Showing posts with label Travel. Show all posts
Showing posts with label Travel. Show all posts

Wednesday, December 18, 2019

Travel: Ke Hatyai Menaiki Train ETS

Assalammualaikum readers,

Ada lagi ke readers blog aku ni. Syok sendiri je. Hahahaha.

Aku nak kongsi pengalaman pertama aku menaiki ETS ke Hatyai. First of all, aku pergi ke Hatyai masa cuti public holiday Sultan Selangor haritu, 11-14 December 2019. Aku bawak mak, adik bongsu aku and anak aku bercuti. Ayah aku memang takla kan nak ikot ke tempat-tempat macam ni. So, aku pergi berempat je ke sana.



Trip kali ni banyak sikit dugaan aku. First skali aku yang tiba-tiba demam sehari before nak bercuti, sepanjang dalam train nak ke Hatyai memang badan aku lemah sangat, lain macam tak laratnya, tapi aku gigih gak teruskan perjalanan. Yelah kan, dah plan lama dah, dah booking semua benda, takkan nak cancel. Tapi Alhamdulillah, dah nak sampai Hatyai tu, aku macam dah sihat sikit. Pandai badan aku budget time nak sampai baru nak helok. Hahahaha.

Tapi bukan setakat tu je, lepas aku baik, anak aku pulak demam panas kat sana. Second day tu aku bawak dia gi klinik kat sana, sebab badan dia panas sangat. Ok tu nanti aku cerita next entry lah. Entry kali ni aku nak cerita pasal train ETS.



Aku beli tiket ETS ni masa KTM open untuk pembelian online untuk trip bulan December 2019. 1 December KTM open online untuk pembelian tiket. So, aku apa lagi terus bukak WEBSITE KTMB untuk booking tiket. Masa awal-awal pagi ok lagi la smooth je nak tengok tiket. Bila dah nak lepas pukul 9 pagi, memang bercinta sangat. Website loading kemain, yelah kan, ramai agaknya yang nak beli tiket ETS ni. Hujung-hujung tahun nak balik kampung la tu.


Nak senang, kau login siap-siap dan letak nama-nama yang nak naik ETS tu as favourite, senang nanti bila dapat grab tiket train tu kau terus klik dekat nama yang kau dah save tu. Takda lah kau nak taip satu-satu, leceh. Sebab bila dah boleh grab tiket tu kau memang kena cepat lah proceed untuk payment, kalau tak tiket kau orang lain dah grab.


Banyak kali aku try, asal nak pilih seat dan proceed payment je ada error. Then aku kena cari seat lain pulak. Agak stress jugak lah nak beli tiket ETS ni. Tapi aku rasa kalau kau nk beli tiket bukan time cuti sekolah atau public holiday, tak ada masalah kot. Ni sebab dah hujung tahun dan KTM pulak open pembelian awal macam ni, tu website jadi sesak.



Cara nak pilih seat tu aku tak berapa pandai. Bila baca blog orang lain yang bagi tips cara pilih seat tu aku pening sikit baca. So, aku redah je lah dapat seat menghadap depan atau belakang pon. Janji aku dapat tiket. Hahahaha.



Akhirnya petang jugak lah aku baru dapat beli tiket ETS untuk return trip. 11 December 2019 tu aku beli tiket 10.23 pagi, balik 14 December 2019 tu aku beli tiket petang pukul 3.55 petang untuk 3 orang dewasa. Anak aku baru 2 tahun so aku tak perlu beli tiket untuk dia, so jimat di situ. Hahahaha.

Dah dapat beli tiket tu nanti kau print je lah siap-siap, nanti kat dalam train kena tunjuk tiket kau. Kau nak tunjuk yang kau dah save kat hanphone pon takda masalah. Cuma nak selamat kau print je lah. Mana taw bateri phone kau dah habis ke time tu kan.



Aku pilih Coach C sebabnya ada cafe, surau dan dekat dengan tandas. So Coach C memang paling strategik, sebab semua ada. Lagi lah seat aku pilih tu seat 11B-11D, memang betul-betul sebelah kaunter cafe. Dekat sangat, senang order untuk makan atau minum. Cuma kau kena hadap lah orang lalu lalang nak ke cafe. Tapi benda tu small matter je pon.

