Showing posts with label Weddings. Show all posts
Showing posts with label Weddings. Show all posts

Friday, April 18, 2014

Tips: Tips Memilih Wedding Color

Meh nak cerita sikit pasal tips nak pilih wedding color. Saya taw mesti ramai yang pening bab nak pilih warna apa untuk dijadikan tema kahwin. Nampak macam senang, tapi sebenarnya bukan mudah taw. Yela, berapa banyak warna yang ada, nak pilih yang sesuai bukan senang, nak match kan 2 atau 3 warna pon bukan senang. Kalau salah match mau jadi wedding clown.


Paling senang nak cari warna tanya encik Google. Paling membantu masa saya kahwin dulu. Macam-macam warna keluar, so kena pandai-pandai la pilih mana yang sesuai dan berkenan ye. Masa saya nak kahwin dulu bukan main nak warna itu ini. Last-last pilih warna simple, sebabnya bila dah berkenan warna tu, nak cari baju dengan segala macam yang berkaitan ikut tema warna tu memang sangat susah. Ambik kau! Nak sangat kan warna gah sangat, kan dah susah nak cari barang.


Emerald
Sumber: www.exclusivelyweddings.com


Royal Blue
Sumber: marilynskeepsakes.com


Royal Blue + Lime Green
Sumber: luvandido.com


Royal Blue + Yellow
Sumber: sweetweddingcakes.info


Banyak lagi warna yang ada, ni just sebahagian je. Warni ni antara pilihan hati saya. Mula-mula memang nak warna Emerald tu, pastu nak cari baju susah giler. Semua kedai andaman memang takda lagi warna Emerald. Then pergi satu kedai ni kat PKNS Shah Alam jumpa 1 baju simple dan warna pilihan. Apa lagi terus confirm je. Terus tempah 2 pasang, untuk majlis belah perempuan dan lelaki. Dah dapat baju baru pilih tema warna lain lak. Last sekali pilih la tema Royal Blue + Lime Green. Senang cerita. Baju untuk majlis perempuan warna royal blue, majlis belah lelaki pilih warna kuning diraja.



Tips Memilih Wedding Color
  1. First, cari dulu baju yang berkenan kat butik. Sebab nak cari baju paling susah, melainkan kau punya bajet cukup untuk tempah baju baru. Macam saya, just sewa yang sedia ada je. Benda sama je, tempah baju baru kena bayar lebih, baju dapat kat butik gak. Melainkan kau bayar lebih untuk simpan baju tu untuk kenangan.
  2. Second, agak-agak dah jumpa baju baru lah pilih tema warna. Kalau suka lebih dari 2 warna, kena pandai match kan padanan warna tu. Nanti jadi janggal lak. Kalau boleh pilih warna ceria. Tapi ikut taste korang la jugak. Ada suka warna terang macam saya, ada yang suka warna pastel, ada yang suka warna gelap. So, depends.
  3. Then, dah dapat match warna tu boleh la kau nak beli atau booking segala macam berkaitan wedding tu. Bab pelamin kena pandai main warna, salah pilih. bommm! Nampak pelik. Yang penting jangan pilih warna pelamin yang boleh tenggelamkan penggantin. Nanti orang lain tak nampak korang tengah bersanding. Sebab warna baju dah sama dengan pelamin. Beware!
  4. Lain-lain yang berkaitan macam dekorasi, gift, hantaran dan lain-lain pon penting dalam pemilihan warna. Yang penting simple dan cantik.
  5. Yang lain pandai-pandai la korang list kan sendiri ye.


Itu sahaja kot tips yang berkaitan. Untuk next entry berkaitan wedding akan menyusul bila ada idea. ^_^

Friday, February 15, 2013

Review: Permohonan Perkahwinan (Selangor)

Salam B2B semua,


Bagi yang pening pasal borang nikah tu mana nak dapat. Tak payah pening gi pejabat agama terdekat ke apa. Sekarang zaman dah maju dan canggih, semua dihujung jari. Try website ni Jabatan Agama Islam Selangor. Untuk B2B Selangor je ye, yang negeri lain saya tak sure la. Boleh try google macam mana cara senang kan.


