Thursday, January 31, 2013

Review: Kursus Perkahwinan (Masjid Negara)

Salam B2B semua,

Pada 5 & 6 Jan lepas, saya, encik tunang, dan dua orang kawan kami hadiri kursus kahwin yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Islam, PPKI Masjid Negara.



Kami daftar kursus masa pameran pengantin kat SACC, Shah Alam 28 Dec 2012 yang lepas. Harga promosi kalau daftar time pameran ialah RM70 seorang, discount RM10. Ok la tu kan. Bayar deposit RM10 seorang, then balance payment bayar masa kursus.

Harga biasa RM80 seorang untuk 2 hari termasuk makan dan minum.


Hari pertama kursus (5 Jan 2013), kursus start pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang. Pendaftaran bermula jam 11 pagi. Macam biasa lah kan janji melayu, kami sampai di tempat kursus tepat jam 2.30 petang. Memang last minit lah.

Tempat kursus di dewan di bawah masjid, agak-agak yang tak tahu, sampai sana nanti jangan malu bertanya. Nanti sesat macam kami. Hahaha.


Tempat ok, selesa, cuma time kami nasib tak baik lah dapat aircond problem, tapi tu bukan masalah besar. Yang penting ilmu yang dapat masa kursus ni. Semua penceramah best, banyak ilmu dapat.

Yang penting senang je nak pergi solat, dah nama kat masjid kan. Tak payah pening fikir tempat nak solat. Sampai waktu je pergi solat.


Hari kedua kursus (6 Jan 2013), kursus bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Jangan risau duduk lama dalam tu, banyak waktu rehat, makanan pon disediakan. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang pun ada. Cuma hari pertama je tak sediakan makanan sebab separuh hari, so memang hari pertama tu masing-masing perut lapar bila habis kursus.


Pakaian semasa kursus untuk lelaki memang kena pakai baju berkolar, nak best pakai baju melayu pun tak apa. Yang perempuan pakai baju kurung dan bertudung ye.


Suasana semasa kursus


Dah settle 2 hari kursus boleh collect sijil perkahwinan minggu seterusnya kat tempat pendaftaran yang sama ye. Seminggu je dah dapat sijil. Yey! Boleh kahwin. Hahaha.



Detail mengenai kursus:-


Tempat: Dewan Seminar Kursus Kahwin, Masjid Negara, Kuala Lumpur

Tempoh Kursus: 1 1/2 Hari

SABTU : 2.30 ptg - 6.30 Petang

AHAD : 8.30 Pagi - 6.30 Petang

Bayaran Kursus: RM 80.00

Pakaian Lelaki: Menutup Aurat dan Sopan, Berkolar

Pakaian Perempuan: Menutup Aurat Dan Bertudung

Dokumen Yang Perlu Dibawa: 1 Keping Salinan Kad Pengenalan



Further info boleh lawati BLOG PPKI atau FACEBOOK PPKI.


Selamat berkursus uolls!

Monday, January 21, 2013

Petua: Masker Putih Telur

Salam uolls,

Disebabkan dekat peti ais ada satu bekas besar putih telur yang tak guna, tiba-tiba dapat idea nak buat mask muka. Yela, dari buang membazir, kita manfaatkan apa yang ada. Ye tak? Lebihan putih telur ni ada sebab mak saya buat kek lapis yang just pakai kuning telur je, sebab tu ada banyak putih telur lebih.

Macam biasa la, Google je untuk taw cara nak buat mask ni. Sebenarnya just tepek je kat muka, tapi sebab nak jugak google kan. Gedik sungguh!


Sumber: Google




KHASIAT PUTIH TELUR:

  • Menegangkan kulit muka
  • Mengecilkan pori-pori di muka
  • Menyingkirkan lebihan minyak di muka
  • Dapat mengatasi masalah kulit seperti blackhead, whitehead

CARA PAKAI MASKER:
  1. Asingkan putih telur dengan kuning telur (ambil putih je taw)
  2. Kacau telur sampai berbuih sikit je ye.
  3. Cuci muka bagi bersih dulu dengan pencuci muka. Lepastu wapkan muka dengan air panas atau sapukan muka dengan kain yang direndam dengan air panas. Kalau agak-agak malas nak wapkan, cuci je muka dengan air suam. (Tujuan untuk bukak pori muka yang tersumbat)
  4. Then, bolehlah sapukan rata putih telur tu ke muka dan biarkan kering.
  5. Setelah kering, cuci muka dengan air sejuk.(Tujuan untuk tutupkan balik pori muka)
  6. Boleh lakukan sekali seminggu.