Tiket Pergi


Tiket Balik


Tiket aku pergi dan balik aku pilih Coach dan seat yang sama. Masa pergi tu seat aku menghadap arah bertentangan dengan laluan train, maksudnya, aku duduk tu arah membelakangkan laluan. Tapi tiket balik aku seat aku ikot arah laluan train, kira seat aku menghadap perjalanan train. Paham dak? Tak paham, kau buat-buat paham lah. Aku tak kisah seat aku terbalik ke tak, sebab aku bukan jenis yang cepat pening bila laluan dan seat aku tak sejajar. Kalau kau jenis yang cepat pening, kau survey dan rajin buat research dulu before kau proceed untuk pilih seat. Jangan cakap sis tak ajar pulak.



Tiket aku beli yang ETS Gold harga dewasa seorang RM76. Kalau return total RM152 seorang. Kira murah lah dari flight. Flight ke Hatyai sekarang kemain harga yahudi kalau time bukan promo. Kau nak jimat naik lah ETS. Perjalanan baru 5 jam lebih, selesa pon selesa. Kalau nak naik bas pon boleh, harga RM60 untuk sehala pon dapat. Lagi kau terus sampai Hatyai, tak payah pening kau nak naik apa bila dah sampai kat Padang Besar tu nanti. Bas ada yang terus sampai bandar Hatyai taw. Even perjalanan lebih dari 6 jam, tapi tu paling mudah.

Ikotkan aku memang nak naik bas je sampai Hatyai, tapi sebab mak aku taknak naik bas. Dia takut, so takda choice lain aku beli je lah tiket ETS. ETS cara paling selamat.



Aku ni kira first time lah naik ETS ke Hatyai. Mak aku dah pernah naik ETS dulu, masa tu pergi bercuti ke Wang Kelian tak silap. Adik bongsu aku dan anak aku first time jugak. Last aku naik train KTM dulu yang jenis lama dulu before ada ETS, masa tu aku nak gi Gunung Stong, turun kat stesen Dabong, memang perjalanan ambil masa lebih 15 jam weh. Jenis seat lama pulak, memang kematu bontot kau. Lagi jenis tandas yang jenis lubang tandas nampak trek train kat bawah. Menang jenis tandas buang direct ke laluan train. Scary woi! Bersyukur lah ETS sekarang dah helok sikit dari dulu.



Bawak anak kecil ni kau kena ready mental dan fizikal bila nak bercuti. Lagi-lagi anak aku baru 2 tahun, memang macam-macam ragam. Kau kena sediakan dari A sampai Z complete. Even plastik nak muntah pon kau kena ready, kain napkin ke apa ke kan. Macam anak aku masa perjalanan pergi Hatyai tu, dia dah start tak berapa sihat macam aku. Pastu dia taknak makan pulak, memang perut kosong je lah. Then, dia muntah pulak dalam train. Nasib lah aku dah sediakan plastik dan napkin. So takda la muntah ke tempat lain. Kesian jugak dengan anak aku tu. Nak berjalan boleh tak sihat pulak. So, aku memang kena banyak bersabar sikit.


Macam-macam pulak ragamnya kan. Tapi takpa, semua ni boleh jadi as pengalaman aku untuk bercuti dengan family aku kali ni.


So next entry nanti aku cerita sepanjang kat sana pulak ye.



Adios!

Saturday, May 21, 2016

Travel : Budget ke Pulau Redang

Assalamualaikum,

Entry untuk ke Pulau Redang dah settle, boleh rujuk Day 1 untuk tahu detail.


Sekarang ni saya just nak list kan budget kami sepanjang kat sana untuk 2 orang. Kalau nak tahu budget untuk seorang pandai-pandai la korang bahagi, takkan tu pon nak ajar. Hahaha!


**Budget untuk 2 orang**

Day 1

Tiket flight : RM80 Return
Pakej Snorkelling 3H2M : RM625.40 (Include GST)

Bus dari KL Sentral ke KLIA2 : RM20 (sehala)
Teksi dari Airport KT ke Jeti Syahbandar : RM30 (sehala)

Tiket Taman Laut : RM10 (2 orang)
Sewa Life Jacket & Snorkel : RM40 (sepanjang 3 hari)

Untuk Day 2 tak banyak sangat belanja, sebab makan minum dah sekali dalam pakej. Just sediakan bajet korang nak beli fridge magnet ke t-shirt I Love Redang ke, apa-apa ole-ole nak bawak balik. Kitaorang tak beli apa pon kat sana, cuma fridge magnet, beli sunblock dengan makan aiskrim je kat sana.