Dah masuk website tu daftar terus kat belah kiri bawah sekali tu. Dah daftar boleh terus masuk. Ada borang yang diperlukan semua kat dalam tu. Ada certain borang je yang visible, kalau pengantin perempuan borang 2C dan 2D je. Untuk pengantin lelaki borang 2A je ye. Boleh direct isi online, then print terus, dah lengkap semua document boleh terus hantar ke penolong pendaftar nikah. Kalau nak tepat tengok carta bawah ni.


Prosedur Permohonan Perkahwinan (Lelaki)



Prosedur Permohonan Perkahwinan (Perempuan)


Tak faham? Sama la macam saya mula-mula dulu, memang tak faham langsung prosedur ni. Pening banyak! Hahaha. Tapi jangau risau nanti pergi pejabat agama, Ustaz tu akan tolong. Yang penting pihak lelaki kena settle kan dulu semua borang baru la pihak perempuan hantar borang semua sekali.

Sekarang ni, bagi pihak tunang saya dah settle semua, tinggal pihak saya yang tak hantar lagi borang, sebabnya tok kadi kat kampung saya tu kata mungkin pilihanraya jatuh pada hari saya nikah. Tok kadi tak ada, sama juga ayah saya yang akan jadi wali tak ada, sebab dua-dua pun akan jadi ketua kat tempat mengundi tu. Besar betul masalah ni. Sekarang dah pening nak cari tarikh lain.


Boleh tak umumkan tarikh pilihanraya awal-awal, takda la menyusahkan orang lain yang nak prepare macam-macam. Kasi pening semua rakyat la. Saya yang pening besar, tapi hope sangat tarikh tu bukan jatuh pada tarikh nikah saya, kalau tak kelam-kabut nak cari tarikh lain yang sesuai. Kalau betul-betul jatuh pada hari sama, memang saya kena cepatkan tarikh nikah la. Nak lambatkan tarikh susah sikit, tarikh sanding dah fix, tak kan nak sanding dulu baru nikah? Hahahaha.


Takpa, relax and cool. Doa-doa semoga pengumuman tarikh pilihanraya tu umum secepat mungkin. Baru lah saya boleh hantar borang tu, kalau tak memang borang tu kena simpan dulu la nak tunggu tarikh tak tahu lagi. Huh!



Pening!

Thursday, January 31, 2013

Review: Kursus Perkahwinan (Masjid Negara)

Salam B2B semua,

Pada 5 & 6 Jan lepas, saya, encik tunang, dan dua orang kawan kami hadiri kursus kahwin yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keluarga Islam, PPKI Masjid Negara.



Kami daftar kursus masa pameran pengantin kat SACC, Shah Alam 28 Dec 2012 yang lepas. Harga promosi kalau daftar time pameran ialah RM70 seorang, discount RM10. Ok la tu kan. Bayar deposit RM10 seorang, then balance payment bayar masa kursus.

Harga biasa RM80 seorang untuk 2 hari termasuk makan dan minum.


Hari pertama kursus (5 Jan 2013), kursus start pukul 2.30 petang hingga 6.30 petang. Pendaftaran bermula jam 11 pagi. Macam biasa lah kan janji melayu, kami sampai di tempat kursus tepat jam 2.30 petang. Memang last minit lah.

Tempat kursus di dewan di bawah masjid, agak-agak yang tak tahu, sampai sana nanti jangan malu bertanya. Nanti sesat macam kami. Hahaha.


Tempat ok, selesa, cuma time kami nasib tak baik lah dapat aircond problem, tapi tu bukan masalah besar. Yang penting ilmu yang dapat masa kursus ni. Semua penceramah best, banyak ilmu dapat.

Yang penting senang je nak pergi solat, dah nama kat masjid kan. Tak payah pening fikir tempat nak solat. Sampai waktu je pergi solat.