Kalau rasa taknak membazir buang kuning telur, boleh juga buat masker macam putih telur ni. Step pun sama je, cuma khasiatnya lain sikitlah. Kuning telur untuk melembapkan kulit muka.


Kalau nak buang whitehead atau blackhead boleh pakai tisu atau kapas muka. Cara mudah je. Cuma sapukan putih telur kat tempat yang kita nak buang whitehead atau blackhead tu, letak tisu atau kapas muka kat tempat tu, then sapukan lagi putih telur atas tisu tu. Tunggu sampai kering, lepas tu boleh cuci bersih.


Senang je, cuma rajin dengan malas je la sekarang ni. Kalau nak cantik kena rajin. Lagi-lagi B2B kan, kena jaga muka sebelum naik pelamin. Hehehe. Lepas buat muka best je rasa, macam licin dan bersih sangat. Boleh try ye.


Selamat mencuba!

Saturday, January 19, 2013

Resipi: Krim Karamel

Aktiviti pada Khamis lepas, buat krim karamel. Patut nak buat Rabu, tapi sebab gi buat HIV test, tak sempat la, so kelmarin baru dapat buat. Siapa agak-agak teringin nak makan, boleh try resipi kat bawah ni, senang je uols.

Ini hasil tangan saya, dah separuh bantai baru teringat nak ambil gambar. Nasib tak tinggal pinggan je. Hehehe.



Jom chekedout resipi kat bawah ni ye. Resipi yang sangat mudah dan simple je. Bahan pun tak banyak.


BAHAN-BAHAN

2 tin susu cair
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar esen vanila
6 biji telur
1 cawan gula pasir - untuk gula hangus


CARA MENYEDIAKAN

1. Ambil periuk dan masukkan satu cawan gula. Dengan api yang kecil, kacau gula hingga hangus dan cair. Bila gula dah mula cair dan sedikit hangus, tutup api. Jangan terlalu hangus, nanti gula rasa pahit.
2. Then, terus tuangkan ke dalam loyang. Jangan tunggu lama, sebab gula cepat mengeras. Lepas tu biarkan gula mengeras dan ketepikan.
3. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, gula dan esen. Pukul sehingga telur betul-betul hancur.
4. Kemudian tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi dan kukus.
5. Kukus selama setengah jam atau sehingga masak. Jangka masa masak bergantung kepada bekas yang anda guna. Jangan guna loyang tinggi sebab nanti bahagian tengahnya lambat masak.
6. Setelah masak, biarkan sejuk dan barulah masukkan dalam peti sejuk.
7. Simpan lebih kurang 6 hingga 12 jam, barulah krim karamel enak dimakan.


Tak faham jugak, tengok gambar bawah ni, saya ambil dari majalah je, malas nak ambil gambar setiap step time tengah buat karamel ni, nanti ada gula yang terlebih hangus.




Gambar seperti dalam Majalah Saji.



Senang je kan? Follow je step kat atas ni, gerenti jadi. Resipi senang dan sedap taw. Rasa lemak-lemak manis. Dah siap boleh la bagi kat bakal-bakal husband uols nanti. Hahaha.



Sumber Resipi: Majalah Saji (Jan 2013)

Thursday, January 17, 2013

Tips: Ujian Saringan HIV

Salam to all B2B,


Pening betul bila hal daftar nikah tak selesai lagi. Bila borang nikah dah selesai, benda ni la yang paling lega sekali rasa. Sekarang ni tak settle lagi dari bulan lepas. Kursus nikah done! Cuma problem sekarang HIV test je.


Dah banyak klinik kerajaan saya telefon, semuanya nak kena buat appointment dulu. Tunang saya try pergi Klinik Kesihatan Selayang Baru, appointment dapat buat 28hb Jan ni. Means, lagi 2 minggu baru dapat buat. Lambat sangat pulak.