Day 3

Teksi Stesen Bus KT ke Airport : RM30
Bus dari Airport ke KL Sental : RM20


Total budget : RM855.40


Budget memang tak sampai seribu pon untuk 2 orang. Kalau korang nak shopping kat Pasar Payang tu pandai-pandai la bawak budget lebih. Kami pergi pon memang tak ada beli luggage untuk flight balik, so memang tak beli barang kat Pasar Payang. Suami just beli seluar pelikat yang macam Aflin Shauki tu 2 helai, sumbat kat dalam bag je. Sehelai baru RM35, memang murah. Kat KL orang jual sampai RM80 sehelai. Fuh!


Tu je la kot budget untuk ke Pulau Redang. Kalau korang pergi lagi ramai, pakej tu dapat lagi murah la dan kos lain korang share ramai-ramai lagi kurang kos. So sesiapa yang nak pergi tu Happy Holiday!


In shaa Allah kami nak repeat lagi ke Pulau Redang sebab tak puas pergi sekali. Hahaha!



K.bye!

Travel : Anniversary ke Pulau Redang (Day 1)

Assalamualaikum,


Disebabkan mood rajin nak berblogging datang, meh saya nak share perjalanan holiday ke Pulau Redang saya bersama suami tercinta. Ceh!

Disebabkan saya ni lama teringin nak ke Pulau Redang, so saya decide untuk celebrate 3rd year Anniversary di sana. Tak plan pon nak ke sana, just time ada promo free seat Air Asia masa bulan March last year tiket ke Kuala Terengganu murah sangat. So, saya beli je tiket return untuk 2 orang untuk tarikh hujung bulan 3 tahun 2016. Setahun tu peram tiket murah, sanggup la nak jimat punya pasal kan. Suami tak tahu saya beli tiket tu sampai la nak decide pegi baru bagitau, suprise la konon!


Then awal tahun ni decide untuk ke Pulau Redang, sebab gigih Google cari info pulau best kat Terenggau tu. Jadi saya decide untuk pilih ke Pulau Redang dan terus cari resort untuk full pakej. Saya pilih untuk stay kat Redang Lagoon Challet untuk pakej snorkelling 3h2m. Sebab apa saya pilih Redang Lagoon? 1st sebab challet tu diuruskan dan milik orang Islam, so makan tak perlu risau tentang halal. 2nd pakej yang ditawarkan murah dan berbaloi, lokasi pon betul-betul tepi pantai.

Saya pun email la direct ke Redang Lagoon untuk tanya pakej, tapi kecewa sebab diorang kata tak ada kosong waktu yang saya nak pergi. So, saya try pakai agent untuk booking. Alhamdulillah still ada kosong, dan saya terus booking untuk 2 orang pada 31 March hingga 2 April 2016 dan kena terus bayar full payment sebab saya booking kurang dari 1 bulan date saya nak pergi. Lepas 1 masalah.


Dan..... waktu yang ditunggu dah tiba. Ceh semangat kan! Excited kan nak bercuti, flight hari Khamis 31 March pukul 7 pagi. Memang gigih la kena bangun pagi pukul 2 lebih dah siap. Pukul 3 keluar rumah, mintak tolong mak & pak mertua hantar sampai KL Sentral. Kami naik bus kat KL Sentral pukul 4am. So, dalam pukul 5.15am dah sampai KLIA2. Flight pukul 7am, memang awal lagi, tapi kami just masuk terus sampai boarding gate, sebab tau la kan jarak pintu masuk ke boarding gate jauh yang amat. Awal-awal lagi saya dah check in flight 3 hari sebelum, sebab senang nanti tak perlu buat last minit kat sana nanti. Sementara tunggu panggilan masuk kami solat Subuh dulu, then beli roti untuk breakfast.


Flight takda delay ke apa, memang smooth je perjalanan kami. Sampai airport Kuala Terengganu dalam pukul 7.50am camtu, then terus ke kaunter teksi airport. Beli tiket teksi untuk ke Jeti Syahbandar dengan harga RM30 sehala. Memang harga fixed. Tunjuk tiket kat pakcik teksi kat luar, terus dia hantar kami ke Jeti Syahbandar. Perjalanan dalam 30 minit dah sampai. Jeti tu betul-betul sebelah Pasar Payang, memang dekat sangat.