Hari kedua kursus (6 Jan 2013), kursus bermula jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang. Jangan risau duduk lama dalam tu, banyak waktu rehat, makanan pon disediakan. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang pun ada. Cuma hari pertama je tak sediakan makanan sebab separuh hari, so memang hari pertama tu masing-masing perut lapar bila habis kursus.


Pakaian semasa kursus untuk lelaki memang kena pakai baju berkolar, nak best pakai baju melayu pun tak apa. Yang perempuan pakai baju kurung dan bertudung ye.


Suasana semasa kursus


Dah settle 2 hari kursus boleh collect sijil perkahwinan minggu seterusnya kat tempat pendaftaran yang sama ye. Seminggu je dah dapat sijil. Yey! Boleh kahwin. Hahaha.



Detail mengenai kursus:-


Tempat: Dewan Seminar Kursus Kahwin, Masjid Negara, Kuala Lumpur

Tempoh Kursus: 1 1/2 Hari

SABTU : 2.30 ptg - 6.30 Petang

AHAD : 8.30 Pagi - 6.30 Petang

Bayaran Kursus: RM 80.00

Pakaian Lelaki: Menutup Aurat dan Sopan, Berkolar

Pakaian Perempuan: Menutup Aurat Dan Bertudung

Dokumen Yang Perlu Dibawa: 1 Keping Salinan Kad Pengenalan



Further info boleh lawati BLOG PPKI atau FACEBOOK PPKI.


Selamat berkursus uolls!

Thursday, January 17, 2013

Tips: Ujian Saringan HIV

Salam to all B2B,


Pening betul bila hal daftar nikah tak selesai lagi. Bila borang nikah dah selesai, benda ni la yang paling lega sekali rasa. Sekarang ni tak settle lagi dari bulan lepas. Kursus nikah done! Cuma problem sekarang HIV test je.


Dah banyak klinik kerajaan saya telefon, semuanya nak kena buat appointment dulu. Tunang saya try pergi Klinik Kesihatan Selayang Baru, appointment dapat buat 28hb Jan ni. Means, lagi 2 minggu baru dapat buat. Lambat sangat pulak.


So, semalam kami bercadang untuk terus pergi ke Klinik Kesihatan Serendah. Tak jauh pun, just 15 minit dari rumah tunang saya ni. kitorang tahu sebab abang kepada tunang saya ni pernah buat test HIV kat sana. Lepas lunch dia ambil saya kat rumah, then pergi lunch dulu, haruslah sebab masing-masing kebulur. Lepastu terus ke Serendah.

Before that, saya ada call dulu klinik ni tanya pasal HIV test, dia kata just datang terus je tak payah buat appointment. Lega dengar.


Sampai sana terus ambil nombor giliran, isi borang dan tunggu nombor giliran panggil. Sekejap je tak sampai setngah jam pun.

Nombor cantik tu.


Then kitorang ambil nombor giliran lain lak untuk ambil sample darah. Tunggu tak sampai 10 minit pun, terus masuk bilik, nurse ambil sample darah. Then keputusan terus dapat, tapi kena bagi doktor sahkan dulu, dah dapat cop, boleh balik dengan bawak result yang cemerlang. Tak sampai 2 jam dah settle semua. Sekejap je kan?


Yang bestnya, result tu just guna borang yang kita isi tu je, ada cop doktor, kira lulus la ujian tu. Tak payah nak P&C sangat. Seal pon tidak. Rilex je kertas camtu. Hahaha.

Sempat lagi, sebab budak ni comel sangat!

Untuk B2B yang pening pasal ujian HIV ni boleh la pergi ke Serendah, bagi yang area Selayang atau Rawang dekat la. Saya pun duduk Petaling Jaya, ok je gi sana. Tak payah pening nak tunggu appointment bagai. Pergi je terus Klinik Serendah ni terus settle.


So, kami balik dengan hati senang. Done HIV test! Next ambil sijil kursus kahwin lak kat Masjid Negara, sebab kitorang buat kursus kat situ. Next entry saya cerita pasal kursus kahwin lak yea.




Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...