So, semalam kami bercadang untuk terus pergi ke Klinik Kesihatan Serendah. Tak jauh pun, just 15 minit dari rumah tunang saya ni. kitorang tahu sebab abang kepada tunang saya ni pernah buat test HIV kat sana. Lepas lunch dia ambil saya kat rumah, then pergi lunch dulu, haruslah sebab masing-masing kebulur. Lepastu terus ke Serendah.

Before that, saya ada call dulu klinik ni tanya pasal HIV test, dia kata just datang terus je tak payah buat appointment. Lega dengar.


Sampai sana terus ambil nombor giliran, isi borang dan tunggu nombor giliran panggil. Sekejap je tak sampai setngah jam pun.

Nombor cantik tu.


Then kitorang ambil nombor giliran lain lak untuk ambil sample darah. Tunggu tak sampai 10 minit pun, terus masuk bilik, nurse ambil sample darah. Then keputusan terus dapat, tapi kena bagi doktor sahkan dulu, dah dapat cop, boleh balik dengan bawak result yang cemerlang. Tak sampai 2 jam dah settle semua. Sekejap je kan?


Yang bestnya, result tu just guna borang yang kita isi tu je, ada cop doktor, kira lulus la ujian tu. Tak payah nak P&C sangat. Seal pon tidak. Rilex je kertas camtu. Hahaha.

Sempat lagi, sebab budak ni comel sangat!

Untuk B2B yang pening pasal ujian HIV ni boleh la pergi ke Serendah, bagi yang area Selayang atau Rawang dekat la. Saya pun duduk Petaling Jaya, ok je gi sana. Tak payah pening nak tunggu appointment bagai. Pergi je terus Klinik Serendah ni terus settle.


So, kami balik dengan hati senang. Done HIV test! Next ambil sijil kursus kahwin lak kat Masjid Negara, sebab kitorang buat kursus kat situ. Next entry saya cerita pasal kursus kahwin lak yea.




Bye!

Kembali untuk ke berapa kali ku tak pasti!

Salam semua,

Ok straight to the point je la yea. Nak main tipu la, dah taknak sambung main "30 things in 30 days challenge" la. Penyakit M datang, so tak boleh nak buat apa la kan. Entry dah berkurun, dah tak style, orang tak layan, saya je terhegeh buat tak habis-habis. Buat malu je. Huh!


I'm back! Untuk kali ke berapa tak tahu lah. Untuk yang betul-betul back atau masih hangat-hangat tahi itik pon tak tahu. Kita tunggu dan lihat. Agak-agak lepas ni ada satu atau dua entry masuk, lepas tu berbulan-bulan senyap, maknanya masih tahi itik.


Tak tahu la kenapa, mood untuk berblogging ni tak ada macam dulu-dulu yang rajin je update. Sekarang samada penyakit M datang atau pon idea tak ada nak buat entry. Mungkin dua-dua bergabung kot. Tu yang hasil cam harem sikit.


Ok takda benda lagi dah. Nak fikir entry apa lak lepas ni. Hahaha.



Next project.


Soon!




Bye all~

Sunday, August 5, 2012

Day 10 : A Photo Of Your Favorite Place To Eat

Day 10 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.


Ikut kan hati orang yang kuat makan ni, kalau boleh semua tempat makan pun favourite, siapa yang tak suka makan kan, ye dak? Banyak tempat makan yang sedap-sedap kat Malaysia ni, so kena la pandai explore, google mana yang patut kalau dah tak reti sangat. Sure banyak review dalam website tu, memang bersepah.


Paling best, Humble Chef kat Bukit Damansara. Dah famous dah tempat ni. Tipu kalau tak tahu. Yang tak penah gi sini should try. Best and sempoi! Harga sangat murah dan puas hati.



Harga makanan just RM5 SAHAJA okay! Murah beb. Nampak portion macam sikit, tapi kenyang jugak bila makanan rotate dengan kawan-kawan, so masing-masing order makanan lain, dapat la merasa semua sekali. Sharing is kenyang bebeh!






Pasta ada 4 jenis ke 5 entah, tak ingat pulak. Nama semua pun tak ingat. Yang penting rasa da boomm!




Yang atas ni roti apa ke nama, chicken apa entah, apsal la tak ingat langsung. Hampeh! Takpa, pegi hari-hari makan sini sure hafal. Hahaha. Air yang diorang ada kat sana tak boleh demand bagai, air kotak sahaja okay. Paling special pun ada air kelapa. Sempoi!


