s: anda pantang ngan apa pulak? mari share sama-sama. hee~ ^_^ saja nak tau. mana tau sama ke (sharing is caring taw).

Cara Berhenti Merokok

entry ni atas permintaan kawan ku Asrul. yea sila baca ni baik-baik ye Asrul! (kau kena praktik kan gak) kepada perokok di luar sana juga dinasihatkan agar anda juga patut ada niat nak berhenti. sayangi lah diri anda terutama orang di sekeliling anda.

sekarang ni saya amat pantang bila ada je orang main hembus je asap rokok depan muka saya. rasa sangat rimas dan rasa nak hembus balik asap tu kat muka dia. (selalu nya memang wat camtu) hello! kami yang sedup asap rokok tu lagi berisiko dapat penyakit tau. kalau nak mati cepat sila mati sorang-sorang. jangan libat kan orang tak bersalah.

yela yang tak merokok pun boleh terkena penyakit juga, boleh mati juga! tapi anda yang merokok boleh mengelak dari penyakit. boleh memanjangkan hayat anda. nak ke kena penyakit jantung seawal usia 40 tahun?

ni ada sedikit info pasal merokok yang saya jumpa kat internet.
- tembakau dari rokok mengandungi lebih 4,000 kimia (kebanyakan beracun)

- nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras
- tar didalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah

- merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung

info: setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yg berpunca dari merokok setiap tahun (anda mahu tambah kan jumlah ke?)

jika anda menghisap sekotak rokok 20 batang yang berharga RM9 sehari, setahun anda dah guna RM3,285 dengan hanya membeli rokok. berbaloi ke? banyak tu jumlah.

banyak penyakit dari merokok ni. nak senarai kan panjang. sangat panjang okay! tak tipu punya. so pandai-pandai la fikir sendiri risiko merokok ni. ^_^ tapi yang berisiko tinggi adalah orang yang hidu asap rokok (passive smoking) tau. passive smoking ni orang yang menyedut asap dari perokok. so nak merokok tu jangan hembus asap, simpan je dalam badan.

cara nak berhenti merokok:

1. Cold Turkey
maksud nya berhenti tanpa apa-apa rawatan. cara ni memang agak susah nak berjaya sebab cara ni perlu betul-betul ada kesungguhan. sesetengah orang melakukannya dengan mengurangkan kuantiti rokok yang dihisap setiap hari.

2. Ubat-ubatan preskripsi
yang ni kena ada nasihat doktor. bukan main makan je ubat sebarangan. takut ada kesan sampingan. so nak senang jumpa je doktor mintak nasihat.

3. Terapi Gantian Nikotin (NRT)
terapi ini membekalkan badan anda dengan sukatan nikotin sekadar yang cukup untuk mengurangkan gian rokok. kaedah NRT adalah seperti tampalan NRT, gam NRT dan alat sedutan NRT (boleh dapat kat farmasi, hospital atau klinik) tapi kena ada nasihat doktor atau ahli farmasi. sebab ada gak golongan yang takleh guna kaedah NRT ni.

yang penting anda kena ada keinginan dan keazaman yang kuat. baru leh berjaya berhenti merokok.

jangan lah anda hanya bertahan untuk tidak merokok hanya seminggu atau sebulan sahaja. pastikan anda benar-benar bersedia dan tekad. so kepada yang mahu berhenti selamat maju jaya. ^_^

kalau yang memang nak merokok juga (memang tahap degil) sila lihat video ni!


macam mana? rasa nak merokok lagi tak?


p/s: saya bersyukur sebab dalam family saya takda yang merokok. kalau shisha sama tak? siapa tahu? sebab saya suka bau shisha. sebab wangi! ^_^

Wednesday, December 24, 2008

Layan kan jer!

aktiviti arini bangun pagi-pagi kena wat bfast. hoish! mak, abah ngan adik ku yang kecik Haziq balik kampung untuk 3 hari so tinggal la kami 3 beradik kat uma. esok mak abah mau pulang dah. yey! yang masak semua saya lah! (wah, tak sangka!)

then bersiap nk gi kolej lak. settle kan borang tamat pengajian. kalau tak wat mmg tak dpt grad lol! nak drive takot lak (sesungguh nya daku amat fobia drive keter). 3 tahun kot ada lesen tapi tak guna. lol! so rela berjalan kaki gi tren. plan gi kolej ngan Nita. so dia just tunggu kat sana je. penat ouh naik turun tangga ngan lif nak settle kan. pukul 1 lebih baru settle!

