Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

Wednesday, September 18, 2019

Resepi: Ayam Goreng Spicy Korea Gochujang

Assalammualaikum,

Firstly, aku nak share yang aku pernah makan ayam goreng korea dekat Kyochon Genting. Tulah pertama kali aku makan. Boleh tahan la sedap, tapi takda la sedap sangat sampai nak makan selalu. Kahkah!


Aku just nak share resepi ayam goreng korea gochujang yang viral. Before ni banyak kali jugak aku try resepi yang ada, semua aku google je. Yang resepi keknis pon aku try, yang tu pon okay je rasa, cuma tak pakai sos gochujang. Kali ni aku nak try resepi yang guna sos gochujang.

Resepi ni pon aku google je and aku adjust resepi ikut tekak aku. Hahaha!


First nak buat sos tu kena lah goreng ayam dulu. Sebab aku jenis nak cepat siap, aku goreng ayam pakai tepung bestari yang spicy. Kalau nak sedap kau goreng ayam pakai tepung gandum campur dengan tepung jagung (nisbah 1:1) baru la crispy macam dekat kedai. Kalau ikut pemalas macam aku ni, kau pakai tepung segera je la. Tekak kau jugak yang nak makan kan. Hahaha!

Ni ayam yang aku dah siap goreng pakai tepung Bestari


Bahan-Bahan

2 sb madu
8 sb gochujang
4 sb tomato
6 ulas bawang putih (cincang)
1 sb kicap masin
2 sb cuka / apple cider vinegar
2 sb minyak bijan
2 sb kicap manis


Cara-Cara

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan gaul sekata hingga sos jadi pekat dan masak.
3. Tutup api dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan tabur bijan putih yang telah disangai.


Ni sos gochujang yang aku beli. Lebih kurang je. Sebab lupa nak snap gambar, aku google je gambar ni.


Aku beli ayam ngan sos gochujang tu kat Aeon Shah Alam, masatu aku tengok ada ayam drumstick dengan wings yang size mini, so aku beli je terus and aku cari sos gochujang sekali. Sos gochujang tu aku beli yang size kecik, takot tak habis beli besar. Harga dalam RM6 lebih macam tu.


Bahan kat atas tu aku banyak adjust sendiri bagi kena dengan tekak. Kicap manis tu aku add sendiri. Kalau nak lagi better baik korang kurangkan sos gochujang tu. Aku buat 8 sudu besar, so sos aku jadi pekat, tu sebab aku tambah kicap manis bagi cair, tapi still pekat. Aku rasa better buat 5 sudu je sos tu, takda lah jadi pedas sangat. Sukatan bahan ni semua untuk sepinggan penuh ayam macam kat bawah ni taw. Kalau korang buat sikit just buat half jelah bahan tu. Nanti terlebih sos, pekat sangat pulak.

Tak perlu latak garam pon sebab sos tu pon dah masin. Nanti terlebih masin lak. Pandai-pandai la korang adjust bahan tu, rasa dulu, kalau tak ok tambah je apa yang korang rasa kurang. Macam aku just tambah madu sikit, kicap sikit, ikot lah tekak korang. Hahaha!


So hasilnya jadilah ayam goreng spicy korea gochujang.

Boleh makan untuk 6-7 orang.



So, nanti korang try lah. Tak salah mencuba pon. Kalau nak makan kat kedai ni, mau beratus ringgit taw. Kalau buat sendiri kos utk 6-7 orang makan tak sampai RM40 pon. Takda lah dapat sesedap kedai tu, tapi boleh lah kalau teringin sangat kan. Hahaha!


Ok, selamat mencuba. bye!

Tuesday, February 11, 2014

Resipi: Makaroni Sup

Last week tiba-tiba tekak nak makan makaroni sup. Bahan tak banyak kat dapur, so pakai la apa yang ada. En Suami pun tak pernah makan, boleh lah try kan. Resipi saya google dulu kat internet, yela mana tau sedap ke. Kalau nak harap main campak sure ada je kurang rasa. Maklum lah, orang tak pandai masak. Hahaha.