So, sesiapa yang agak-agak tak penah lagi jejak kaki ke sana, mari-mari. Try sendiri best ke tak best.


Saturday, August 4, 2012

Day 9 : A Photo Of The Item You Last Purchased

Day 9 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.


Harus ke letak photo nye? Apa yang saya last beli semalam ye? Hrrmmm. Google je la, malas la nak upload gambar bagai.





dengan yang ini..





Untuk buat kuih raya la apa lagi.. heh! ^_^


Friday, August 3, 2012

Day 8 : A Song That Match Your Mood

Day 8 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.


Currently saya suka sangat lagu Butterfly-Melly & Anto Hoed. Ni penangan cerita Dejavu di Kinabalu la ni. Best sangat lagu ni. Paling saya suka time Aqasha nyanyi, sedap woo! Cerita baru je habis, ending yang tak berapa mantopp! Asal cerita melayu yang dapat top ranking je mesti ending cam tergantung. Harus ke macam tu? Ada Dejavu 2 ke? hahaha.


Ok, sila layan sikit lagu original Butterfly.






Yang ni versi Aqasha nyanyi lak. Merdu giler suara Aqasha. Damn!






Layan!

Friday, July 27, 2012

Day 7 : Your Dream Wedding

Day 7 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.


"Your Dream Wedding" perkara yang orang perempuan suka dan idamkan. Dah tentu setiap orang ada dream wedding sendiri kan. So, sekarang ni pun memang saya tengah settle kan hal wedding saya sendiri. InsyaAllah tahun depan. So, kena prepare awal-awal untuk bagi semuanya berjalan dengan lancar.


Sekarang ikut list dua yang utama je.


1. THEME: GARDEN WEDDING

Source: Villa Pengantin


Lebih kurang macam ni lah. Bukan exactly sangat, just tema taman, ala-ala gitu. Yang penting simple dan cantik, pelamin pun tak perlu sampai ribuan ringgit. Membazir amalan syaitan!



2. WEDDING COLOUR: BLUE & GREEN



Disebabkan mula-mula pening nak pilih warna hijau atau biru. Last-last ambil je dua-dua warna ni, memang nice combination ni. Cuma tak tahu lagi lah senang ke tak nak match kan nanti. InsyaAllah, tunggu dan lihat.



Tu je kot yang penting. Yang lain-lain tu tak kisah sangat. Asal kan semuanya ok dan under bajet. Kalau nak ala-ala dream sangat, memang bajet tinggi la, kalau ada orang sponsor ok jugak. hehehe. Ni semua SDN BHD, harap maklum je la. So, kena consider sikit, yang penting majlis sederhana dan meriah. Dah selamat semua nya Alhamdulillah la. Saya ok je, tak memilih sangat. Yang paling utama kena fikir perjalanan selepas kahwin nanti, kalau over bajet nanti lepas kahwin hutang keliling pinggang lak. Scary!


Thursday, July 26, 2012

Day 6: A Photo Of An Animal You'd Love To Keep As A Pet

Day 6 untuk challenge 30 Things in 30 Days Challenge.



Untuk Day 6 ni, agak susah la nak fikir, FYI saya tak suka pet. Bukan sebab tak sayang haiwan ke apa, cuma nak bela tu kerja yang merumitkan.

Kalau bela kucing, saya dah la takut kucing, memang tak laa nak bela. Kalau ikan saya suka, just bagi makan je kan. Takyah susah nak belai-belai, cuma satu benda kena jaga, bersihkan akuarium tu yang leceh. Bukan leceh apa, nak keluar kan ikan tu sure kena pegang dengan tangan kan? Geli weh pegang ikan bergerak! Kalau dah mati tak apa. Tapi yang pelik, saya pegang ular sawa ke apa boleh la pulak. Hrmm. Pelik jugak ye.



Tapi nak macam ni boleh tak? Sure kerja jadi best! Hahaha. Yela sangat kan, nanti kerja tak jalan, mata asyik nak tengok ikan je. Tapi siyes benda ni macam cool giler!





Dulu masa kecik teringin nak bela arnab, tak tahu kenapa. Sebab arnab comel kot. Tapi geli pulak nak pegang. So, abaikan teringin tu, memang tak mungkin bela.


Kesimpulannya, maap la ye, takda haiwan yang saya nak bela untuk jadi pet. Sekian!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...