Kena pergi ke kaunter Sejahtera Ferry untuk tunjuk Voucher yang agent bagi untuk dapatkan tiket feri pergi dan balik. Lepastu ke kaunter sebelah untuk pembayaran tiket masuk ke Taman Laut RM5 untuk seorang. Tiket tu kena simpan sampai waktu nak pergi nanti bagi kat person in charge. Feri kami bertolak pukul 9am, so sempat kami beli nasi dagang dengan mee goreng kat kedai mini depan kaunter Sejahtera Ferry tadi. Makan dulu sementara nak tunggu naik feri. Jangan lupa juga beli roti atau makanan ringan sikit untuk nak bawa ke pulau. Beli kat sana nanti memang mahal gila la. So, better beli awal before naik feri.

Yey! Nak naik feri dah.


Pukul 9am diorang panggil masuk feri. Feri besar 2 tingkat takda la takut bila ombak kuat. Kami duduk di tingkat bawah, aircond sejuk giler. Awal-awal perjalanan kena tempuh ombak yang agak kuat. Cuak jugak macam-macam fikir takut feri terbalik la. Hahaha! Lepastu dah ok dah, so tidur dengan nyenyak. Mengantuk weh bangun awal kut nak naik flight tadi. Before nak sampai tu, suami ajak naik atas untuk tengok view luar. Memang laut cantik sangat, angin kuat, feri melambung-lambung. Nak jalan kat atas feri tu pon kena pegang kuat, mau boleh jatuh tergolek.


Perjalanan dalam 2 jam baru sampai ke Pulau Redang, before tu feri berhenti kat tengah-tengah laut sebelum sampai pantai untuk semua penumpang feri transfer ke bot penumpang untuk turun kan kami semua betul-betul kat pantai. Sampai tepi pantai tu ramai betul penyambut tetamu untuk ke challet masing-masing. Tengok je kertas yang diorang pegang untuk nama challet. Cari Redang Lagoon memang tak jumpa pon. Tanya orang kat situ rupanya Redang Lagoon dekat je just jalan kaki ke sana. Kami terus check-in kat kaunter, just tunjuk kertas booking yang agent bagi then terus masuk bilik.

Ni la bot penumpang.


Cantik kan laut. Geram sangat!


Kami booking untuk double room tapi dapat triple room. Bilik kami betul-betul tepi pantai, challet 2 tingkat, tapi pakai tingkat bawah je. Bilik ok la, just untuk tidur, janji selesa. Yang penting tepi pantai. Kami rehat kan badan kejap setelah penat sepanjang perjalanan. Dalam tengahari kami keluar bilik untuk makan tengahari. Makan minum sini takyah fikir dah, memang siap dalam pakej, memang korang tak akan berlapar sepanjang kat sana. Makanan memang sedap sangat dan banyak choice.

Bilik kami 2 tingkat challet.



Lepas makan jalan-jalan area depan challet. Banyak sangat hammock yang pihak challet sediakan, memang holiday yang santai sangat. Pukul 2 lebih nak pergi snorkelling, kena gi kaunter untuk sewa peralatan snorkelling untuk life jacket dengan snorkel RM20 untuk sepanjang 3 hari kami kat situ.

Setiap pokok pun ada hammock.



Naik boat untuk je tempat snorkelling untuk 1st checkpoint kat tengah laut. Memang laut cantik dan jernih, best sangat! Nama tempat snorkeliing tu tak pasti apa, yang penting boat berhenti tengah laut, mandi la kita puas-puas kat situ.


Tip nya jangan lupa beli roti siap-siap.


Bagi ikan makan roti memang berduyun-duyun ikan datang.


Then, aktiviti petang lepas balik snorkeling bebas. Kau nak mandi air laut lagi kat tepi pantai pon tak ada orang nak marah. Mandi la sampai lebam. Petang tu ada minum petang, bubur kacang hijau dengan cucur sayur. Memang terbaik cucur tu. Makan bertambah-tambah. Hahaha! Balik challet mandi dan rehat kejap. Lepas Maghrib keluar jalan-jalan sepanjang pantai tu. Jalan la kat tepi-tepi pantai, tak ada orang halang. Jalan-jalan tengok kedai yang ada sepanjang pantai tu dengan beli fridge magnet sikit buat kenangan. Sambil jalan tu makan aiskrim, memang best. Area situ memang happening, banyak life band. Lepak kat hammock depan challet pon still boleh dengar life band nyanyi. Pastu balik bilik, tidur.