Google resipi makaroni sup ni, terjumpa tiffinbiru nya resipi. Boleh tengok kat link ni tiffinbiru. Ampun ye Mat Gebu, saya tak ikut resipi, takda daging, so saya tukar hotdog dengan fish ball. Lebih kurang je rasa, cuma kalau daging lagi sedap.

Meh saya letak resipi asal dari Mat Gebu. Tak tukar pon ye.


BAHAN-BAHAN SUP
800 gram daging yang ada sedikit lemak
3 biji kentang
1 sup bunjut "sup tulang" Adabi
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*
1 pokok kecil daun sup, potong kasar
1 camca besar bawang goreng
Garam secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
2 inci halia
1 camca besar lada hitam biji

BAHAN SAMPINGAN
Makaroni secukupnya, direbus hingga lembut dan toskan
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Sambal kicap

CARA MEMBUATNYA
  1. Daging dihiris, kemudian cuci dan toskan. Kentang dikupas, belah 8 setiap sebiji dan rendam. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, sup bunjut, daun sup, bawang goreng dan bahan bertanda (*). Gaul rata dan tuang air secukupnya. Kemudian masak hingga mendidih, kecilkan api.
  2. Renih hingga daging empuk. Masukkan kentang dan jika kurang kuah, tambah air lagi. Masak hingga kentang empuk. Perasakan dengan garam secukupnya. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  3. Hidangkan sup tadi bersama makaroni, tabur hirisan daun bawang/daun sup, bawang goreng dan sudukan sedikit sambal kicap sebelum dihidangkan.





Dan.....
Inilah hasilnya....


Selamat mencuba!

Saturday, January 19, 2013

Resipi: Krim Karamel

Aktiviti pada Khamis lepas, buat krim karamel. Patut nak buat Rabu, tapi sebab gi buat HIV test, tak sempat la, so kelmarin baru dapat buat. Siapa agak-agak teringin nak makan, boleh try resipi kat bawah ni, senang je uols.

Ini hasil tangan saya, dah separuh bantai baru teringat nak ambil gambar. Nasib tak tinggal pinggan je. Hehehe.



Jom chekedout resipi kat bawah ni ye. Resipi yang sangat mudah dan simple je. Bahan pun tak banyak.


BAHAN-BAHAN

2 tin susu cair
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar esen vanila
6 biji telur
1 cawan gula pasir - untuk gula hangus


CARA MENYEDIAKAN

1. Ambil periuk dan masukkan satu cawan gula. Dengan api yang kecil, kacau gula hingga hangus dan cair. Bila gula dah mula cair dan sedikit hangus, tutup api. Jangan terlalu hangus, nanti gula rasa pahit.
2. Then, terus tuangkan ke dalam loyang. Jangan tunggu lama, sebab gula cepat mengeras. Lepas tu biarkan gula mengeras dan ketepikan.
3. Dalam bekas lain, satukan telur, susu, gula dan esen. Pukul sehingga telur betul-betul hancur.
4. Kemudian tuang ke dalam loyang yang berisi gula hangus tadi dan kukus.
5. Kukus selama setengah jam atau sehingga masak. Jangka masa masak bergantung kepada bekas yang anda guna. Jangan guna loyang tinggi sebab nanti bahagian tengahnya lambat masak.
6. Setelah masak, biarkan sejuk dan barulah masukkan dalam peti sejuk.
7. Simpan lebih kurang 6 hingga 12 jam, barulah krim karamel enak dimakan.


Tak faham jugak, tengok gambar bawah ni, saya ambil dari majalah je, malas nak ambil gambar setiap step time tengah buat karamel ni, nanti ada gula yang terlebih hangus.




Gambar seperti dalam Majalah Saji.



Senang je kan? Follow je step kat atas ni, gerenti jadi. Resipi senang dan sedap taw. Rasa lemak-lemak manis. Dah siap boleh la bagi kat bakal-bakal husband uols nanti. Hahaha.



Sumber Resipi: Majalah Saji (Jan 2013)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...