awal lagi nak balik, so ktorg gi la pavilion nak gi tgk movie. naik cab je la dari kolej murah n jimat tenaga. sampai pavi terus gi beli tiket movie pukul 2. memang cerita Histeria ngam2 start time tuh. masuk2 dah start. ah! layan kan aje. cerita ni banyak wat org terkejut ar. tension gak main jerit2 ni! kitorg kalau jerit over je lebih! hahaha~ takut gak la. tapi tak suka cerita ending camtu. haish!



pas movie tak tau nak watpe. so round satu pavi dari hujung ke hujung satu lagi sampai tingkat 5. pastu Soleh datang lepak2 kat food court plak. kena paksa belanja kitorg (nasib baik pow dia air je). borak la macam-macam. pukul 5.30 balik la kami.

balik awal la sebab ada tugas menanti di umah. balik kena masak lak. masak la cincai janji adik ngan abang ku kenyang. masak sardin ngan goreng telur dadar je. hahaha~ giler pemalas punya orang! biar la, dorg makan gak. walaupon kentang dalam sardin keras. telan je la labu, janji kenyang. lol!


**oh ye! arini kaki takde luck. 1st penat berjalan. 2nd kena pijak ngan heels minah sekor ni kat dalam tren. 3rd terpecik minyak masa masak tadi. 4rd terlanggar meja masa kat uma. adoi! sakit btol! kesian kaki ku ini. (kaki yang sama pernah patah masa main futsal masa bulan Feb 2008) lol!


p/s: mekasih yang baca sampai abis. takde yang menarik melainkan yang tak menarik! sekian mekasih! ^_^

Tuesday, December 23, 2008

Tag Lagi

Tagged by Majeeda



Rules:
*1. Those who get tagged must answer the question about themselves.
*2. At the end of the post, tag 10 people except the person who tagged you (tagger).
*3. Continue this game by sending to other people. (refer to rule No. 2)



Time: 1244am
Name: Azri Azyan
Age/Birthday: 09.09.1987
School: SMK (P) Sri Aman
Elder Sister: im da eldest
Younger Sister: Zarifah

Elder Brother: Shahrizul
Younger Brother: Faiz n Haziq
Favourite Liquids [Drinks]: Soya Bean
Favourite Consumables [Food]: anything
Favourite Place To Sleep: my room
Flying: if i can fly ^_^
Swimming/Diving: if i could swim
How Much Friends In MSN: ym ade la
Couple: ape tuh?
Loved Ones: family n best fwens
Get Kicked On The Butt?: yup
Allergic?: kalau lama2 kat cahaya matahari
Gastric?: nope
Whole Fortune?: no idea
Age Of Marriage: 27 maybe
Children Wanted: not decided yet
Age Of Death: who the hell will know
Animals In House: tak suke!
Longest Fingernail Ever Kept: dont rmmbr
Wanted Birthday Present: mini cooper? haha


Q: In your dream, God tells you you are a billionaire in your dream world and gives you a wish. What would you wish for?
i wish the dream will come true


10 people to tag:
tak mahu tag sesiapa



Tagged by Heedayah


7 fakta tentang aku :

- susah nak marah orang
- cepat suka kat orang
- cepat percaya kat orang
- suka sangat tido
- orang lain susah nak faham perangai
- mampu sembunyikan perasaan
- suka enjoy

7 perkara menakutkan aku di duniawi ini :

- takut tak sempat nak taubat
- takut pada kuasa tuhan (tapi tak pernah gak nak insaf)
- takut kehilangan orang yang disayangi
- takut kalau jadi orang yang tak berguna
- takut apa-apa jenis serangga (yuckk!)
- takut jadi lonely kat dunia (haha!)
- takut benda yang paling takut (dah xtau ape sbenarnye)

7 lagu yg paling aku suka :

- Jason Mraz-Make It Mine
- South Jordan-Fatal Flaw
- The Red Jumpsuit Apparatus-Ur Guardian Angel
- Cascada-Could It Be You
- 6ixth Sense-Tanpa
- Cassie-Is It You

7 perkara yg aku selalu sebut :

- yeke
- whatever
- wtf
- entah
- orait
- bodo
- mengong

7 perkara yg bernilai bg aku :

- semua
- nya
- bernilai
- bagi
- saya
- sekian
- terima kasih

7 pertama kali dalam hidup aku :

- pertama kali derma darah tahun 2006
- pertama kali ada hp sendiri umur 15 thn
- pertama kali couple umur 18
- pertama kali kerja lepas spm dulu
- pertama kali ada basikal sendiri ??? (tak ingt sbenarnye)
- pertama kali masuk skolah umo 4 thn
- pertama kali pada semua pertama kalinya (lol! xtau dah la)