Okay nanti sambung lagi Day 2. Kbye!


Untuk tau detail budget ke Redang boleh rujuk entry ni Budget ke Pulau Redang.

Monday, August 25, 2014

Travel: Trip ke Langkawi (Day 1)



Lama dah plan nak pergi bercuti lagi satu family, bukan senang nak set time semua. Akhirnya dapat date yang semua free. Tapi kena pergi time cuti sekolah, sebab abah cikgu, Haziq lak sekolah lagi, tak boleh suka hati nak pergi holiday kan. Trip sebelum ni ke Medan, Indonesia, memang best sangat. So, hope trip ke Langkawi pon macam tu jugak.

Macam biasa, aku lah yang jadi tukang booking dan set semua aktiviti bercuti. Aku booking tiket flight awal time promo Airasia, then dapat je date terus je booking. Kalau tunggu lagi, alamat memang tak dapat la nak pergi holiday. Kali ni trip family aku termasuk suami aku dan nenek, semuanya 9 orang. Memang cukup sekali booking je, sebab Airasia max satu booking boleh 9 orang je, memang ngam ngam soi!


Before date holiday tu aku kena survey betul-betul tempat nak pegi, makan mana, tempat tidur dan semua berkaitan. Hanya mak aku je arrange kan transport sebab deal dengan kawan dia.


Hari yang ditunggu telah tiba. Flight kami malam Ahad, disebabkan jarak LCCT dengan rumah nenek memang dekat, kami balik kampung dulu, yela nak ambil nenek dulu, then mintak tolong pakcik hantar kitorang ke LCCT malam tu. Flight pukul 9.15pm, tapi delay sampai ke 10pm lebih, tunggu la kat balai berlepas tu kejap.

Sakan semua ye nak gi Langkawi.





Akhirnya sampai ke bumi Langkawi dalam pukul 11pm lebih. Owner kereta dah tunggu lama la jugak sebab delay nya pasal. Kami sewa 2 kereta, Saga dan Viva, tapi owner bawak 2 kereta Saga, sebab kereta Viva tak available time tu. But its okay, janji ada 2 kereta. Memang senang nak deal ngan owner ni, diorang pon baik, siap tunjuk jalan sampai Petronas dan tunggu kitorang isi minyak lagi, sampai la bawak ke tempat makan yang kitorang nak pergi. Harga sewa pon murah time cuti sekolah ni. Banyak aku suvey memang tak dapat harga macam ni. Terbaik!

Kami makan di EE Burger Trimula Cafe di Pekan Kuah. Makanan semua terbaik, memang sedap. Western food ada, local food ada. Menu macam-macam ada dan harga memang berpatutan. Kami sampai di kedai ni pon dalam pukul 11pm, dan kedai hampir nak tutup, tapi nasib dapat last order. Memang berbaloi!


EE Burger Trimula Cafe
Persiaran Mutiara 2
Pekan Kuah, Langkawi

Koordinat GPS: U 6.324488 T 99.844269


Then lepas kenyang kami ke homestay yang dah aku booking awal. Sampai homestay semua terus tidur, penat sangat agaknya. Kalau bab cari homestay, lagi-lagi time cuti sekolah ni, memang kena cari awal. Aku booking ni sebulan awal, tu pon susah nak dapat yang kosong, tapi Alhamdulillah aku dapat gak booking. Kalau nak bercuti kat Langkawi time cuti sekolah memang kena booking 5 bulan awal kot.

Kami stay di Taman Nilam Langkawi, atas sikit dari Pekan Kuah dalam 15 minit, dekat dengan Galeri Perdana dan Taman Burung. Kami stay 3 hari 2 malam. Rumah okay lah, selesa, ada 3 bilik, siap ada mesin basuh lagi. Kalau nak booking boleh tengok info kat bawah ni. Banyak pilihan homestay yang ada, tak silap aku ada lebih 20 pilihan homestay. Kalau nak tahu, kami booking rumah 10, Teratak Dik Ah.

Ni Homestay yang kami duduk.



Awies Homestay
Klik untuk ke Website
Contact: Shurgawi 019-4795721




>>Bajet Day 1<<


Tiket Flight (9 orang)

Flight RM495
Luggage RM115
Total RM610

Kereta Sewa

Viva RM70
Saga RM90
Total RM160

Homestay

3H2M
RM180 x 2 malam
Total RM360


Tunggu sambungan Day 2 ye. Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...