7 org yang akan terkena lak :
xpe la malas nak tag org.haha



Sesiapa yang kena tag, kena tulis 10 sesuatu berkenaan orang yang meng'tag' dia.

tagged by Heedayah

1) mata bulat
2) suka sangat kat kucing
3) nama umah teratak heedayah
4) rajin post gmbr kat blog
5) suka kaler pink
6) ada sorang abg nama taufik (btol ke?)
7) pandai edit gmbr
8) comei je
9) sgt baik ngn kawan2
10) masih bersekolah


*Orang yang kena tag kena tulis 10 perkara. sesuatu pasal diri mereka.


1) suka ber'enjoy'
2) x suka subject membaca (benci gler)
3) SANGAT pelupa (no hp sndri pon kadang2 x ingt)
4) suka mengira tapi tak suka buat akaun
5) suka bisnes
6) suka tengok movie
7) teringin nak tgk hantu (hoho!)
8) nampak je berani tp sbenarnye xde la berani sgt
9) luaran nmpk sombong
10) tapi sbenarnye TAK okay! kenal2 dulu br leh judge org!

*At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names.
malas ar mau tag org



p/s: sesiapa nak wat tag ni sila lah!

Monday, December 22, 2008

Kad From Zahra



credit to Zahra yang bagi kad ni
thx juga yea Zahra sebab datang jenguk n bagi comment skali kat blog ini
^_^
tenkiu!

Sunday, December 21, 2008

Travis Barker



sekarang ni nak cerita pasal Travis Barker. seorang drummer yang cukup hebat la. kalau tengok dia main drum, wow! memang terpukau la. for me memang terpukau (suka rambut mohawk dia). untuk orang lain tak tau. ^_^ dulu saya minat giler la kat Travis masa dia dalam band Blink-182. semua lagu saya hafal. tahun 2005 band ni dah berpecah. so Travis n Mark Hoppus, yang dulu nya dalam band Blink-182 gak tubuhkan band Plus 44 (+44). (click utk tgk website +44)

**malas nak tulis bnyk, so just check these video. travis playing drum**


Fuckin amazing okay!

his style on playing drum is without shirt on! ada style gitu! ^_^


others video

Travis drum solo
Recording Session Flo Rida-Low
Travis studio drumming
DJ Am & Travis


*yang lain cari la sendiri.


p/s: ada yang tak suka travis. so what! lain orang lain suka okay!

Sebab Lelaki Susah Nak Faham Wanita


lelaki memang susah nak faham wanita. kebanyakan lelaki lebih suka merahsiakan rasa hati mereka. mengapa dan kenapa? entah la. kadang-kadang wanita sendiri susah nak faham perangai lelaki yang sukar untuk dijangka. minda lelaki ni sebenarnya pelik tapi sometimes cam unik sikit. (ouh lelaki patut bangga okay!)

lelaki ni bijak kawal emosi berbanding wanita. kelemahan lelaki bila nak meluahkan perasaan terhadap wanita melalui perkataan atau luahan emosi. kebanyakan lelaki menunjukkan emosi dalam bentuk fizikal. contoh nya lelaki akan luahkan perasaan melalui tindakan (cam tolong bukakan pintu kereta, sentiasa mahu berada dekat dengan wanita). lebih kurang camtu la. bagi lelaki "actions speak louder than words"

sebab tu la sometimes lelaki ni percaya pada cinta pandang pertama. lelaki bila nampak wanita yang menarik atau berkenan je terus suka. betul ke? ini saya tak sure sangat.

lelaki juga tak kan faham kenapa wanita selalu cepat terasa. bagi lelaki benda remeh pun boleh jadi satu issue. bagi wanita pula dalam kepala otak dah fikir macam-macam. kenapa dia camtu.. mesti dia..entah-entah.. bla bla bla~ lebih kurang camtu la.

wanita ni tak kan pandai nak kawal emosi. cuma sebahagian je wanita yang bijak mengawal emosi. lelaki pula kurang bijak untuk berhadapan dengan wanita yang hati tisu ni. kadang-kadang wanita tu sendiri yang susah nak diramal. sebab tu la lelaki sendiri memang susah nak faham wanita.

wanita ni banyak berfikir. dalam kepala macam-macam benda yang dia nak fikir. sampai benda yang tak perlu nak fikir pun dia nak fikir gak. bagi lelaki pulak, dia tak kan fikir benda remeh-temeh camtu.

wanita ni suka kan perhatian. sebab tu la lelaki kena la faham wanita. okay fair enough la. wanita pun perlu la faham lelaki kalau nak lelaki faham anda.


p/s: sesiapa juga tak kan boleh jangka perangai n sikap saya! i dont need people to understand me! lol!

Saturday, December 20, 2008

Sekadar Nasihat

disebabkan dah tak tau nak watpe, saya gi la baca email-email lama. so saya terbaca nasihat berguna ni. email forward dari kawan lama saya, Qila. so saya mau share ngan sume orang. ^_^


1. Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

2. Kahwinilah lelaki atau wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

3. Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

4. Apabila kamu berkata, "Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

5. Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

6. Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

7. Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

8. Percayailah cinta pandang pertama.

9. Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

10. Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

11. Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

12. Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

13. Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

14. Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

15. Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

16. Berpeganglah kepada tiga R:

o Rasa hormat pada diri sendiri
o Rasa hormat kepada orang lain
o Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda


17. Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

18. Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

19. Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

20. Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


p/s: yang part bertunang tu tak sure kenapa. yang lain boleh diguna gak la. nasihat yang baik!

Friday, December 19, 2008

Red Jumpsuit Apparatus



saya tau band ni through Aleng yang suruh saya dengar lagu "Your Guardian Angel". dari album Don't You Fake It. album ni dah lama pun. tahun 2006 release. best la juga lagu ni. lirik yang sangat mendalam. i like! ^_^ tadi gi tgk web Junk Online, band ni akan coming over to Asia. yang tau kat Manila. venue lain tak tau. ('Your Guardian Angel's lyric')

**Here’s the band’s music video for their song ‘Your Guardian Angel’**




p/s: layan je la yea. =p

My Day


**The Day The Earth Stood Still**


Last tuesday (16/12/08) saya tgk movie ni ngan kwn2 baik saya, fieza n sabby. malang nya amyr n ziela x dpt join. but its okay. bertiga pun jadi la. ktorg gi tgk kat pavilion. dat day saya jd cam tourist guide dorg. just kuar jln2 je. ouh okay gmbr mmg xde langsung! saya mmg x brapa suke bergmbr. (actually bila ngn nita, aunie n dyh giler gmbr plak) **sila tgk pic kat sebelah kanan blog okay!**

okay2! pape pun dah lama x kuar ngan mereka. walaupun lg 2 org xde tp still enjoy. kitorg dah kawan sejak skolah rendah n menengah lg. tgk muvie den round2 xde keje. ok la cte ni. tgk ley enjoy. still menarik gak. ^_^ den pas tgk movie si soleh n asrul dtg. saje sebok2 xde keje. jmpe kejap lepak2 minum pastu blk. tu je aktiviti. tatau nk watpe. lol!



**Yes Man**
"Yes Is The New No"

TAGLINE: "One Word Can Change Everything"

Hari ni (18/12/08) pulak gi tgk midnite movie kat midvalley. kuar ngan bean, soleh n asrul. tetibe je kuar mmg last minit. dorg dtg amik sy kat umah. (bwk ank dara org mlm2 perlu la) **nasihat abah 'jgn blk lambat sgt'** tapi sy blk lewat juge. ampun yea! ^_^

movie kol 11.30pm beli tiket dlm kol 9pm. ingt nak tgk Histeria tp mereka sume tak mau. konon x best la apa. (sbenarnya penakut!). ceh lelaki pon! so aktiviti sblm tgk movie jln2 dulu. cacat juge bila g kedai pet tgk binatang. pastu kne gak follow dorg g men game. kne paksa lg lawan daytona. last2 sy dpt no last skali. hampeh je dorg. den g la lepak mcd. borak ntah ape2. layan dorg leh jd giler.

den gi la tgk movie. tgk cte Yes Man. cte ni sgt menarik okay! sila2 sume pegi tgk. (haha~ promote agi ni) x rugi beli! (asrul.. aku dah akui juge mmg best!) lol! gelak dr awl movie smpi abis. mmg klaka! ^_^ ouh dlm movie td abh kol tnye bile nk blk. boleh pulak! hoho~ pas movie tros blk. tp ktorg sesat nk cr keter. mmg slalu la klau kuar ngn dorg. x penah x sesat nk cr keter. lol! last2 jmpe gak sbb salah zone. hoh! smpi uma abah dh tdo. nasib baik, klau x mau nye bising. (ampun ye abah! ^_^)

smpi2 je tros online bukak blog. rindu ouh! ^_^


p/s: suka tagline Yes Man tuh! hari ni sgt hepy! ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...